omniture

Huawei Industry OptiX Solution Berjaya Dilancar di Asia-Pasifik

Huawei
2021-06-18 18:30 108

SINGAPURA, 18 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Hari ini, Huawei melancarkan Industry OptiX Solution untuk pelanggan dan rakan kongsi di rantau Asia-Pasifik (APAC), termasuk pelancaran siri baharu terminal optik Huawei OptiXstar. Menyatukan audiens yang terdiri daripada lebih 600 penggiat industri yang dihimpunkan dari seluruh rantau ini, upacara pelancaran tersebut meneroka nilai berasaskan senario yang dibawa oleh rangkaian optik — iaitu keandalan, kecekapan dan kesederhanaan — mendedahkan bahawa optik ialah pilihan yang tepat untuk transformasi digital industri.

Tatkala perkhidmatan digital berkembang, infrastruktur rangkaian tradisional tidak lagi mampu memenuhi permintaan yang semakin meningkat, dengan seni bina yang rumit dan ketidakupayaan untuk menangani ancaman keselamatan yang semakin bertambah mahupun memenuhi keperluan penaiktarafan yang kerap. Walau bagaimanapun, Huawei Industry OptiX Solution menawarkan seni bina rangkaian dipermudah yang menyokong pelbagai jenis aplikasi, bermula daripada kamera hinggalah terminal kawalan jauh, Sistem Maklumat Penumpang (PIS) dan banyak lagi.

Jason He, Naib Presiden Huawei APAC Enterprise Business Group (EBG), berkata: "Rangkaian optik akan memainkan peranan penting dalam merealisasikan transformasi digital industri. Huawei Industry OptiX Solution merupakan langkah ke hadapan yang penting ke arah menghubungkan dunia industri melalui rangkaian optik dalam pelbagai senario, termasuk stesen metro, lebuh raya, grid, kuasa, lapangan terbang dan pelabuhan. Hari ini, kami turut melancarkan siri produk Huawei OptiXstar yang dapat membantu membina pengalaman perangkaian berkualiti dan membolehkan pelanggan industri menangani cabaran khusus-senario. Kami telahpun dapat menyaksikan aplikasi komersial yang sangat besar dan tidak sabar-sabar menantikan lebih banyak lagi."

Jason He, Vice President of the Huawei APAC Enterprise Business Group (EBG)
Jason He, Vice President of the Huawei APAC Enterprise Business Group (EBG)

Huawei Industry OptiX Solution Bina Semula Infrastruktur Rangkaian Industri 

Berdasarkan teknologi optik, Huawei Industry OptiX Solution direka bentuk dengan seni bina rangkaian dipermudah. Ia menyediakan penyelesaian operasi yang cekap untuk semua industri, mempunyai lebih jalur yang tinggi, kependaman rendah, liputan jarak jauh serta Operasi dan Penyelenggaraan (O&M) yang amat cekap.

Huawei OptiXstar Series Flagship Products for Huawei Industry OptiX
Huawei OptiXstar Series Flagship Products for Huawei Industry OptiX

Mencapai Perkhidmatan Sangat Selamat, Andal, Tidak Diganggu 

Huawei Industry OptiX Solution menggunakan teknologi dwi-pandu tuju Type-C berpaten untuk senario misi kritikal seperti kawalan terminal yang jitu untuk pengagihan grid atau di barisan pemasangan dalam kilang. Peralihan 50 ms berlaku apabila rangkaian mengalami kegagalan rangkaian yang disebabkan oleh bencana atau gangguan bekalan elektrik. Oleh itu, penyelesaian tersebut menjamin pengalaman perkhidmatan yang tidak diganggu, mewujudkan lewahan sistem Hujung ke Hujung (E2E).

Pelaksanaan Fleksibel dan Sokongan untuk Penjayaan Perkhidmatan Pantas  

Huawei Industry OptiX adalah berdasarkan seni bina perangkaian dua lapisan, menghapuskan keperluan pemasangan kabel yang rumit dan pembinaan bilik Teknologi Maklumat (IT), satu faedah yang ketara apabila ruang bilik adalah terhad. Di samping itu, terminal Huawei OptiXstar boleh diprakonfigurasi untuk menyokong fungsi pasang-dan-pakai, lalu membolehkan perkhidmatan beroperasi dengan cepat, dengan kecekapan pelaksanaan meningkat dengan ketara, iaitu sebanyak lebih daripada 60%.

O&M Mudah: Seorang Jurutera untuk Satu Rangkaian 

Platform pengurusan yang seragam menyediakan antara muka operasi yang divisualisasikan sepenuhnya. Dengan gambaran keseluruhan status rangkaian disediakan sekali imbas, keabnormalan rangkaian remeh dikesan — dan dipantau — terlebih dahulu. Hal ini bermanfaat terutamanya untuk lebuh raya dan aplikasi grid kuasa, yang mana berdasarkan sifatnya, pelaksanaan rangkaian adalah dalam jarak jauh dan pemeriksaan rangkaian di lapangan adalah sukar. Alat O&M menyediakan sokongan diagnostik rangkaian sehenti, membantu pelanggan industri menangani cabaran operasi rangkaian dengan kecekapan ditingkatkan sehingga 60%.

Huawei Industry OptiX Solution telahpun mendapat pengiktirafan daripada semakin ramai pelanggan industri dan dijangkakan bahawa rantau APAC akan serta merta menyaksikan aplikasi komersial yang pesat.

Klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai Huawei APAC Industry OptiX Solution.

Latar Belakang Huawei 

Huawei ialah penyedia global yang terkemuka bagi infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta peranti pintar. Dengan penyelesaian bersepadu dalam empat domain utama iaitu rangkaian telekomunikasi, IT, peranti pintar dan perkhidmatan awan, kami komited untuk membawakan infrastruktur digital kepada setiap individu, kediaman dan organisasi demi dunia pintar yang terhubung sepenuhnya.

Portfolio produk, penyelesaian dan perkhidmatan hujung-ke-hujung Huawei bersifat kompetitif dan selamat. Melalui kolaborasi terbuka dengan rakan-rakan kongsi ekosistem, kami dapat mencipta nilai berkekalan untuk pelanggan kami, berusaha untuk memperkasa orang ramai, memperkayakan kehidupan rumah dan menginspirasikan inovasi dalam organisasi-organisasi mencakupi semua bentuk dan saiz.

Di Huawei, inovasi memberi tumpuan kepada keperluan pelanggan. Kami melabur dengan banyaknya dalam penyelidikan asas, menumpu pada kemajuan teknologi yang memacu dunia ke hadapan. Kami mempunyai lebih daripada 194,000 orang kakitangan dan kami beroperasi di lebih 170 negara serta wilayah. Ditubuhkan pada tahun 1987, Huawei ialah sebuah syarikat swasta yang dimiliki sepenuhnya oleh kakitangannya.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Huawei secara dalam talian di www.huawei.com atau ikuti kami di:

http://www.linkedin.com/company/Huawei  
https://twitter.com/HuaweiEntAPAC
https://www.facebook.com/HuaweiEnterpriseAPAC 
http://www.youtube.com/Huawei

 

Source: Huawei
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications New products/services