omniture

GSMA Membuka Cawangan di Nairobi bagi Menampung Pasaran Telekomunikasi Afrika yang Semakin Berkembang

GSMA
2013-05-16 00:42 219

- Sambungan Mudah Alih di Afrika Sub-Sahara Meningkat Sebanyak 20 Peratus kepada 500 Juta Pada Tahun 2013 dan Dijangka Bertambah 50 Peratus Lagi Menjelang Tahun 2018

NAIROBI, Kenya, 16 Mei 2013 /PRNewswire/ -- Hari ini GSMA telah mengumumkan bahawa ia telah membuka sebuah cawangan kekal di Nairobi, Kenya. Cawangan ini akan berpusat di tengah-tengah Hab Inovasi Nairobi (iHub) komuniti teknologi dan bakal membolehkan GSMA bekerjasama lebih erat dengan ahli-ahlinya dan para pemegang saham industri lain bagi memperluaskan jangkauan dan faedah sosio-ekonomi mudah alih ke seluruh Afrika.

"Ini masa yang begitu mengujakan untuk membuka cawangan baharu kami di Afrika, kerana rantau itu merupakan pasaran yang semakin berkembang dan kritikal bagi industri mudah alih yang mewakili lebih 10 peratus daripada pasaran global," kata Anne Bouverot, Ketua Pengarah GSMA. "Kepesatan penerimaan penggunaan mudah alih telah memberikan letusan inovasi dan faedah ekonomi yang besar dalam rantau itu, dengan US$32 bilion sumbangan langsung kepada ekonomi Afrika Sub-Sahara, atau 4.4 peratus daripada KDNK. Dengan peruntukan spektrum yang diperlukan dan pengawalseliaan telus, industri mudah alih boleh mencetuskan kewujudan 14.9 juta peluang pekerjaan baharu dalam rantau itu antara tahun 2015 dan 2020."

Menurut data Perisikan Wayarles GSMA terkini, jumlah sambungan mudah alih di Afrika Sub-Sahara melepasi titik 500 juta dalam suku pertama tahun 2013, peningkatan kira-kira 20 peratus tahun demi tahun. Sambungan ini dijangka bertambah 50 peratus lagi, atau 250 juta sambungan, dalam tempoh lima tahun akan datang yang memerlukan kawalseliaan yang lebih ketat bagi meningkatkan pelaburan dan pelancaran spektrum terharmoni tambahan mudah alih.

Rantau itu kini mempunyai kira-kira dua pertiga daripada jumlah sambungan di Afrika namun jumlah spektrum yang diperuntukkan untuk perkhidmatan mudah alih di Afrika adalah antara yang terendah di dunia. Kerajaan di Afrika Sub-Sahara mungkin menjejaskan matlamat jalur lebar dan pembangunan mereka melainkan lebih banyak spektrum disediakan. Secara khususnya, pelancaran spektrum Dividen Digital – yang mempunyai ciri-ciri ideal untuk menyediakan jalur lebar mudah alih, terutamanya kepada populasi luar bandar – patut dijadikan keutamaan.

Rantau itu juga berada pada tahap penggunaan internet mudah alih tertinggi di dunia. Di Zimbabwe dan Nigeria, Lebih separuh daripada trafik web adalah penggunaan mudah alih masing-masing pada kadar 58.1 peratus dan 57.9 peratus, berbanding 10 peratus purata dunia. Tahap penembusan 3G diramalkan akan mencecah satu per empat populasi di Afrika Sub-Sahara menjelang tahun 2017 (daripada 6 peratus pada tahun 2012) seiring dengan pembangunan perkhidmatan khusus mudah alih.

Namun begitu, walaupun dengan jumlah sambungan yang tinggi, penggunaan dan pertumbuhan internet mudah alih yang pesat, kadar penembusan mudah alih di kalangan individu kekal rendah. Kurang daripada 250 juta orang telah melanggan perkhidmatan mudah alih dalam rantau itu, iaitu penembusan pelanggan unik pada kadar 30% sahaja.  Ini bermakna lebih dua pertiga populasi masih belum mempunyai telefon bimbit pertama mereka sendiri. Jelas sekali terdapat peluang penting bagi industri mudah alih untuk membawa ketersambungan, akses kepada maklumat dan perkhidmatan kepada penduduk rantau ini.

Industri mudah alih menyumbang kira-kira 3.5 juta peluang pekerjaan sepenuh masa di rantau itu. Ia juga telah merancakkan gelombang inovasi teknologi dan kandungan dengan lebih daripada 50 'hab inovasi' ditubuhkan bagi membangunkan kemahiran dan kandungan tempatan dalam bidang perkhidmatan ICT, termasuk Limbe Labs di Cameroon, iHub di Kenya dan Hive Colab di Uganda.

