MUMBAI, India, 22 Mei 2013 /PRNewswire/ -- Dengan pindaan terbaharu terhadap Rang Undang-undang Syarikat, India sudah bersedia untuk menjadi negara pertama yang mewajibkan pendedahan aktiviti CSR (Tanggungjawab sosial korporat). Menurut Jawatankuasa Tetap Kewangan, 2% purata keuntungan bersih untuk 3 tahun lepas bagi syarikat-syarikat patut diwajibkan bagi syarikat-syarikat dengan keuntungan bersih sebanyak INR 500 krore atau lebih, atau yang mempunyai pusing ganti tahunan sekurang-kurangnya INR 1,000 krore, atau syarikat-syarikat dengan keuntungan bersih sebanyak INR 5 krore atau lebih.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130522/613994 )
Walaupun dengan perkembangan ini, yang menyaksikan banyak persoalan daripada pihak-pihak berkepentingan, UBM India, mempersembahkan edisi kedua Persidangan NGO India 2013 - Membalas Budi, sebuah inisiatif bukan untuk keuntungan tetapi Perniagaan Bertanggungjawab yang menemukan semua pencetus perubahan paling berpengaruh di ufuk CSR India atas satu platform umum. Acara ini yang tertumpu kepada membangunkan hubungan kerjasama Korporat-NGO-Kerajaan yang berhasil untuk kebajikan sosial, akan berlangsung di Pusat Pameran Bombay, Mumbai, India pada 14-15 Jun 2013.
"Ini adalah langkah penting dalam menjalankan perniagaan bertanggungjawab melalui pertumbuhan terangkum. Sudah tiba masanya untuk menumpu kepada pembinaan sebuah persekitaran yang berkemampuan, menyalurkan kecekapan teras NGO, Korporat dan Kerajaan, serta menggabungkan inovasi sosial dengan kepintaran perniagaan," kata Dr. Bhaskar Chatterjee, Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Hal Ehwal Korporat India.
Selain Dr. Chatterjee, platform ini bakal menyaksikan beberapa orang pakar lain yang berada di tunjang aktiviti pembangunan CSR di India, seperti Dr Kiran Bedi (Pengerusi, Yayasan Wawasan India), S Radha Chauhan (Setiausaha Bersama IAS Pendidikan Menengah, Kementerian Pembangunan Sumber Manusia), Prerana Langa (Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan YES), Ashish Chauhan (Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Bursa Saham Bombay), Lindsay Levin (Rakan Kongsi Urusan, Leaders' Quest), Raj Gilda (Pengasas Bersama, Lend-A-Hand India), Nisha Agrawal (Ketua Pegawai Eksekutif, Oxfam India), Praveen Aggarwal (Ketua Pegawai Operasi, Yayasan Swades), Pushpa Aman Singh (Ketua Pegawai Eksekutif, Guidestar India) dan Trishya Screwvala (Pengasas dan Pengarah, Raindancer) antara lainnya.
Persidangan NGO India 2013 -- Membalas Budi, akan menumpukan perhatian kepada isu-isu penting yang memerlukan penyelesaian oleh pihak-pihak berkepentingan utama, seperti Kerajaan, NGO, Korporat, Pemboleh dan Perunding CSR. Serentak dengan persidangan tersebut, acara itu juga menganjurkan sebuah pameran di mana para NGO boleh mempamerkan usaha mereka secara percuma, serta bengkel-bengkel membina kemahiran dengan kemasukan percuma yang dikendalikan oleh pakar-pakar industri bagi melatih NGO yang baru mula bertapak. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai acara ini, sila layari: http://www.giving-back.in
Mengenai UBM India
UBM India adalah sebuah subsidiari UBM plc. yang merupakan penganjur pameran bebas kedua terbesar di dunia. Ia adalah penganjur pameran perdagangan terbesar di India, yang bertanggungjawab atas 26 buah pameran di lokasi-lokasi berbeza dalam negara itu. Syarikat ini juga terlibat dalam penganjuran program-program persidangan di seluruh India dan juga penerbitan jurnal dan majalah perdagangan. Untuk maklumat lanjut sila lawati laman web UBM India: http://www.ubmindia.in
Hubungi: Shwetha Prabhu, conferences-india@ubm.com, +91(0)22-61727001
Sumber: UBM India