omniture

Hari Inovasi Geberit Persembahkan Visi Baharu Reka Bentuk, Pembinaan dan Operasi Bangunan

Lebih daripada 10,000 pakar industri dari 40 Negara melawat House of Geberit untuk membincangkan masa depan industri sanitari dan penyelesaian bangunan Geberit
Geberit North and South East Asia
2021-06-10 08:00 253

SINGAPURA, 10 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Antara Mac dan April 2021, Geberit menganjurkan "Hari Inovasi Geberit ". Lebih 10,000 pemimpin industri dari 40 negara dan pakar dalaman membincangkan mengenai masa depan industri sanitari. Mereka mempersembahkan produk baharu Geberit secara dalam talian dari "House of Geberit" berkeluasan 300 meter persegi kepada 450 orang tetamu di acara fizikal di Singapura, Hong Kong, Malaysia, Taiwan dan lokasi-lokasi lain di seluruh dunia.

Tonton rakaman setiap topik di https://www.geberit.com.sg/services/innovation-days/.

Geberit menyiarkan pembentangan mengenai reka bentuk, fungsian dan teknologi daripada reruai pameran perdagangan sebenar. Selain daripada acara maya, acara secara langsung turut dianjurkan di Singapura, Malaysia, Hong Kong dan Taiwan.
Geberit menyiarkan pembentangan mengenai reka bentuk, fungsian dan teknologi daripada reruai pameran perdagangan sebenar. Selain daripada acara maya, acara secara langsung turut dianjurkan di Singapura, Malaysia, Hong Kong dan Taiwan.

Geberit menawarkan produk dan penyelesaian sanitari untuk seluruh bangunan yang meliputi seluruh litar air: bermula daripada bekalan air hinggalah penggunaan dan saliran – dan kesemuanya dipamerkan di Hari Inovasi Geberit 2021.

"House of Geberit, reruai pameran perdagangan 300m² sebenar dibina menggunakan sistem pemasangan GIS Geberit yang biasanya digunakan untuk pra-dinding bangunan di bilik mandi. Dinding yang hampir lutsinar menawarkan pandangan tidak putus bahagian depan dan belakang penyelesaian dinding kami bagi membolehkan peserta membayangkan pelbagai kemungkinan reka bentuk produk kami. Dalam masa yang sama, pakar-pakar berkongsi inovasi dan kemas kini produk kami dan juga panduan pembinaan," kata Martin Baumüller, Ketua Pemasaran & Jenama di Geberit Group.

Acara Fizikal di sekitar Asia Utara & Tenggara

Selain daripada acara maya seluruh dunia, sesi secara langsung yang eksklusif dijalankan di Singapura, Malaysia, Hong Kong dan Taiwan selama tiga hari berturut-turut bagi menarik minat golongan profesional pembinaan dan sanitari dari seluruh Asia Utara & Tenggara.

Secara keseluruhan, lebih 450 pelanggan dan rakan kongsi Geberit di seluruh rantau ini menghadiri acara fizikal termasuk arkitek terkenal, pereka dalaman, pemaju, wakil penjual, pengedar, pengendali bangunan dan juga hotel.

Pakar-pakar menyediakan pembentangan dan mengetuai perbincangan dalam sembilan bidang khusus yang meliputi inovasi bilik mandi yang terkini - bermula daripada paip dan pemasangan di belakang dinding hingga reka bentuk dan penyelesaian kebersihan di bahagian hadapan dinding.

"Acara hibrid pertama kami, Hari Inovasi Geberit merupakan satu kejayaan besar dan pencapaian baharu dari segi bagaimana kami berinteraksi dengan rakan kongsi kami dan industri ini. Daripada pengalaman ini, kami dapat mengukuhkan hubungan pelanggan kami, menjalin hubungan baharu dan menemui cara baharu untuk mempersembahkan penyelesaian inovatif Geberit. Kejayaan daripada acara ini menunjukkan kepintaran perniagaan, inovasi dan kerja berpasukan global kami," ulas Elaine Naveen, Ketua Pemasaran untuk Geberit Asia Utara & Tenggara.

Acara luar talian Singapura diadakan di Grand Ballroom, JW Marriott Hotel Singapore South Beach di Singapura. Sorotan utama acara tersebut boleh dilihat di sini.

Sorotan utama daripada setiap sesi

Modul "Water Flow" ("Aliran Air") dengan inovasi dalam hidraulik dan penebatan bunyi

Geberit menawarkan penyelesaian yang komprehensif untuk memastikan aliran air yang optimum sama ada dari segi bekalan, penggunaan atau pembuangan air.

Modul "Water Flow" diakhiri dengan sesi mengenai topik hidraulik air buangan dan penebatan bunyi.

Modul "Design Freedom" ("Kebebasan Reka Bentuk") mempamerkan lebih banyak pilihan dengan bahan dan warna baharu.

Inovasi reka bentuk daripada Geberit menawarkan tahap kebebasan reka bentuk yang tinggi untuk susun atur bilik mandi individu. Kemas kini reka bentuk dan penambahan kepada rangkaian produk ditunjukkan untuk siri bilik mandi Geberit yang paling penting. Plat penggerak Geberit, yang mana hasil daripada warna dan bahan baharu, disediakan dengan pelbagai kombinasi yang malah lebih luas dan menetapkan trend bagi tahun 2021 sekali gus membuka kebebasan tambahan untuk reka bentuk bilik mandi individu.

