omniture

Christopher Lee dan Fann Wong jadi duta OMG! Gods of Three Kingdoms di Singapura, Malaysia dan Vietnam

Berita tergempar buat peminat Asia yang telah diumumkan di halaman Facebook rasmi OMG! Gods of Three Kingdoms pada 2 Jun.
VNG
2021-06-09 09:27 81

BANDAR RAYA HO CHI MINH, Vietnam, 9 Jun 2021 /PRNewswire/ -- OMG! Gods of Three Kingdoms merupakan permainan mudah alih main peranan dan strategi yang diinspirasikan oleh Three Kingdoms terkini yang diterbitkan oleh VNGGames, dilancarkan di Singapura dan Malaysia pada 2 Jun. Perbezaan yang paling ketara ialah mekanisme tempur unik yang menggabungkan ciri-ciri genre taktikal dan sistem pertarungan-automatik yang bergaya.

Christopher Lee dan Fann Wong jadi duta OMG! Gods of Three Kingdoms di Malaysia, Singapura dan Vietnam.
Christopher Lee dan Fann Wong jadi duta OMG! Gods of Three Kingdoms di Malaysia, Singapura dan Vietnam.

Muat turun sekarang: https://omg3sm.onelink.me/bGF4/1e0dbe9 

Dalam masa yang sama, OMG! Gods of Three Kingdoms turut mengumumkan bahawa Christopher Lee dan Fann Wong merupakan duta-duta bagi permainan tersebut. Berita ini amat menggembirakan dan disokong dengan penuh semangat oleh para pemain serta peminat mereka dari seluruh Asia.

Fann Wong ialah seorang pelakon hebat Singapura manakala suami beliau Christopher Lee ialah seorang pelakon terkenal dari Malaysia. Mereka merupakan pasangan bahagia Pulau Singa Singapura dan telah dikenali di seluruh Asia. Orang ramai mengenali mereka melalui watak-watak mereka dalam filem-filem terkenal seperti The Return of the Condor Heroes, The Legendary Swordsman, Madam White Snake, Moon Fairy dan sebagainya.

Walaupun mereka terlibat dalam banyak genre filem serta banyak peranan yang berbeza dalam dunia hiburan, imej mereka yang paling mengagumkan ialah wira dan wanita jelita dalam drama purbawara. Walau bagaimanapun, peminat masih belum melihat mereka muncul bersama dalam visual purba untuk seketika. Justeru itu, mereka merupakan pilihan terbaik untuk menjadi duta-duta OMG! Gods of Three Kingdoms.

Sebelum tiba ke Singapura dan Malaysia, OMG! Gods of Three Kingdoms dilancarkan di Vietnam dan Thailand pada penghujung April dan mencapai banyak kejayaan dengan berjuta-juta pemain. Ketika ini, semua orang boleh terjun ke dunia OMG! Gods of Three Kingdoms dan memulakan sebuah pengembaraan bersama Christopher Lee, Fann Wong dan pemain-pemain lain dari seluruh rantau ini.

Latar Belakang VNG

VNGGames  diiktiraf sebagai salah satu penerbit permainan terkemuka yang berpangkalan di Vietnam, sebahagian daripada VNG Corporation – syarikat pemula unikorn yang pertama seumpamanya di Vietnam (The Asean Post). Dengan pengalaman selama 16 tahun dalam menerbitkan permainan dalam pasaran Vietnam dan beberapa wilayah asing, VNGGames kini mengambil langkah seterusnya dengan serius untuk menakluk pentas dunia, bermula dengan pasaran Asia Tenggara (SEA).

 

Source: VNG
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Telecommunications Licensing/marketing agreements