omniture

Huawei Lancar Penyelesaian Rangkaian Storan Eternet Tak Hilang NoF+ untuk Cetuskan Inovasi Kewangan Digital

Huawei
2021-06-05 04:14 607

SHANGHAI, 5 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Di Sidang Kemuncak Kewangan Pintar 2021 Huawei, Huawei melancarkan penyelesaian rangkaian storan Eternet tak hilang, NoF+. Penyelesaian ini menerapkan pencepatan data hujung ke hujung dalam senario storan dengan memanfaatkan sistem storan berbilang pemacu OceanStor Dorado dan suis rangkaian storan pusat data CloudEngine. Ia membuka potensi prestasi berbilang pemacu sepenuhnya, dan menyuntik momentum baharu ke dalam inovasi teknologi kewangan.

Kevin Hu, Presiden Barisan Produk Komunikasi Data Huawei dan Peter Zhou, Presiden Barisan Produk IT Huawei bersama-sama melancarkan NoF+
Kevin Hu, Presiden Barisan Produk Komunikasi Data Huawei dan Peter Zhou, Presiden Barisan Produk IT Huawei bersama-sama melancarkan NoF+

Sebagai peneraju dalam transformasi digital, industri kewangan beralih ke arah liputan omni saluran. Finance Everywhere telah menjadi pemangkin untuk ledakan pertumbuhan data dan inovasi infrastruktur data, dan trend berbilang pemacu kini tidak dapat dihentikan. Sejak 2018, penghantaran kilat-sepenuhnya (SSD) global jauh melebihi cakera mekanikal tradisional (HDD), memberikan 100x peningkatan dalam prestasi membaca dan menulis. Di samping itu, rangkaian storan Saluran Fiber (Fibre Channel) (FC) gagal memadankan keperluan untuk mod bacaan/tulisan berpenghasilan tinggi yang serentak pada storan kilat-sepenuhnya yang menggunakan antara muka NVMe. Kedua-dua lebar jalur dan kependaman telah menyebabkan kesesakan prestasi storan. Dengan itu, perkhidmatan storan menyeru untuk rangkaian yang lebih cepat dan berkualiti lebih tinggi.

Oleh kerana teknologi Eternet telah berkembang, Eternet tak hilang telah menyelesaikan masalah naik turun prestasi storan yang disebabkan oleh kehilangan paket. Lebih penting lagi, prestasi Eternet 25/40/100G adalah jauh lebih tinggi berbanding FC 32G, menjadikan Eternet tak hilang bidang pembangunan yang penting dalam era kilat-sepenuhnya. Kini, pembekal dan pelanggan mendorong kematangan ekosistem rangkaian NVMe yang berasaskan Eternet tak hilang atas Fabrics (NoF) ke peringkat selanjutnya.

Pelancaran Huawei bagi penyelesaian rangkaian storan Eternet tak hilang generasi akan datang NoF+ berada selari dengan trend storan pusat data kilat-sepenuhnya dan semua-IP. Berdasarkan kepada ciri tak hilang, persepsi, dan kolaborasi pintar, penyelesaian ini mengatasi cabaran kehilangan paket Eternet tradisional dan mencapai prestasi dan kebolehpercayaan yang tinggi, dan O&M yang mudah.

  • Algoritma pintar untuk 87% IOPS yang lebih tinggi: Kehilangan paket berlaku pada rangkaian Eternet tradisional, di mana kehilangan paket sebanyak 0.1% mengurangkan daya pemprosesan rangkaian sebanyak 50%. Penyelesaian NoF+ Huawei merangkumi algorithma iLossless untuk mencapai kehilangan paket sifar dengan 100% daya pemprosesan rangkaian storan. Berbanding dengan FC, IPOS meningkat sebanyak 87% dan kependaman berkurang sebanyak 42%. Dalam senario aktif-aktif dalam bandar, penyelesaian menggunakan pautan 100GE untuk transmisi tak hilang sejauh 70km, mengurangkan pautan rentas-DC sebanyak 90% berbanding pautan FC.
  • Pengesanan kerosakan dan kegagalan proaktif dalam tempoh sesaat: Rangkaian Eternet tradisional kekurangan pengesanan kerosakan dan mekanisme pemberitahuan yang proaktif. Apabila berlaku kerosakan, kegagalan pautan mengambil masa yang lama, yang dengan itu mengganggu perkhidmatan storan. Penyelesaian NoF+ memberikan keupayaan persepsi pintar, yang bermaksud suis dapat melapor kerosakan secara proaktif dalam tempoh milisaat dan bekerja dengan peranti storan untuk melaksanakan kegagalan dalam tempoh sesaat, tanpa memberi kesan kepada perkhidmatan penyimpanan, apabila kegagalan satu titik rangkaian berlaku.
  • Peluasan keupayaan storan pasang-dan-main dan satu klik: Dalam senario storan, rangkaian Eternet tradisional perlu dikonfigurasi dari satu nod ke nod yang lain secara manual, yang merupakan proses yang kompleks dan cenderung untuk kesilapan. Penyelesaian NoF+ melakukan kolaborasi pintar antara peranti penyimpanan dan suis dan menyokong keupayaan peluasan peranti storan pasang-dan-main dan satu klik. Perubahan perkhidmatan dapat diselaraskan ke keseluruhan rangkaian secara automatik setelah dikonfigurasi pada titik tunggal, meningkatkan kecekapan pembekalan perkhidmatan dengan lebih baik.  

Sehingga kini, Penyelesaian NoF+ telah bersama-sama diinovasikan dan diterapkan secara komersial dalam industri seperti kewangan, pengangkutan, dan perusahaan lain. Penyelesaian ini memanfaatkan sepenuhnya berjuta peringkat IOPS storan kilat-sepenuhnya dan memenuhi keperluan pembangunan peringkat petabyte industri kewangan. Akan datang, Huawei akan terus mematuhi strategi perniagaan yang memberi tumpuan kepada pelanggannya dan bekerjasama dengan rakan kongsi untuk membangunkan amalan rangkaian storan baharu dan meningkatkan rangkaian storan yang sedia ada. Perkara ini akan pasti menyaksikan Huawei melonjak ke hadapan semua inovasi merentas senario industri yang berbeza, dan menjadikan Huawei hentian pertama dalam transformasi digital perusahaan.

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services Trade show news