omniture

CGTN: Bagaimana China 'belayar bersama-sama di lautan tanpa sempadan' dengan dunia

CGTN
2021-06-02 05:01 1380

BEIJING, 2 Jun 2021 /PRNewswire/ -- "Tanpa sempadan sang lautan kita layari bersama angin" merupakan satu baris daripada sebuah sajak Cina yang ditulis 1,000 tahun yang lalu.

Kata-kata lama tersebut, yang bererti tiada batasan geografi untuk ditempuhi bagi bertemu rakan-rakan, membawa cetusan emosi yang berpanjangan dalam China moden.

"Saya ingin menjelaskan kepada semua bahawa dasar buka pintu China tidak akan ditutup dan ia bahkan akan dibuka dengan lebih luas lagi," kata Presiden Cina Xi Jinping di Boao Forum for Asia pada tahun 2018.

Bermula daripada reformasi dan dasar buka pintu… 

Perubahan luas biasa yang terhasil daripada reformasi dan dasar buka pintu 1978 China memberi kesaksian akan nilai hebat keyakinan bahawa keterbukaan merupakan cara mencapai pertumbuhan dan kekayaan.

Berpandukan dasar berkenaan, negara ini telah berubah daripada sebuah negara yang sebahagian besarnya berasaskan pertanian kepada ekonomi kedua terbesar di dunia.

Jumlah import dan eksport barangan China meningkat 1.9 peratus berbanding tahun sebelumnya kepada 32.16 trilion yuan (kira-kira $4,647 bilion) pada tahun 2020, mencecah paras tertinggi walaupun berlakunya kemerosotan di seluruh dunia dari segi penghantaran dan menjadikannya sebagai satu-satunya ekonomi utama di dunia yang mencatatkan pertumbuhan positif dalam perdagangan asing barangan.

Pada tahun 1978, jumlah keseluruhan hanyalah kira-kira $20.6 bilion.

China telah bekerja keras untuk menarik minat lebih ramai pelabur global terhadap pasaran domestiknya yang besar dengan meluaskan akses pasaran dan meningkatkan persekitaran perniagaan.

Satu tinjauan yang dijalankan baru-baru ini oleh Kementerian Perdagangan menunjukkan bahawa 96.4 peratus daripada perusahaan yang mendapat pelaburan asing yakin akan prospek perniagaan mereka di China.

China turut menjadi sebahagian daripada 10 ekonomi paling bertambah baik terunggul di dunia bagi kemudahan menjalankan perniagaan buat tahun kedua berturut-turut hasil daripada agenda reformasi yang mantap, menurut laporan kajian World Bank bagi tahun 2020.

Sementara itu, China telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan 140 negara dan 31 organisasi antarabangsa di bawah Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) sejak ia dimulakan pada tahun 2013.

… kepada corak pembangunan baharu 

Tatkala China memulakan perjalanan baharu menuju pemodenan sosialis melalui Rancangan Lima-Tahun ke-14 (2021-2025), dasar buka pintu kekal penting untuk hala tuju baharu negara ini.

Memperkenalkan corak pembangunan "dwi peredaran" dalam rancangan tersebut, China berjanji untuk terus membuka pasarannya dalam tempoh lima tahun akan datang untuk mengharungi kelembapan ekonomi yang disebabkan oleh virus dan menggalakkan kerjasama antarabangsa.

Paradigma pembangunan baharu ini bererti memastikan agar kedua-dua pasaran domestik dan asing dihubungkan dan dimanfaatkan dengan lebih baik dengan menyerlahkan potensi pasaran domestik.

Usaha-usaha yang konkrit juga sedang dijalankan.

Kini, China mempunyai 21 zon perdagangan bebas perintis (FTZ), setelah memperkenalkan tiga FTZ baharu tahun lalu. Ia juga menandatangani perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau yang bakal menjadi blok perdagangan bebas yang terbesar di dunia.

https://news.cgtn.com/news/2021-05-31/How-China-sails-together-on-the-boundless-ocean-with-the-world-10GK4NahBPq/index.html 

Source: CGTN
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service