omniture

Group ONE Keluarkan Kenyataan mengenai Liputan Media Terkini

Group ONE Holdings
2021-06-08 19:05 177

SINGAPURA, 8 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Hua Fung Teh, Presiden Kumpulan Group ONE Holdings, hari ini mengeluarkan kenyataan berikut berhubung liputan media baru-baru ini mengenai pengunduran diri Fock Wai Hoong dan Derek Lau daripada Lembaga Pengarah Syarikat:

"Sebagai sebahagian daripada rancangan kami untuk penyenaraian awam, kami mengambil beberapa langkah teknikal bagi memastikan agar kami memiliki struktur tadbir urus yang tepat untuk pelbagai bidang kuasa termasuk AS. Temasek dan Heliconia Capital kekal terhubung dan menyokong sepenuhnya hala tuju strategik kami."

Group ONE telahpun melantik Goldman Sachs dan Credit Suisse sebagai penasihat kewangan Syarikat bagi tujuan penyenaraian yang berpotensi dan melantik Skadden, Arps, Slate, Meagher & Flom LLP sebagai penasihat undang-undang.

Latar Belakang Group ONE Holdings

Group ONE Holdings (ONE) ialah platform media sukan global yang terbesar di Asia dengan siaran ke lebih 150 negara di serata dunia.

Menurut Nielsen, ONE tersenarai antara 10 saluran media sukan terbesar yang terunggul di dunia untuk penonton dan penglibatan. Melalui saluran sukannya yang utama (ONE Championship dan ONE Esports) serta komuniti milenia yang bersemangat, ONE merupakan satu perayaan untuk fenomena budaya yang paling hebat di Asia, Seni Mempertahankan Diri dan Permainan serta nilai-nilai Asia yang berakar umbi iaitu integriti, kerendahan diri, kehormatan, rasa hormat, keberanian, disiplin serta belas kasihan.

ONE bersiaran merentas lebih 150 wilayah bersama beberapa rangkaian dan penyiar digital terbesar termasuk Star Sports, Beijing TV, iQIYI, TV5, Turner Sports, SCTV, Startimes, Thairath TV, Skynet, Mediacorp, Great Sports, Spark Sport, Match TV, Dubai Sports dan banyak lagi.

Hubungi:

Erica Kerner
Naib Presiden Kanan
e.kerner@onefc.com

Source: Group ONE Holdings
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Sports Television Personnel announcements