omniture

Automation Anywhere Melantik Eksekutif Jualan untuk Menerajui Pertumbuhan Awan RPA Besar-besaran di Seluruh Asia Pasifik dan Jepun

Automation Anywhere
2021-06-23 19:16 28

Mantan Ketua Pegawai Operasi Dell EMC bakal memimpin usaha transformasi digital pelanggan di APJ

SAN JOSE, California, 23 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Automation Anywhere, peneraju global dalam Automasi Proses Robotik (RPA) awan, hari ini mengumumkan pelantikan Dmitri Chen sebagai Naib Presiden Eksekutif Jualan syarikat untuk rantau APJ (Asia Pasifik dan Jepun).

Dmitri membawa pengalaman kepimpinan teknologi selama lebih dua dekad ke dalam Automation Anywhere, yang merangkumi perisian, perkakasan dan perkhidmatan di syarikat awam dan swasta termasuk Dell EMC sebagai Ketua Pegawai Operasi di APJ. Terkini, beliau merupakan Naib Presiden Eksekutif dan Pengurus Besar APJ di New Relic, sebuah platform kebolehcerapan berasaskan awan.

Dengan jawatan baharu ini, beliau akan mempercepat pertumbuhan RPA awan syarikat di seluruh rantau untuk mendayakan pelanggan dalam memulakan dan meningkatkan proses perjalanan automasi mereka dengan pantas memandangkan semakin banyak organisasi yang beralih kepada model penghantaran automasi awan.

Automation Anywhere telah membezakan dirinya daripada semua vendor RPA yang lain dengan satu-satunya platform automasi perusahaan Automation 360 didayakan AI serta natif awan di dunia iaitu AARI, yang membawakan pengalaman pengguna kepada perusahaan melalui antara muka bot ke manusia, memudahkan tugas harian dan dengan satu pakatan strategik bersama Google Cloud.

"Dengan adanya veteran industri transformasi digital yang berpengalaman dalam pasukan, kami membolehkan lebih ramai pelanggan di APJ memanfaatkan awan RPA dan automasi pintar," kata Chris Riley, Ketua Pegawai Hasil, Automation Anywhere. "Saya gembira mengalu-alukan kedatangan Dmitri untuk membina momentum pasaran ketika kami menuju ke arah fasa pertumbuhan seterusnya di rantau ini."

Sebelum menyertai New Relic, Dmitri merupakan seorang veteran berpengalaman selama 20 tahun di Dell EMC yang baru-baru ini berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Operasi dan Naib Presiden Jualan Khusus untuk rantau APJ. Dengan jawatan ini, beliau bertanggungjawab memimpin pelanggan APJ dalam menelusuri inisiatif transformasi digital yang kritikal dan mendorong pertumbuhan melalui penerimagunaan portfolio teknologi syarikat.

Berinteraksi dengan Automation Anywhere:
Layari laman web kami: automationany.com
Ikuti kami di Twitter: @AutomationAnywh
Terokai bersama kami di Instagram: https://www.instagram.com/automation_anywhere/
Berhubung dengan kami di LinkedIn:  https://www.linkedin.com/company/automation-anywhere

Tentang Automation Anywhere
Automation Anywhere ialah peneraju global dalam Automasi Proses Robotik (RPA) yang memberi kuasa kepada pelanggan untuk mengautomasikan proses perniagaan serba lengkap dengan bot perisian pintar–pekerja digital didayakan AI yang menjalankan tugas secara manual dan berulang, sekali gus menghasilkan keuntungan produktiviti yang dramatik, mengoptimumkan pengalaman pelanggan dan pekerja yang banyak terlibat. Syarikat ini menawarkan satu-satunya platform automasi natif awan dan berasaskan web yang menggabungkan RPA, kecerdasan buatan, pembelajaran mesin dan analisis, menghasilkan TCO yang lebih rendah, keselamatan yang lebih tinggi dan kebolehskalaan yang lebih pantas berbanding platform monolitik lama. Bot Store miliknya, merupakan pasaran pertama dan terbesar di dunia dengan lebih 1,200 penyelesaian automasi pintar prabina. Automation Anywhere telah menggunakan hampir 3 juta bot untuk menyokong beberapa perusahaan terbesar di dunia merentasi keseluruhan industri di lebih 90 buah negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.automationanywhere.com.

Automation Anywhere dan AARI merupakan tanda dagangan/tanda perkhidmatan atau tanda dagangan/tanda perkhidmatan berdaftar Anywhere, Inc. di Amerika Syarikat dan negara-negara lain.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/541440/Automation_Anywhere_Logo.jpg?p=medium600  

Source: Automation Anywhere
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Electronic Design Automation Personnel announcements