Modul "Solutions for your Needs" ("Penyelesaian untuk Keperluan anda") menyediakan inovasi untuk keselesaan dan kebersihan

Keselesaan individu di bilik mandi menambah ciri kebersihan dan lebih ruang: Menerusi modul ini, Geberit mempersembahkan reka bentuk yang inovatif dan idea yang sesuai untuk tandas, ruang sinki dan pancuran. Fokus adalah terhadap penyelesaian untuk keperluan utama pelanggan berhubung bilik mandi moden: kebersihan, ruang, keselesaan, mesra pengguna, kebolehcapaian dan reka bentuk. Antara perkara lain, RimFree WC yang dioptimumkan dalam siri bilik mandi Geberit iCon, Geberit ONE WC dengan TurboFlush dan generasi semasa unit pengekstrakan bau Geberit DuoFresh dipersembahkan.

Modul "Feel Fresh" ("Rasai Kesegaran"): Geberit AquaClean dengan penyelesaian tandas pancuran memenangi anugerah

Rasa kesegaran tersendiri yang diberikan oleh Geberit AquaClean adalah sempurna untuk mana-mana bilik mandi. Dalam bidang khusus yang berasingan, Geberit membentangkan mengenai pembangunan tandas pancuran dan pelbagai jenis produk yang menawarkan penyelesaian yang ideal untuk setiap bilik mandi. Tandas dengan fungsi pancuran bersepadu yang dapat membersihkan pengguna dengan jet air lembut selepas menggunakan tandas menjadi semakin popular dan juga menjadi ciri standard dalam bilik mandi moden.

Modul "Time for Touchless" ("Masa untuk Tanpa Sentuh") dan penyelesaian sanitari awam yang utama dalam industri

Penyelesaian kebersihan dan tanpa sentuh menjadi semakin penting – bukan sahaja di kemudahan sanitari awam. Melalui modul ini, Geberit mempersembahkan produk tanpa sentuh untuk tempat buang air kecil, tandas dan ruang sinki. Ini termasuk plat penggerak yang mendayakan penggerakan pam tanpa sentuh. Pakar-pakar turut menunjukkan cara untuk merancang kemudahan sanitari awam dengan sempurna.

Modul "Full System Thinking" ("Pemikiran Sistem Penuh") untuk operasi bangunan dan bilik mandi lengkap

Saling interaksi yang optimum antara sistem di hadapan dan belakang dinding memudahkan proses perancangan dan pemasangan. Modul ini menunjukkan kemungkinan baharu yang terhasil daripada gabungan antara teknologi pemasangan dan reka bentuk bilik mandi. Ini juga termasuk memenuhi kesemua keperluan teknikal, undang-undang, fungsi dan estetika. Contoh bilik mandi yang lengkap menunjukkan bagaimana teknologi pemasangan di belakang dinding berfungsi dengan harmoni bersama produk sanitari di hadapan dinding dan memastikan bilik mandi yang sempurna.

Modul "Planning Made Easy" ("Perancangan Menjadi Mudah"): menjadikan kehidupan lebih mudah untuk jurutera dan arkitek

Alat perancangan digital daripada Geberit menjadikan perancangan pemasangan sanitari lebih cepat dan lebih mudah. Jurutera sanitari mempunyai data BIM yang lengkap, terkini dan khusus mengikut negara di tangan mereka untuk semua produk Geberit standard. Bagi tujuan ini, kini Geberit telah menggabungkan seluruh kepakaran BIM dalam pemalam yang menawarkan kemungkinan tambahan.

Modul "Digital Services" ("Perkhidmatan Digital"). Masa depan sanitasi

Geberit menawarkan pelbagai aplikasi praktikal dan alat digital untuk membantu golongan profesional sanitari dengan seleksi, perundingan, pemasangan dan penjualan produk. Modul ini menjelaskan bagaimana, antara perkara lain, Geberit ProPlanner atau katalog produk dalam talian boleh digunakan untuk menyokong pelanggan profesional dan persendirian.

Modul-modul yang disebutkan di atas boleh ditemui di: https://www.geberit.com.sg/services/innovation-days.

Latar Belakang Geberit

Geberit Group yang beroperasi di seluruh dunia merupakan peneraju Eropah dalam bidang produk sanitari. Geberit beroperasi dengan kehadiran tempatan yang mantap di kebanyakan negara Eropah, menyediakan nilai tambah yang unik apabila melibatkan teknologi sanitari dan seramik bilik mandi. Jaringan pengeluarannya mencakupi 29 kemudahan pengeluaran yang mana 6 daripadanya terletak di luar negara. Kumpulan ini beribu pejabat di Rapperswil-Jona, Switzerland. Dengan kira-kira 12,000 orang pekerja di sekitar 50 negara, Geberit menjana jualan sebanyak CHF 3.0 bilion pada tahun 2020. Saham Geberit disenaraikan di SIX Swiss Exchange dan telahpun dimasukkan ke dalam SMI (Swiss Market Index) sejak tahun 2012.

Source: Geberit North and South East Asia
Keywords: Computer/Electronics Home Improvement Household Products Household/Consumer/Cosmetics Multimedia/Online/Internet Retail Trade show news