omniture

CGTN: Pembangunan, bukan ideologi, kenyataan pahit untuk ditelan

CGTN
2021-07-01 20:06 204

BEIJING, 1 Julai 2021 /PRNewswire/ -- "Tidak menjadi masalah sekiranya kucing berwarna hitam atau putih, selagi mana ia dapat menangkap tikus."

Development, not ideology, is the hard truth
Development, not ideology, is the hard truth

Kata-kata mendiang pemimpin Cina Deng Xiaoping menuturkan hakikat sebenar pertumbuhan pesat China – negara ini telah memilih laluan pembangunan yang sesuai dengan keadaannya yang sebenar.

Sebelum Deng memimpin China menuju jalan reformasi dan keterbukaan pada tahun 1978, China terperangkap dalam kotak pemikiran ideologi, berbalah yang remeh-temeh mengenai sosialisme lwn. kapitalisme. Ia bertegas bahawa segala sesuatu dan apa sahaja yang berkaitan dengan sosialisme, sifatnya haruslah lebih baik daripada kapitalisme.  

Ketika itu, China mungkin telah mencapai egalitarianisme pada skala yang belum pernah terjadi sebelum ini, namun ia berasaskan kemiskinan – semua orang sama-sama miskin.

Deng menyatakan bahawa sekiranya sosialisme bererti kemiskinan, ia bukan untuk China. Pilihannya ialah sosialisme dengan ciri-ciri Cina demi kepentingan rakyat.

Namun begitu, ia bukan bermaksud kepatuhan tegar terhadap ekonomi yang dikawal secara berpusat. Tatkala negara berkenaan memasuki peringkat pembangunan yang baharu, tumpuan beralih kepada pembukaan dan pembaikpulihan ekonomi bagi mempercepatkan industrialisasi.

Sejak itu, sosialisme dengan ciri-ciri Cina telah menjadi kekuatan pembebasan China yang paling hebat, lantas mencetuskan inovasi, daya kreativiti, keusahawanan dan produktiviti.

Ia telah menjadikan negara ini lebih dinamik, berasaskan ujian dan berpandangan jauh serta mengubah rakyat Cina menjadi penentu akhir reformasi dan percubaan sosial.

Dalam konteks yang luas inilah China mengubah keadaannya menjadi ekonomi kedua yang terbesar di dunia.

Menjadi sebuah negara sosialis juga tidak bertentangan dengan usahanya untuk memajukan ekonomi pasaran dan perdagangan antarabangsa.

Sejak penerimaannya ke dalam Pertubuhan Perdagangan Dunia pada tahun 2001, eksport China meningkat hampir sepuluh kali ganda kepada $2.59 trilion pada tahun 2020, manakala import pula meningkat hampir lapan setengah kali ganda menjadi $2.05 trilion.

Kefleksibelan institusi negara dapat menjelaskan mengenai langkah ini. Ia telah menyelamatkan rakyat Cina daripada kemiskinan serta perbalahan yang remeh-temeh berkaitan politik dan ideologi serta menerapkan semangat padu pragmatisme, realisme dan kerja keras dalam kalangan mereka.

Melangkah dengan pantas menuju abad ke-21, Presiden Xi Jinping mengisytiharkan bahawa kini China berada dalam era baharu sosialisme dengan ciri-ciri Cina.

Ia merupakan era yang berasaskan fahaman pelbagai budaya dan fahaman pelbagai hala. Negara ini telah menjadi pejuang utama bagi perdagangan bebas, pembangunan mampan, pembasmian kemiskinan dan perlindungan alam sekitar.

Seperti yang dinyatakan oleh Ding, tidak menjadi masalah sekiranya kucing berwarna hitam atau putih, selagi mana ia dapat menangkap tikus. Tidak menjadi masalah sekiranya sistem dianggap sebagai sosialis atau kapitalis, selagi mana ia dapat memenuhi keperluan rakyat.

https://news.cgtn.com/news/2021-06-28/Development-not-ideology-is-the-hard-truth-11sgoCycZu8/index.html

 

Source: CGTN
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Economic news, trends, analysis