omniture

Hikvision umum kemunculan sulung Kamera Webnya

Hikvision
2021-06-15 15:08 213

HANGZHOU, China, 15 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Hikvision, penyedia penyelesaian IoT dengan video sebagai kecekapan terasnya, hari ini mengumumkan pelancaran produk kamera video baharunya ke pasaran global. Keluarga produk ini kini terdiri daripada empat siri yang berbeza – Ultra, Pro, Live, dan Value – yang direka untuk pelbagai senario dan kumpulan pengguna, dan dengan set fungsi yang disesuaikan.

Kamera web Hikvision
Kamera web Hikvision

Menurut firma penganalisa industri, pasaran penstriman langsung global dijangka terus berkembang dengan ketara dalam tahun-tahun akan datang. Peningkatan dalam penstriman video dalam kalangan warga dan perniagaan dalam semua bidang dilaporkan sebagai pemacu utama untuk pertumbuhan pasaran, sebagai contoh, pencipta kandungan mempelbagaikan bahan dan aktiviti mereka, untuk berhubung dengan penonton dalam alaf baharu. Di samping itu, sekatan pergerakan penuh atau separa penuh semasa krisis COVID-19 juga telah memberi kesan positif kepada industri penstriman langsung.

Untuk memberikan pengalaman persidangan video dan penstriman yang memuaskan, pengguna memerlukan kamera web yang memberikan imej beresolusi tinggi dan bunyi yang berkualiti tinggi dalam pelbagai senario. Hikvision telah mencipta dan membangunkan rangkaian kamera web baharunya untuk memenuhi keperluan ini.

Kamera web untuk pelbagai aplikasi dan senario 

Kamera web Ultra dan Pro Hikvision untuk persidangan jarak jauh

Siri kamera web Ultra Hikvision direka khusus untuk persidangan jarak jauh. Sorotan kepada siri ini ialah keupayaan kawalan daripada PTZ, yang menawarkan 5x kemampuan zum optik. Ini bermaksud pengguna dapat menonton pembentangan atau perbincangan mesyuarat tanpa merosakkan mata mereka. Tambahan lagi, kawalan PTZ membolehkan pengguna memutar sebanyak 330°, membantu mereka mengubah sudut pandangan mereka dengan mudah, tanpa terlepas pandang sesuatu.

Rangkaian kamera web baharu Hikvision juga merangkumi kamera web Pro untuk persidangan jarak jauh. Ia sesuai untuk perniagaan profesionalyang menawarkan pengalaman bunyi serta video yang luar biasa dan memuaskan, dengan reka bentuk yang rapi dan kemasan teranod yang elegan. Kamera web Pro menawarkan fungsi Fokus Auto dan dua mikrofon terbina dalam, untuk memastikan audio dan video sentiasa jelas semasa pembentangan, persidangan, atau perbincangan kumpulan.

Kamera Web Live Hikvision untuk penstriman langsung

Siri kamera web Live Hikvision yang berbentuk kiub direka untuk penstriman langsung, eDagang, dan aplikasi permainan. Sekiranya produk dipersembahkan dalam program langsung, sebagai contoh, pandangan kamera web boleh diubah – baik secara mendatar dan menegak – hasil daripada cabang magnetik di keempat-empat sudut sarung.

Kamera web ini juga menawarkan Fokus Auto Tajam, untuk memastikan bahawa imej orang dan objek adalah nyata dan jelas sepanjang masa. Terutama sekali, ciri 'cahaya LED tambahan boleh sentuh' kamera web dimana membolehkan pengguna melaraskan kecerahan yang sesuai dengan persekitaran sekeliling.

Kamera web Value Hikvision untuk pendidikan atas talian

Siri Value Hikvision ialah rangkaian kamera web peringkat permulaan kami. Ia memiliki reka bentuk yang kecil, menjadikan ianya sesuai untuk aplikasi pendidikan dalam talian yang menghubungkan guru dan pelajar sekolah.

Kamera web dilengkapi mikrofon terbina dalam, yang menggabungkan algoritma canggih untuk mengurangkan gangguan bunyi dan meningkatkan kualiti bunyi. Lensa sudut lebarnya memberikan liputan yang maksimum, tanpa herotan imej. Ini sangat berguna khususnya untuk guru memberikan pelajaran seperti dalam bilik darjah, di mana guru dan papan hitam, atau skrin dipasang di dinding, boleh dilihat dengan jelas dalam satu bingkai.

Pemasangan yang mudah dan fleksibel

Semua kamera web Hikvision adalah bebas pemacu, menawarkan pemasangan 'pasang dan pakai' melalui antara muka USB yang standard. Ini membolehkan pengguna memulakan persidangan atau penstriman dalam tempoh beberapa saat.

Semua kamera web Hikvision juga boleh dipasangkan secara fleksibel pada peralatan, di atas meja, komputer riba, paparan, atau Tripod.

Selain itu, kamera web Hikvision dilengkapi dengan perisian pelanggan yang berasaskan PC khusus, yang dipanggil HIKIN. Pengguna dapat menggunakan perisian ini untuk pratonton video, dan digunakan untuk konfigurasi parameter imej dan bunyi. Terutama sekali, kamera web dapat digunakan untuk semua platform persidangan pihak ketiga yang terkemuka dengan parameter video yang dikonfigurasi menggunakan satu menu ke bawah.

Hubungi Hikvision untuk butiran selanjutnya

Semua kamera web Hikvision diberi jaminan, standard selama 2 tahun bagi memberikan kebolehpercayaan dan ketenangan fikiran kepada pengguna akhir.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kamera web Hikvision, dan bagaimana mereka boleh memenuhi keperluan aplikasi khusus anda, kunjungi laman produk kami, atau hubungi kami hari ini!

Latar Belakang Hikvision 

Hikvision ialah penyedia penyelesaian IoT dengan kamera sebagai kecekapan terasnya. Menampilkan tenaga kerja R&D yang luas dan berkemahiran tinggi, Hikvision mengeluarkan rangkaian lengkap produk dan penyelesaian yang menyeluruh untuk pelbagai pasaran menegak. Di samping industri keselamatan, Hikvision memperluaskan jangkauannya ke teknologi kediaman pintar, automasi perindustrian, dan industri elektronik automotif untuk mencapai visi jangka panjangnya. Produk Hikvision juga menyediakan kecerdasan perniagaan yang berkuasa untuk pengguna akhir, yang dapat mendayakan operasi yang lebih cekap dan kejayaan komersial yang lebih besar. Komited terhadap kualiti dan keselamatan terbaik produknya, Hikvision menggalakkan rakan kongsi untuk memanfaatkan banyak sumber keselamatan yang ditawarkan Hikvision, termasuk Pusat Keselamatan Siber Hikvision. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi kami di www.hikvision.com.

Source: Hikvision
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household/Consumer/Cosmetics Office Products Retail New products/services