omniture

Fairbanc Peroleh Dana daripada ADB Ventures, Accion Venture Lab, East Ventures dan Sampoerna Tingkatkan Akses Peniaga Mikro Indonesia kepada Produk Kredit Terbenam

Fairbanc
2021-06-29 17:20 190

JAKARTA, Indonesia dan SINGAPURA, 29 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Fairbanc mengumumkan bahawa ia telah mengumpul pelaburan tujuh angka yang tidak didedahkan dalam pra-Siri A daripada ADB Ventures, cabang usaha niaga Asian Development Bank, Accion Venture Lab, East Ventures, Michael Sampoerna Group dan lain-lain. Sokongan kewangan baharu ini diperoleh susulan pelaburan terkini daripada 500 Startups dan jutawan Indonesia Michael Sampoerna. Dana ini akan membolehkan Fairbanc meningkatkan akses kredit kepada peruncit kecil-kecilan Indonesia, yang kebanyakannya bergelut untuk mengakses modal kerja.

Bank Dunia menganggarkan bahawa perusahaan mikro, kecil-kecilan dan sederhana (PMKS) Indonesia mengalami keperluan kredit yang tidak dipenuhi sebanyak US $166 bilion. Fairbanc bekerjasama dengan syarikat-syarikat Barangan Pengguna Bergerak Pantas (FMCG) bagi menawarkan pilihan 'bayar-kemudian' melalui pemarkahan kredit berkuasa AInya yang membolehkan keputusan kredit mikro segera. Kredit tersebut membantu peniaga yang tidak mempunyai akaun bank dan tidak mendapat keperluan perbankan yang cukup dengan pertumbuhan pendapatan yang membolehkan mereka meningkatkan inventori.

Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Fairbanc Mir Haque, "apa yang membuatkan Fairbanc sangat unik berbanding syarikat teknologi kewangan yang lain ialah ia berhubung dengan jenama-jenama pengguna besar seperti rangkaian peniaga besar Unilever untuk menawarkan kredit 'Beli Sekarang Bayar Kemudian' kepada puluhan ribu peniaga tanpa memerlukan sebarang permohonan pinjaman atau telefon pintar. Integrasi sistem ke dalam aplikasi pengedaran jenama pengguna membolehkan Fairbanc mengakses maklumat terdahulu mengenai pesanan dan pembayaran peniaga yang seterusnya membolehkan Fairbanc menggunakan sains data dan pembelajaran mesin yang canggih untuk menaja jamin kredit dan mengembangkan jualan peniaga dan dalam masa yang sama mengekalkan mungkir pinjaman dan kos kendalian pada kadar yang sangat rendah."

Sejak penubuhan Fairbanc pada tahun 2019, syarikat pemula ini telah bekerjasama dengan firma-firma FMCG utama termasuk Unilever, L'Oréal dan Danone untuk membantu PMKS mengembangkan jualan mereka sebanyak lebih 35% sekali gus mengehadkan pinjaman tak berbayar kepada hampir sifar.

"Fairbanc memperkasa dan memajukan ramai pekedai runcit yang tidak memiliki akaun bank yang mengedarkan produk Unilever, sebahagian besar daripada mereka adalah wanita," kata Francisca Ho, Ketua Kewangan Pembangunan Pelanggan di Unilever Indonesia. Misi rangkuman kewangan Fairbanc "selari dengan tujuan Unilever untuk meningkatkan sara hidup berjuta-juta penduduk tatkala kami mengembangkan perniagaan kami."

Dengan hampir 60,000 peniaga dalam jaringannya, Fairbanc akan menggunakan pelaburan baharu untuk memperluas rakan pengedarnya dan mengukuhkan pasukan penjualan dan teknologinya. Syarikat ini juga membangunkan sistem cadangan produk dengan ciri-ciri baharu termasuk amaran yang tepat pada masanya untuk membantu peniaga merancang inventori lebih awal sebelum kejadian perubahan iklim yang mana Indonesia mengalami risiko yang tinggi.

"Fairbanc menunjukkan kepada kami bahawa ia memiliki apa yang diperlukan untuk merapatkan jurang kewangan kepada ramai peniaga kecil-kecilan Indonesia," kata Daniel Hersson, Pengurus Kanan Dana di ADB Ventures. Pembiayaan inventori dan kepimpinan berpengalaman syarikat membezakannya dalam pasaran teknologi kewangan yang sesak dan menjadikan Fairbanc sebagai sekutu penting dalam misi kami untuk mempercepatkan rangkuman kewangan dan menyokong ketahanan iklim di rantau Asia Pasifik."

"Pandemik masih belum berakhir di Indonedia dan peniaga mikro mudah terjejas dengan cara yang unik daripada impak ekonominya. Fairbanc mengisi jurang kritikal dengan akses kepada kredit untuk usahawan ini, membantu mereka memastikan kedai mereka dapat dibuka dan mengekalkan punca pendapatan mereka," kata Michael Schlein, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Accion.

"Dengan membenamkan produk mereka ke dalam saluran rakan kongsi sedia ada, Fairbanc berupaya menyediakan peniaga mikro dengan akses lancar kepada penyelesaian pembiayaan inventori yang amat diperlukan. Usaha Fairbanc benar-benar selaras dengan misi kami untuk menyokong teknologi kewangan inklusif dan kami berharap dapat bekerjasama dengan pasukan tersebut bagi mendekati lebih banyak perniagaan mikro dan kecil-kecilan di seluruh Indonesia," kata Paolo Limcaoco, Pegawai Pelaburan Asia Tenggara Accion Venture Lab.

"Menyokong Fairbanc adalah selaras dengan misi kami untuk membawa rangkuman kewangan kepada berjuta-juta peniaga yang tidak memiliki akaun bank di Indonesia. Kami percaya Fairbanc merupakan penambahan yang mantap untuk mempercepatkan penyesuaian pembiayaan rantaian bekalan di Asia Tenggara," kata Melisa Irene, Rakan Kongsi East Ventures.

Ketua Pegawai Eksekutif Fairbanc ialah Mir Haque, yang sebelum ini pernah menyandang jawatan di McKinsey & Company, Deutsche Bank dan Adobe, manakala Ketua Pegawai Teknologinya ialah Kevin O'Brien, dahulunya merupakan Ketua Pegawai Teknologi platform kredit-mikro Kiva. Ketua Operasi syarikat ialah Siswanto Hadiprayitno yang mempunyai pengalaman jualan dan eksekutif selama lebih dua puluh tahun di syarikat-syarikat yang berpangkalan di Indonesia termasuk Unilever Indonesia, Mead Johnson Indonesia dan Tiga Raksa Satria

Hubungan Media

Mir Haque: mir@fairbanc.app

Source: Fairbanc
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Venture Capital Financial Technology