omniture

Penerima Siri-A 2021 Pioneer Bawakan Sambungan Berpatutan dan Lancar kepada Setiap Pemandu

Pioneer Electronics AsiaCentre
2021-06-28 16:00 111

BANGKOK, SINGAPURA dan JAKARTA, Indonesia, 28 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Pioneer Electronics Asia Centre, peneraju hiburan dalam-kereta, hari ini melancarkan tiga penerima multimedia 2-DIN baharu: DMH-A345BT, DMH-A245BT dan AVH-A245BT. Penerima ini disertai DMH-A4450BT bagi menyempurnakan barisan Siri-A 2021 Pioneer, membawakan ciri-ciri Pengalaman Terhubung Kereta unggul seperti WebLink Cast™, Mirroring for Android™, Apple CarPlay™ dan Android Auto™ kepada setiap kereta pada harga yang kompetitif.

"Pemandu hari ini mengamalkan gaya hidup yang amat terhubung, yang mana telefon pintar sering menjadi tumpuan dalam kehidupan mereka. Namun begitu, banyak produk dalam-kereta pada masa kini masih berhempas pulas untuk menawarkan pengalaman digital yang berkualiti tinggi dan lancar pada harga yang boleh diakses," kata En. Takekawa Daisuke, Pengarah Urusan, Pioneer Electronics Asia Centre. "Kami mereka bentuk penerima Siri-A baharu kami bagi mencapai keseimbangan yang sempurna antara sambungan premium dan kemampuan yang tiada tandingan agar setiap orang dapat menikmati sepenuhnya aplikasi dan hiburan mereka sewaktu mereka memandu."

New Pioneer AVH-A4450BT A-Series Receiver With Apple CarPlay And Android Auto
New Pioneer AVH-A4450BT A-Series Receiver With Apple CarPlay And Android Auto

SAMBUNGAN LANCAR DENGAN APPLE CARPLAY, ANDROID AUTO DAN MIRRORING

Menerajui barisan Siri-A ialah 2-DIN DMH-A4450BT, yang diumumkan awal Mei 2021. DMH-A4450BT menampilkan paparan kapasitif 6.8-inci mewah dan menyokong Apple CarPlay dan Android Auto berwayar — menawarkan pemandu dengan Pengalaman Terhubung Kereta tahap-unggulan pada harga yang kompetitif. Penerima ini juga menyokong Mirroring for Android, boleh didapati melalui aplikasi Autolink secara pilihan.

DMH-A345BT, DMH-A245BT dan AVH-A245BT baharu menampilkan WebLink, platform penyampaian aplikasi dalam-kenderaan yang bebas dan ringan. Dengan aplikasi WebLink Cast terbina dalam dan sambungan USB, pemandu boleh mencerminkan dan berinteraksi dengan skrin telefon pintar iOS atau Android mereka pada paparan penerima dan mengakses secara maya kesemua aplikasi yang sama berkuasa seperti navigasi, komunikasi, produktiviti dan hiburan berkuasa yang sama pada skrin lebih besar dan format yang memudahkan pemandu.

HIBURAN FIDELITI TINGGI DENGAN PENINGKATAN BES DAN LEBIH SOKONGAN AUDIOVISUAL

New Pioneer AVH-A345BT A-Series Multimedia Receiver
New Pioneer AVH-A345BT A-Series Multimedia Receiver

Jurutera audio Pioneer telah mengemas kini penerima Siri-A tahun ini dengan ciri-ciri audiovisual fideliti tinggi yang biasa ditemui pada penerima unggulan seperti sokongan main balik untuk fail audio FLAC (fail audio beresolusi tinggi) dan pelbagai format video HD Penuh (1080p) melalui USB. Siri-A 2021 juga menampilkan Peningkatan Bes, ciri yang menawarkan pilihan peningkatan bes tiga tahap (2, 4, 6 dB). Peningkatan Bes menonjolkan perincian audio dalam frekuensi rendah dengan hanya menekan satu butang -- meningkatkan gandaan, meminimumkan herotan dan memaksimumkan keseronokan secara seragam.

Penerima Siri-A 2021 turut didatangkan dengan ciri-ciri khas Pioneer seperti penyama grafik 13-jalur, sokongan untuk kamera pandangan belakang dan tetapan Bluetooth yang boleh ditukar ganti dengan mudah — kesemuanya dipakejkan dalam penyesuaian muka yang diperbaharui, intuitif dan boleh disesuaikan.

