SHANGHAI, 30 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Shanghai Electric Guoxuan New Energy Technology Co., Ltd ("Shanghai Electric Guoxuan"), subsidiari Shanghai Electric (601727.SS dan 02727.HK), mempamerkan penyelesaian tenaganya yang direka bentuk untuk memperkasa masa depan neutral-karbon di Persidangan & Pameran Penjanaan Kuasa Fotovolta dan Tenaga Pintar Antarabangsa (SNEC 2021) ke-15 yang diadakan baru-baru ini di Shanghai. Memfokuskan enam bidang utama dalam sektor tenaga baharu, tema penyelesaian Shanghai Electric yang diperkenalkan di Ekspo tersebut adalah untuk mencipta ekosistem kuasa mesra alam baharu yang meliputi tenaga sifar karbon, pengeluaran hidrogen mesra alam, penjimatan tenaga industri, pengangkutan mesra alam, bangunan mesra alam dan penyimpanan tenaga pintar.
Di acara tersebut, sistem pengurusan bateri (BMS) Shanghai Electric Guoxuan untuk penyimpanan tenaga elektrokimia meraih "Megawatt Jadeite Award" untuk reka bentuk inovatifnya yang mengatasi salah satu kekurangan yang wujud dalam seni bina sistem pengurusan bateri tradisional. Dengan reka bentuk hierarki dan pengurusan proses modul-modul fungsian, sistem ini dapat mengesan dan mengawal status operasi kesemua alat di dalam sistem penyimpanan tenaga dengan kejituan dan kelajuan yang tinggi. Seni bina sistem yang dioptimumkan membolehkan sistem ini mengesan dinamik kesalahan pada waktu sebenar melalui sistem awan dan mencapai rakaman kesalahan tahap milisaat.
Penyimpanan tenaga merupakan komponen penting untuk menyampaikan peralihan tenaga bersih atas potensinya untuk menangani ciri-ciri sumber tenaga boleh diperbaharui yang terputus-putus, tidak terurus dan jauh. Pengaturan besar-besaran dan pertumbuhan pesat infrastruktur tenaga boleh diperbaharui di seluruh dunia bererti teknologi penyimpanan yang meningkatkan kefleksibelan bekalan tenaga baharu amat diperlukan.
Setelah bertahun-tahun menjalani pembangunan, pasaran penyimpanan tenaga global mula membangun dan diunjurkan untuk menyaksikan pertumbuhan penting dalam beberapa tahun akan datang. Pada tahun 2021, Amerika Syarikat menjadi peneraju dunia dalam menerima pakai bateri untuk grid dan tenaga boleh diperbaharui dengan pasarannya menyumbang sebanyak 41% daripada penggunaan penyimpanan tenaga global. Dipacu oleh dasar perubahan iklim yang diterima oleh semakin banyak negara, Eropah diunjurkan untuk menduduki tempat kedua dalam pasaran penyimpanan tenaga dunia menjelang tahun 2023. Pada tahun 2020, kapasiti terpasang penyimpanan tenaga China mencecah 35.6GW, membentuk 18.6% daripada jumlah keseluruhan global.
Melihatkan peranan pentingnya dalam mempercepatkan gelombang baharu revolusi tenaga, penyimpanan tenaga adalah amat penting untuk transformasi dan kemajuan sektor kuasa untuk China dan seluruh dunia. Berlatarbelakangkan hal ini, Shanghai Electric mempelopori pencapaian baharu untuk tenaga boleh diperbaharui yang dikuasakan oleh peralatan penyimpanan tenaga yang cekap dan stabil. Dibangunkan melalui teknologi pintarnya dan alat digital yang utama di dunia, syarikat ini telah merangka hala tuju dan strategi untuk produk dan penyelesaian penyimpanan tenaga yang ditetapkan untuk memperkasa seluruh rantaian nilai tenaga baharu di laluannya menuju masa depan yang lebih lestari dan mesra alam.
Tahun 2021 melambangkan pencapaian baharu untuk Shanghai Electric atas usahanya meneroka penyelesaian penyimpanan tenaga, apabila Shanghai Electric Guoxuan menandatangani memorandum dengan Pacific Green Technologies, Inc. (PGTK) untuk bersama-sama membangunkan generasi baharu projek-projek sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS) ion-litium.
Membina penyelesaian penyimpanan tenaga pintar sehenti dikuasakan oleh "satu sel dan tiga sistem"
Dari perspektif penyelidikan dan pembangunan (R&D), Shanghai Electric Guoxuan komited untuk membangunkan dan menyempurnakan siri produk yang seragam dengan tujuan untuk meningkatkan kapasiti dan memperbaiki kecekapan keseluruhan sistem penyimpanan tenaga. Syarikat ini juga merancang untuk membina penyelesaian tenaga pintar sehenti dengan tumpuan teknologinya bergantung pada pembangunan Sel Bateri, Sistem Pengurusan Bateri (BMS), Sistem Pemantauan peringkat-Stesen (SCS) dan Sistem Operasi dan Penyelenggaraan Pintar (OPS).
Kesemua produk bateri Shanghai Electric Guoxuan telah lulus ujian keselamatan pihak ketiga kebangsaan dan bertaraf dunia termasuk GB/T36276-2018, IEC62619, UL1973. BMSnya dapat menyediakan pemantauan, pengurusan dan perlindungan bateri sistematik berbilang peringkat yang meliputi sel, modul, kluster bateri, tindanan bateri. SCS menawarkan perlindungan kawalan dan pengurusan keselamatan peringkat-sistem yang komprehensif manakala OPS memanfaatkan sepenuhnya kuasa SEunicloud, iaitu platform Internet Industri Shanghai Electric bagi mencapai pemantauan dan pengurusan kitaran hayat penuh sistem penyimpanan tenaga.
Meneroka model perniagaan terpelbagai untuk meningkatkan nilai penyimpanan tenaga
Selama bertahun-tahun, penyelesaian penyimpanan tenaga Shanghai Electric telah memberi kuasa kepada banyak projek demonstrasi di China yang membolehkan syarikat ini mencipta model perniagaan terpelbagai. Projek-projek tersebut melibatkan mikrogrid penyimpanan tenaga, penyimpanan tenaga industri dan komersial, penyimpanan tenaga bahagian grid, tenaga baharu + penyimpanan tenaga, penyimpanan tenaga kongsi fotovolta, penyimpanan tenaga + penyelesaian pengecasan. Salah satu contoh terbaik ialah Golmud Energy Storage Power Station, iaitu stesen janakuasa penyimpanan tenaga kongsi bebas yang pertama di China. Projek tersebut menghubungkan rantaian bekalan untuk mewujudkan ekosistem penyimpanan tenaga yang meliputi pembangunan projek, operasi, bekalan peralatan, pembinaan serta operasi dan penyelenggaraan.
Pautan Berkaitan:
www.shanghai-electric.com