omniture

Pelakon Pemenang Anugerah Akademi Adrien Brody Dinamakan sebagai Hakim Siri Imaginasi Bombay Sapphire: Pertandingan Filem

Bombay Sapphire
2013-04-28 11:02 199

LONDON dan NEW YORK, 28 April 2013 /PRNewswire/ --

BOMBAY SAPPHIRE GIN, DENGAN KERJASAMA TRIBECA FILM FESTIVAL, MENAWARKAN PEMBUAT FILEM PELUANG MENGHASILKAN FILEM PENDEK MEREKA SENDIRI

BOMBAY SAPPHIRE®, jenama gin utama yang semakin terkenal mengikut volum dan nilai,[1] menamakan pemenang Academy Award® Adrien Brody sebagai hakim Siri Imaginasi Bombay Sapphire: Pertandingan Filem.

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:

http://www.multivu.com/mnr/60647-adrien-brody-named-bombay-sapphire-film-judge

Kini dalam tahun keduanya, Siri Imaginasi Bombay Sapphire: Pertandingan Filem, dengan kerjasama Tribeca Film Festival®, menggalakkan imaginasi orang ramai dengan memberikan mereka peluang untuk menghasilkan filem pendek mereka sendiri melalui pentakrifan skrip yang ditulis oleh Geoffrey Fletcher, penulis skrin lakon layar yang memenangi Anugerah Akademi.

Bermula dari 26 April 2013 orang ramai boleh melawati http://www.imaginationseries.com untuk melihat skrip Geoffrey Fletcher dan menyerahkan konsep filem imaginasi mereka berdasarkan skrip ini. Filem yang paling imaginatif akan dihasilkan dan setiap pemenang akan terlibat dalam pembikinan filem mereka bersama-sama dengan pelakon bertaraf dunia, serta skrip Fletcher versi mereka akan ditayangkan di panggung wayang.

Pertandingan ini akan ditutup pada 4 Ogos 2013, dengan Adrien Brody, Geoffrey Fletcher serta panel pakar daripada Pesta Filem Tribeca akan menyenarai pendek empat idea paling imaginatif untuk dihasilkan. Panel akan menyenarai pendek lima lagi idea untuk diundi oleh orang ramai. Pemenangnya juga akan turut terlibat dalam pembikinan filem. Kesemua lima filem tersebut akan ditayangkan buat julung kalinya di Tribeca pada tahun berikutnya, bulan April 2014.

Pemenang Anugerah Akademi Brody menyatakan, "Saya adalah seorang budak yang buas dan nakal. Saya sentiasa mempunyai imaginasi yang jelas. Setiap pengalaman yang saya alami akan saya lakonkan semula. Saya akan mengingati semula setiap detik penting saat-saat tersebut, dan kelakuan unik orang lain yang menyentuh hati saya. Sebenarnya saya sememangnya mempunyai ciri-ciri seorang pelakon dalam diri saya. Saya bersyukur kerana akhirnya saya mendapat peluang untuk mengembangkan kreativiti itu dan berasa sangat bersemangat kerana dapat bekerjasama dengan gin Bombay Sapphire untuk pertandingan ini – yang menggalakkan orang ramai meneroka imaginasi mereka sendiri. Imaginasi boleh membawa anda ke mana-mana sahaja dan ia sangat subjektif, jadi saya teruja untuk melihat tafsiran orang ramai tentang skrip Geoffrey dan tidak sabar untuk bersama-sama mereka dalam kembara yang hebat ini."

"Kami berbangga dapat meneruskan kerjasama kami dengan jenama yang mendokong kreativiti dan imaginasi sama seperti Bombay Sapphire. Pertandingan ini adalah cara menarik untuk pembuat filem di seluruh dunia merealisasikan imaginasi mereka. Kami teruja mahu menyaksikan ke mana arah imaginasi mereka," tambah Jon Patricof, Presiden Tribeca Enterprises.

Dengan warisan berakar-umbi daripada imaginasi, gin Bombay Sapphire selama ini menyokong kreativiti, reka bentuk dan cara pemikiran yang inovatif. Pengurus Pemasaran Global Bombay Sapphire, Magali Podesta berkata, "Pasukan Bombay Sapphire percaya bahawa imaginasi menjadikan dunia ini lebih baik. Semua perkara yang diwakili oleh jenama ini dan semua perkara yang kami lakukan digabungkan dengan imaginasi daripada tanaman botani eksotik ke proses penyulingan wap dan botol biru ikonik kami. Kami mahu mengembangkan imaginasi orang ramai dalam filem dan membenarkan mereka mencipta kisah berdasarkan skrip penulis pemenang Anugerah Akademi untuk mencipta siri filem pendek yang unik, yang menunjukkan bahawa imaginasi boleh membawa anda ke mana-mana sahaja."

