omniture

Para Pemenang Aplikasi Untuk Asia ditampilkan dalam mesyuarat tahunan Bank Pembangunan Asia

Microsoft Corp.
2013-05-07 12:24 153

-- Mengumpulkan pembangun dan aplikasi yang diperlukan di rantau Asia Pasifik.

DELHI, India, 7 Mei 2013 /PRNewswire/ -- ADB dan Microsoft Corp. akan menampilkan Aplikasi Untuk Asia –Program Pembangunan Perekaan Semula di Mesyuarat Tahunan ke-46 Bank Pembangunan Asia (ADB).  Program ini termasuk konsep aplikasi mudah alih yang memantau penggunaan air, menyatukan perkhidmatan-perkhidmatan kecemasan yang sering digunakan, memantau penggunaan ubat-ubatan di kalangan pesakit tuberkulosis dan membantu pengguna pengangkutan awam merancang perjalanan.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20000822/MSFTLOGO)

Program ini, yang disokong oleh persatuan-persatuan teknologi maklumat serantau, rakan kongsi teknologi di sektor swasta dan university-universiti, bermatlamat untuk memanfaatkan daya kreatif pembangun-pembangun perisian mencipta penyelesaian yang mapan bagi faedah ekonomi, komersil dan sosial kerajaan, masyarakat awam dan perniagaan di rantau ini.

Program Aplikasi Untuk Asia termasuklah siri acara pembangun kebangsaan di Australia, India, Korea, Malaysia dan Filifina.  Daripada 100 aplikasi yang diterima, hanya tiga penyertaan teratas dari setiap negara akan dipamerkan di mesyuarat tahunan ADB ke-46 di Delhi.

"Aplikasi Untuk Asia merupakan satu pertunjukan hebat kuasa teknologi dan peranannya dalam mengukuhkan pembangunan sosial dan ekonomi," kata Bindu N. Lohani, naib presiden Pengurusan Ilmu dan Pembangunan Mapan, ADB.  ADB menyediakan panduan keutamaan ekonomi, sosial dan pembangunan serantau bagi membantu dan memberikan inspirasi kepada peserta program.

Peserta pertandingan Aplikasi Untuk Asia membina aplikasi baharu yang menangani pelbagai isu, termasuk aplikasi rangkaian yang menguruskan derma darah, memadankan golongan muda dengan majikan yang berpotensi, mengaturkan projek perumahan orang asli, mempromosi pencegahan jenayah dan menangani pengurusan diabetes.

"Kami menerima banyak penyertaan aplikasi kreatif dan berimpak di sepanjang beberapa bulan lalu yang menggambarkan impak yang dapat dicapai dalam menyelesaikan cabaran serantau melalui teknologi," kata John Cann, pengarah, Organisasi Antarabangsa, Microsoft. "dengan teknologi baharu seperti perkhidmatan awan dan rangkaian peranti mudah alih, aplikasi dapat dibangunkan dengan pantas untuk menjangkau lebih ramai pengguna dengan lebih banyak cara."

Selain daripada pandangan yang diterima daripada ADB, para peserta akan menerima latihan dan capaian platform Microsoft, peranti rentangan dan perkhidmatan awan, yang membolehkan pembangun mencipta aplikasi Windows Azure, Windows 8 dan Windows Phone yang berinovasi.  Tambahan lagi, program ini membantu pembangun tempatan menghasilkan penyelesaian tempatan dan merangsang model perniagaan berinovasi yang mempunyai impak positif kepada komuniti mereka.

Berikut adalah 15 finalis yang mempamerkan aplikasi mereka di mesyuarat tahunan ADB pada tahun ini:

Australia

  • Blue Clover merevolusi pendekatan semasa pengurusan diabetes dengan menggunakan mudah alih dan awan untuk meningkatkan kualiti kehidupan 347 juta orang yang menghidap diabetes.
  • Idex (Domain Besar) membolehkan orang ramai mengggunakan identiti digital tunggal untuk mencapai perkhidmatan dalam talian yang membantu meningkatkan keselamatan, memudahkan pengurusan direktori dan menyediakan capaian lebih mudah kepada pengguna akhir.
  • xMeaning bertindak sebagai bantuan pembelajaran bahasa-bahasa asing dengan membolehkan penterjemah menghasilkan dokumen dalam bahasa sumber dan menganotasi dengan maklumat terjemahan untuk membantu pelajar lebih memahami konteks kandungan.