Model

DMH-A4450BT

DMH-A345BT

DMH-A245BT

AVH-A245BT

Ciri-ciri Pemanduan Pintar

Apple CarPlay™ (Berwayar)

Android Auto™ (Berwayar)

Mirroring for Android™

WebLink™
 WebLink Cast™

Saiz

2-DIN

Skrin

Kapasitif 6.8-Inci

Rintang 6.2-Inci

Kuasa

50W x 4

Output

3 x RCA (2V)

Sambungan

1 x Belakang (USB)

1 x Depan (USB)

1 x Input AUX Belakang
1 x Output Video
1 x Input Kamera Pandangan Belakang
Bluetooth

Pemain DVD

N/A

N/A

N/A

Ciri-ciri Audio

Peningkatan Bes
Penyama Grafik 13-Jalur

Penyesuaian Antara Muka

Butang - 5 Warna
Skrin - 1 Warna

Butang - 1 Warna
Skrin - 1 Warna

Produk-produk baharu ini boleh didapati di wakil penjual sah Pioneer mulai Jun 2021. Memandangkan pelancaran produk sebenar berbeza mengikut negara, sila hubungi pejabat Pioneer tempatan anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Imej-imej produk beresolusi tinggi boleh dimuat turun di sini: https://drive.google.com/drive/folders/1BRDasbCbj2jes2BxM1o_EFFqJ8W9UsKP?usp=sharing 

Untuk perkembangan lanjut mengenai produk-produk ini, sila layari laman Facebook Pioneer Car Entertainment di www.facebook.com/PioneerCarEntertainment/.

Catatan:

i. Elak mengunakan sistem Pioneer anda semasa memandu. Ketidak patuhan akan menjejaskan keselamatan anda. Sentiasa patuhi peraturan pemanduan selamat. Di sesetengah negara, penggunaan sesetengah peranti sewaktu memandu mungkin menyalahi undang-undang. Sekiranya peraturan sedemikian diimplikasikan, ia mestilah dipatuhi.

ii. Spesifikasi dan ciri-ciri produk mungkin berbeza mengikut kawasan dan persekitaran pengguna. Untuk maklumat lanjut, hubungi wakil penjual sah Pioneer tempatan anda.

iii. Penerima Multimedia Pioneer serasi dengan telefon pintar Android dan iPhone terpilih sahaja.

iv. WebLink Cast memerlukan Android 7.0+ dan iOS 13+. Kawalan sentuhan untuk WebLink Cast dengan versi iOS 13.4 dan lebih tinggi memerlukan aplikasi WebLink Host versi 2.5. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.abaltatech.com/weblinkfaq.

v. Apple CarPlay melalui sambungan USB berwayar memerlukan iPhone 5 atau model yang terkini yang beroperasi menggunakan iOS 7.1 atau versi yang lebih tinggi serta kabel Lightning ke USB. Untuk maklumat ketersediaan di negara anda, sila layari http://www.apple.com/ios/carplay.

vi. Android Auto memerlukan peranti Android yang beroperasi menggunakan Android 5.0 (Lollipop) atau lebih tinggi dengan pelan data. Ketersediaan Android Auto mungkin berbeza bergantung pada negara dan model telefon anda. Sila layari http://www.android.com/auto untuk maklumat lanjut.

vii. Fungsi Bluetooth® memerlukan peranti didayakan Bluetooth yang serasi. Ciri-ciri Bluetooth mungkin tidak disokong oleh semua peranti didayakan Bluetooth yang serasi, atau mungkin terhad kepada peranti tertentu atau oleh syarikat telekomunikasi tanpa wayar tertentu.

viii. Pioneer tidak menjamin keserasian dengan semua peranti storan besar USB dan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan data pada pemain media, telefon pintar atau peranti lain semasa menggunakan penerima tersebut.

ix. Kandungan dan fungsi aplikasi telefon pintar sokongan merupakan tanggungjawab penyedia Aplikasi.

x. Android dan Android Auto ialah cap dagangan Google Inc.

xi. Apple, iPod, iPhone, Siri, CarPlay dan logo CarPlay adalah cap dagangan Apple Inc., didaftarkan di A.S. dan negara-negara lain.

xii. BLUETOOTH adalah cap dagangan berdaftar Bluetooth SIG, Inc.

xiii. WebLink dan WebLink Cast adalah cap dagangan berdaftar Abalta Technologies.

Semua jenama lain, nama produk atau logo mungkin merupakan cap dagangan atau cap dagangan berdaftar pemilik masing-masing.

Latar Belakang Pioneer Electronics Asia Centre (PAC) Pte. Ltd.

Ibu pejabat serantau Pioneer Corporation sejak tahun 1992, perniagaan teras Pioneer ialah dalam audio visual kereta. Pioneer menyasarkan untuk menjadi pengeluar dan pembekal selepas jualan yang utama untuk jenama-jenama kereta terkemuka, menyediakan penyelesaian maklumat hibur yang komprehensif di dalam kereta, dengan membangunkan peranti generasi seterusnya dan perkhidmatan awan yang bersifat inovatif untuk pasaran kereta terhubung yang semakin berkembang. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.PioneerCarEntertainment.com

Source: Pioneer Electronics AsiaCentre
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics New products/services