Untuk menonton lima filem yang memenangi anugerah ini dan mendapatkan butiran selanjutnya tentang pertandingan, skrip dan cara untuk menyertai, lawatilah: http://www.imaginationseries.com. Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang Siri Imaginasi Bombay Sapphire: Filem lawatilah: http://www.facebook.com/BombaySapphire.

NOTA KEPADA EDITOR

Siri Imaginasi Bombay Sapphire: Pemenang pertandingan filem 2013, termasuklah:

  • James Griffiths, pembuat filem sepenuh masa dari London, yang merakam filem 'Room 8' iaitu karya sinematik aksi dengan orang mini, alam semesta selari dan kelainan pada akhir cerita memberikan pengalaman sinematik sebenar kepada orang ramai.
  • Shekhar Bassi, seorang pembuat filem bercita-cita tinggi yang tinggal di London, dengan filem 'The Mrs', kisah jenayah komedi gelap yang menghiburkan, menceritakan kisah perkahwinan pasangan yang bermasalah.
  • Cadi Catlow, seorang pengarah animasi, yang mencipta filem gerak henti 'The Crab' dirakam dalam persekitaran sangat terhad yang hanya menggunakan sari kata dan bergantung sepenuhnya terhadap pemasaan dan animasi yang sangat tepat untuk menggambarkan emosi, melalui proses dan personaliti dua ekor ketam.
  • Paul Frankl, pengarah bebas dari London, dengan filem 'Water Song' mengisahkan cerita tentang perenang pekak yang diberikan peluang untuk menipu.
  • Alexis Barroso Gasco seorang penulis, pengarah dan pereka grafik dari Spain, dengan filem 'Concrete' berlatar belakangkan blok pejabat dan menceritakan kisah seorang eksekutif lelaki, tukang cuci dan kotak, yang membangkitkan keinginan yang paling terpendam dan paling jahat dalam anda.

Untuk memuat turun semua kandungan video dan imej daripada Pesta Filem Tribeca 2013, lawati:

http://digitalnewsagency.com/stories/6567-adrien-brody-launches-filmmakers-competition-at-tribeca-film-festival  

*Sila semak terma dan syarat setempat di http://www.imaginationseries.com  

Mengenai BOMBAY SAPPHIRE®

Bombay Sapphire merupakan jenama gin utama yang menjadi semakin terkenal di dunia mengikut volum dan nilai[1]. Berasaskan resepi rahsia 1761, gin Bombay Sapphire dicipta dengan mengimbangkan gabungan unik 10 tanaman botani eksotik yang dipilih sendiri dari seluruh dunia. Perasa semulajadi tanaman botani diperolehi melalui proses penyulingan lembut dipanggil Infusi Wap yang menghasilkan rasa yang menyelerakan, seimbang dan kompleks yang unik kepada Bombay Sapphire. Nikmatilah Bombay Sapphire dengan penuh tanggungjawab.Bombay Sapphire, reka bentuk botol dan peranti Bombay Sapphire merupakan tanda dagangan dan/atau tanda dagangan berdaftar.

BOMBAY SAPPHIRE® - Infused with imagination™

Bombay Sapphire menyasarkan untuk memberikan inspirasi kepada orang ramai mengembangkan minda mereka, berfikir dengan carwa yang berbeza bagi menyerlahkan lagi diri mereka dan Imaginasi mereka. Pasukan di Bombay Sapphire percaya bahawa semua orang mempunyai imaginasi dan oleh itu mereka mahu memberi semua orang peluang untuk mendapat inspirasi, dan menyemai imaginasi mereka bersama Bombay Sapphire.

http://www.bombaysapphire.com

http://www.facebook.com/BombaySapphire

[1] Data disumberkan daripada International Wine and Spirit Research (IWSR), yang dijalankan selama 12 bulan hingga penghujung Disember 2011. Jenama utama adalah seperti yang dipaparkan dalam 5 teratas mengikut isipadu dan nilai secara global.
Keputusan lengkap disediakan berdasarkan permintaan.

Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya sila hubungi:

Tarita Mullings
H+K Strategies
+44-20-7413-3000
tarita.mullings@hkstrategies.com 

Video: http://www.multivu.com/mnr/60647-adrien-brody-named-bombay-sapphire-film-judge

Source: Bombay Sapphire
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Entertainment Film & Motion Picture Food/Beverages