Salah satu aspek yang perlu diberi perhatian adalah peranan Kenya sebagai peneraju global dalam perkhidmatan pemindahan wang mudah alih melalui M-PESA, sebuah perkhidmatan yang dilancarkan oleh pengendali mudah alih terbesar di negara itu, Safaricom, pada tahun 2007. Bermula sebagai cara mudah menawarkan perkhidmatan perbankan pada penduduk tanpa bank di Kenya kini ia telah membangun menjadi sebuah sistem pembayaran mudah alih berasaskan akaun yang dipegang oleh pengendali, dengan urusniaga dibenarkan dan direkodkan dalam masa sebenar menggunakan SMS selamat. Sejak pelancarannya, M-PESA telah berkembang dan mencapai 15 juta pengguna berdaftar dan menyumbang kepada 18 peratus hasil keseluruhan Safaricom.

Bagi menampung peningkatan besar dalam inovasi ini, industri mudah alih telah melabur kira-kira US$ 16.5 bilion dalam masa lima tahun lepas (US$ 2.8 bilion dalam tahun 2011 sahaja) di seluruh lima negara utama dalam rantau itu, terutamanya untuk perluasan kapasiti sambungan. Pada masa yang sama, dengan pertumbuhan eksponen ini, Afrika Sub-Sahara berhadapan dengan kemungkinan keluluhan kapasiti dan liputan spektrum mudah alih sedia ada dan GSMA bergandingan dengan pengendali dan kerajaan untuk menangani isu kritikal ini.

Kajian GSMA mendapati bahawa dengan melancarkan Dividen Digital dan spektrum 2.6GHz menjelang tahun 2015, kerajaan Afrika Sub-Sahara boleh meningkatkan KDNK tahunan sebanyak US$82 bilion menjelang tahun 2025 dan hasil cukai tahunan kerajaan pula sebanyak US$18 bilion dan pertambahan sehingga 27 juta peluang pekerjaan menjelang tahun 2025. Dalam kebanyakan negara Afrika Sub-Sahara, jalur lebar mudah alih adalah satu-satunya jalan yang boleh menyediakan Internet pada penduduk mereka dan peruntukkan spektrum sedia ada di rantau itu umumnya jauh ketinggalan daripada peruntukan di negara-negara lain.

"Persekitaran kawalselia yang positif dan menyokong serta peruntukan spektrum yang mencukupi penting bagi pertumbuhan mudah alih di Afrika," sambung Cik Bouverot lagi. "Saya yakin dengan kehadiran fizikal kami di Afrika, kami dapat bekerjasama dengan ahli-ahli kami untuk menyediakan suasana yang memudahkan perluasan penggunaan mudah alih, membawa penyambungan dan perkhidmatan penting kepada semua dalam rantau itu."

Nota kepada Editor:
iHub adalah Hab Inovasi Nairobi bagi komuniti teknologi, yang merupakan ruang terbuka bagi pakar teknologi, pelabur, syarikat teknologi dan penggodam dalam kawasan itu. Ruang ini adalah sebuah kemudahan komuniti teknologi dengan tumpuan kepada usahawan muda, pemprogram laman web dan telefon bimbit, pereka dan penyelidik. Sebahagiannya adalah ruang kerja komuniti terbuka (bekerja bersama), sebahagian lagi adalah vektor untuk pelabur dan pemodal teroka dan sebahagian lagi merupakan inkubator. Maklumat lanjut boleh ditemui di sini: http://www.ihub.co.ke/about

Mengenai GSMA
GSMA mewakili kepentingan para pengendali mudah alih seluruh dunia.  Dengan kehadiran di lebih dari 220 buah negara, GSMA menyatukan hampir 800 buah pengendali mudah alih di seluruh dunia, dengan lebih 230 buah syarikat dalam ekosistem mudah alih yang lebih luas, termasuk pembuat telefon bimbit, syarikat perisian, pembekal peralatan, syarikat Internet serta organisasi dalam sektor industri perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan, media, pengangkutan dan utiliti.  GSMA juga menguruskan acara terkemuka industri seperti Kongres Dunia Mudah Alih dan Ekspo Mudah Alih Asia.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web korporat GSMA di www.gsma.com. Atau Mobile World Live, portal dalam talian bagi industri komunikasi mudah alih di www.mobileworldlive.com

Source: GSMA
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Telecommunications Wireless Communications Corporate Expansion