India

  • Jeevan Pani menyediakan penduduk dengan capaian maklumat penggunaan air dan membolehkan mereka mengira dan melaporkan penggunaan air mereka serta berkongsi maklumat ini di tapak rangkaian sosial.
  • Help-Me menyatukan perkhidmatan-perkhidmatan kecemasan yang paling diperlukan – polis, bomba dan ambulans – dengan aplikasi telefon, konsol pengendali dan aplikasi pelaporan.
  • TOTS memastikan pesakit tuberculosis mengikuti regimen rawatan yang betul bagi membantu menyembuhkan penyakit dengan menguruskan rekod dan calendar, memberikan penunjuk jalan ke pusat rawatan berhampiran, mengambil gambar pesakit mengambil ubat mereka dan memaklumi doktor dan keluarga dengan segera.
  • PathFinder memudahkan proses merancang perjalanan dan menggunakan pengangkutan awam tempatan dengan mengenalpasti laluan pengangkutan yang terbaik untuk sampai ke destinasi yang dikehendaki.

Korea

  • Filament menyokong pencegahan jenayah masa sebenar melalui pelaporan dan pengesanan kejadian yang dipertingkat, disepadukan dengan sistem pengurusan laporan yang sedia ada untuk membantu mengurangkan kelengahan respons.
  • Mapi menyediakan nasihat navigasi masa sebenar, membolehkan pengguna berkongsi maklumat mengenai laluan terbaik berdasarkan mod pengangkutan, situasi trafik semasa dan maklumbalas bersumberkan orang ramai.

Malaysia

  • EPIC Hope menghubung dan membolehkan komuniti di Malaysia terlibat dalam membina perumahan mampan bagi masyarakat orang asli.
  • Gnowledge menyokong pendidikan dengan membolehkan pengguna mencipta, menerbit, berkongsi dan mengambil ujian serta melengkapkan latihan dan tugasan.
  • Blood R2 System menangani keperluan menderma darah masyarakat dengan memadankan permintaan dan bekalan darah.

Filifina

  • Codetoki memudahkan proses membantu golongan muda mendapatkan pekerjaan dengan membolehkan pemohon meningkatkan kemahiran teknologi mereka dan memadankan majikan dan para pemohon melalui platform yang digamifikasi.
  • Rangkaian Penderma Darah menyediakan penyelesaian membantu komuniti memenuhi keperluan derma darah mereka.
  • Leanasset bertindak sebagai sistem pemantauan pengangkutan awam yang membolehkan pengendali pengangkutan dan komuter mengakses maklumat pengangkutan dan memudahkan pengurusan .

Maklumat lanjut Aplikasi Untuk Asia boleh didapati di http://www.AppsForAsia.com.

Mengenai Bank Pembangunan Asia

ADB, berpangkalan di Manila, sebuah bank khas untuk mengurangkan kemiskinan di Asia dan Pasifik melalui keterlibatan pertumbuhan ekonomi, pertumbuhan mapan alam sekitar dan penyepaduan serantau.  Ditubuhkan pada 1966, ia dimiliki oleh 67 ahli – 48 dari rantau tersebut.  Dalam tahun 2012, bantuan ADB berjumlah $21.6 bilion, termasuk pembiayaan bersama sebanyak $8.3 bilion.

Mengenai Microsoft

Diasaskan pada 1975, Microsoft (Nasdaq: MSFT) adalah peneraju dunia dalam perisian, perkhidmatan dan penyelesaian yang membantu orang ramai dan perniagaan merealisasikan potensi sebenar mereka.

Source: Microsoft Corp.
Related Stocks:
NASDAQ:MSFT
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital Multimedia/Online/Internet Telecommunications Transportation Travel Wireless Communications New products/services