omniture

CGTN: China bakal bina Zhejiang menjadi zon demonstrasi demi kemakmuran bersama

CGTN
2021-06-16 14:42 1352

BEIJING, 16 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Wilayah Zhejiang timur China dijangka melakar kemajuan yang besar dalam membina zon demonstrasi demi kemakmuran bersama melalui pembangunan yang berkualiti tinggi, menurut garis panduan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China dan Majlis Negara pada hari Khamis.

Garis panduan ini memperkenalkan pelbagai langkah untuk membimbing wilayah tersebut bagi memberi contoh dalam menggalakkan kemakmuran bersama.

Menjelang tahun 2025, Zhejiang harus mencapai kemajuan yang kukuh dalam membina zon demonstrasi dengan keluaran dalam negara kasar (KDNK) per kapitanya mencapai tahap ekonomi sederhana maju, manakala struktur sosial dengan penduduk berpendapatan sederhana sebagai kumpulan majoriti umumnya harus maju ketika itu, menurut garis panduan tersebut.

10 tahun kemudian, wilayah berkenaan akan mencapai kejayaan lebih besar dalam pembangunan berkualiti tinggi, mencapai kemakmuran bersama secara menyeluruh, menurut garis panduan tersebut.

Menggalakkan kemakmuran bersama untuk semua rakyat Cina merupakan satu tugas jangka panjang dan sukar yang tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya dalam masa yang singkat. Justeru itu, keperluan segera adalah untuk memilih beberapa kawasan dengan keadaan yang agak mencukupi sebagai perintis, menurut National Development and Reform Commission (NDRC) sebagai jawapan kepada soalan wartawan mengenai rancangan China di Zhejiang.

Peranan perintis Zhejiang

Membina zon demonstrasi di Zhejiang bersifat kondusif untuk mendorong lebih penyelarasan antara pengagihan pendapatan bandar dan luar bandar, meningkatkan pembangunan industri dan mengoptimumkan perkhidmatan awam, menurut satu penyelidikan daripada Bank of China Research Institute.

Memandangkan kini China merupakan ekonomi kedua terbesar di dunia, lebih banyak perhatian harus diberikan kepada penyelarasan antara pertumbuhan pendapatan serta pertumbuhan ekonomi bandar dan luar bandar untuk merapatkan jurang pendapatan dan memperkukuh kumpulan berpendapatan sederhana. Zon demonstrasi Zhejiang akan meluaskan saluran pendapatan penduduk bandar dan luar bandar serta meninjau cara untuk meningkatkan pendapatan kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana selain menambah baik dasar pengagihan gaji untuk bakat mahir, menurut penyelidikan tersebut.

Zhejiang mempunyai ekonomi yang maju, erti kata pembaharuan dan inovasi yang mantap serta menikmati asas dan kelebihan untuk membina zon demonstrasi. Garis panduan tersebut menyatakan Zhejiang harus membina kemajuan industri dan peningkatan penggunaan yang diselaraskan, untuk memenuhi keperluan penduduk yang pelbagai dengan lebih baik, yang memerlukan pembangunan berkualiti tinggi, pintar dan berorientasikan pasaran dalam industri ini serta menggalakkan kevitalan buruh, teknologi, modal milik negara dan persendirian serta faktor-faktor lain, menurut penyelidikan tersebut.

Mengapa Zhejiang dipilih?

Wilayah Zhejiang telah mencapai hasil yang jelas dalam meneroka dan menyelesaikan masalah pembangunan yang tidak seimbang dan tidak mencukupi; hasil yang dicapai melalui pembaharuan di sana akan memberi pengalaman untuk pelosok negara yang lain, menurut perancang negara China.

Zhejiang ialah sebuah wilayah yang agak kaya. Pendapatan boleh guna per kapita penduduknya mencecah 52,400 yuan (kira-kira $8,199) pada tahun 2020, yang kedua hanya selepas Shanghai dan Beijing.

Pembangunan di sana juga seimbang memandangkan penduduk luar bandar menyumbang sebanyak separuh daripada penduduk keseluruhannya, namun begitu, perbezaan pendapatan antara penduduk bandar dan luar bandar ialah 1.96, jauh lebih rendah berbanding pendapatan nasional iaitu 2.56.

Umumnya kesemua bahagian Zhejiang menunjukkan erti kata reformasi dan inovasi yang agak mantap, menawarkan pelbagai pengalaman pembaharuan termaju seperti perkhidmatan sehenti yang cepat dan mudah. Biarpun dengan adanya kesemua perkhidmatan ini, potensi untuk mencapai pertumbuhan dan kemakmuran selanjutnya kekal utuh di wilayah tersebut, contohnya dalam pengurusan anti-monopoli dan mencegah pengembangan modal yang tidak teratur.

Menurut NDRC, garus panduan berorientasikan masalah tersebut menumpukan pada hubungan paling lemah yang menghalang kemakmuran bersama dan mengemukakan langkah-langkah penting untuk merapatkan jurang antara pembangunan wilayah bandar dan luar bandar serta pengagihan pendapatan antara kumpulan-kumpulan yang berbeza.

https://news.cgtn.com/news/2021-06-10/China-issues-measures-on-building-common-prosperity-demonstration-zone-10Z2gdPHHCE/index.html

Source: CGTN
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Asian-related news