omniture

Zoomlion Lancar Operasi Kilang Baharu di Eropah Dorong Lagi Pembuatan Setempat

Zoomlion
2021-06-09 22:22 1329

MANTOVA, Itali, 9 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. ("Zoomlion"; 1157.HK) secara rasminya melancarkan operasi kilang baharunya di Eropah yang terletak di bandar Itali utara, Mantova. Kini beroperasi sepenuhnya, kilang tersebut akan memajukan dan meningkatkan lagi pengeluaran setempat Zoomlion dalam pasaran Eropah termasuk kren menara, automobil, platform kerja dan forklift serta menyediakan rangkaian perkhidmatan penuh kepada pelanggan tempatan.

Dengan kawasan seluas 20,000 meter persegi, kilang tersebut dirancang mengikut prinsip pembuatan padu dan memenuhi piawaian keselamatan dan pembinaan persekitaran yang tertinggi di Eropah.

"Kilang baharu ini dilengkapi dengan sistem pemantauan emisi gas automatik bagi mengelakkan pencemaran terhadap alam sekitar, kami memasang panel solar di atas bumbung bagi menyediakan kuasa elektrik untuk pengeluaran dan pencahayaan LED di seluruh kilang ini," seperti yang diperkenalkan oleh kakitangan yang bertanggungjawab daripada Zoomlion.

Satu pencapaian utama daripada strategi pembangunan mendalam Zoomlion dalam pasaran Itali, Zoomlion akan meningkatkan kekuatan kompetitif keseluruhan syarikat melalui pembuatan setempat produk-produknya yang mempunyai kelebihan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pasaran sasaran dari segi prestasi pengeluaran, inovasi teknologi dan reka bentuk. Pembuatan setempat juga akan meningkatkan lagi keupayaan operasi global syarikat.

"Sebagai tapak pembuatan produk Zoomlion yang komprehensif di Eropah, kilang baharu ini akan menubuhkan sistem lengkap penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembuatan, penjualan dan rantaian bekalan dengan mengintegrasikan teknologi Zoomlion, kami akan mencapai penyetempatan lengkap bagi reka bentuk produk, pembuatan dan perolehan bahagian untuk membina 'versi Eropah' produk Zoomlion yang berkualiti tinggi," kata Davide Cipolla, Pengurus Besar CIFA di Itali.

Penyetempatan merupakan hubungan penting dalam strategi pembangunan antarabangsa Zoomlion yang membawa kejayaan yang berterusan. Zoomlion telah menaik taraf CIFA menjadi tapak pembuatan komprehensif yang mana kren semua rupa bumi ATC960 dan ATC1000 direka bentuk dan dikilangkan. Lebih daripada 70 peratus produk yang dipamerkan oleh Zoomlion di Bauma 2019 dikilangkan di kilang-kilang tempatan di Eropah.

Ketika ekonomi pulih dan kilang baharu beroperasi, Zoomlion berusaha untuk menjadi peneraju dalam pasaran Eropah dengan keupayaan R&Dnya yang kukuh, produk berprestasi tinggi serta perkhidmatan elit.

Latar Belakang Zoomlion

Ditubuhkan pada tahun 1992, Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. (01157.HK) ialah sebuah perusahaan pembuatan peralatan berkualiti tinggi yang mengintegrasikan jentera kejuruteraan, jentera pertanian dan perkhidmatan kewangan.

Source: Zoomlion
Related Stocks:
HongKong:1157 OTC:ZLIOY
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Machinery Mining/Metals Transportation Corporate Expansion New products/services