BARCELONA, Sepanyol, 30 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Ia dikenali sebagai YouCare dan merupakan perkhidmatan pemantauan kesihatan jarak jauh baharu yang berasaskan teknologi boleh pakai baharu yang revolusioner, tekstil sepenuhnya, boleh dibasuh dan mudah digunakan.
Inovasi ini, dibuat sepenuhnya di Itali, berupaya untuk mengesan sejumlah besar parameter bio-penting pada individu dan menghantarnya, dengan cara yang pintar, dengan bantuan 5G.
Projek ini memfokuskan penggunaan peranti tekstil revolusioner seperti kemeja-T tanpa komponen logam dan dengan sensor yang "diletakkan" secara semula jadi ke dalam fabrik. Projek ini dibentangkan hari ini di hadapan media dunia semasa Kongres Dunia Mudah Alih 2021 yang diadakan di Barcelona.
Semasa berlangsungnya acara tersebut, ZTE menegaskan bahawa mereka sangat bangga dapat menjadi rakan kongsi dalam inovasi luar biasa ini dan benar-benar percaya bahawa teknologi 5G merupakan kunci menuju kualiti hidup yang lebih baik. ZTE menegaskan lagi bahawa mereka percaya dengan bakat dan kebolehan serta ingin terus memberi sumbangan mereka kepada pembangunan teknologi Itali dan global. Atas sebab ini, bermula pada musim luruh akan datang, ZTE akan memulakan ujian 5G YouCare di Pusat Inovasi dan Penyelidikan yang terletak di L'Aquila.
YouCare mendayakan pengesanan parameter bio-penting seperti elektrokardiogram "sebenar", analisis tindakan pernafasan, komponen peluh, usaha otot dan suhu badan, yang belum pernah dikesan oleh sensor tekstil. Kemeja-T tersebut membolehkan penghantaran dibuat, melalui sambungan 5G ZTE yang amat pantas, ke pusat kesihatan dan kawalan serta kepada pengguna individu.
"Ia merupakan ciptaan yang akan mengubah kehidupan dan kualiti bantuan perubatan di rumah dan jarak jauh untuk ramai penduduk yang mengalami masalah kesihatan dan individu rentan yang mengalami penyakit kronik, memastikan kebolehcapaian kepada perkhidmatan rawatan dan sokongan daripada jaringan nasional dan antarabangsa kami," kata Francesco Rocca, Pengerusi Italian Red Cross dan IFRC. "Kami telah mengusahakan projek ini sejak tahun 2018 dan hari ini kami dapat membentangkan keputusan eksperimen penting ini yang terhasil pada waktu yang paling sukar dengan kecemasan Covid. Uji kaji ini membolehkan kami berfikir dengan bangga mengenai laluan yang ditempuh setakat ini dan untuk memandang masa depan dengan harapan dan keyakinan kerana telah menunjukkan komitmen, keupayaan dan dedikasi jaringan Red Cross, menggunakan dan menyebarkan teknologi baharu untuk berbakti kepada rakyat dan masyarakat."
Teknologi tekstil, dipatenkan dan diperakui, membangunkan perkhidmatan baharu untuk perlindungan kesihatan dalam bidang teleperubatan, kerja, sukan dan kesejahteraan umum seseorang individu.
Dengan memantau kesihatan, tekanan dan tingkah laku kehidupan yang aktif, ia dapat meningkatkan tahap keselamatan orang ramai, warga emas dan orang yang bersukan.
Parameter bio-penting YouCare, dikesan oleh sensor polimerik tidak dapat dilihat yang "diletakkan" di dalam fabrik, dihantar ke unit kawalan bersaiz kecil yang merekod data, menukarkannya kepada format digital dan akhirnya menghantar, dengan bantuan 5G ke platform dwiarah yang menghantarnya ke telefon pintar atau jam tangan pintar pengguna selain daripada unit jarak jauh yang menganalisis nilai dengan perisian perubatan.
"Bermula dari detik pertama lagi - kata Umberto Sgambati, Ketua Pegawai Eksekutif Proger Group spa bahawa, melalui Start-Up Let's Web-earable Solutions, telah mencipta sensor "Kemeja-T Pintar" - kami percaya dan melabur dalam sesuatu yang kami lihat sebagai idea yang benar-benar revolusioner yang mana hari ini menjadi suatu kenyataan sebenar. Diperakui sebagai Peranti Perubatan, ia telah diperkaya oleh algoritma prediktif gangguan kardiovaskular BSP-Medical, peneraju dunia dalam bidang Sains Data Perubatan."
Latar Belakang ZTE
ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi canggih, peranti mudah alih dan penyelesaian teknologi perusahaan kepada pengguna, operator, perniagaan dan pelanggan sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi ZTE, syarikat ini komited untuk menyediakan pelanggan dengan inovasi bersepadu hujung-ke-hujung bagi menyampaikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Disenaraikan di bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), ZTE menjual produk dan perkhidmatannya di lebih daripada 160 negara.
Hubungan Media:
Alessio De Sio
ZTE Italia
Tel: +39 366 682 4010
Emel: alessio.desio@zte.com.cn