omniture

Pandemik Terus Menghakis Kekuatan Pasport Premium

Henley & Partners
2021-07-06 16:00 32

LONDON, 6 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Keputusan terkini daripada Henley Passport Index — kedudukan asal semua pasport di dunia mengikut bilangan destinasi yang boleh diakses oleh para pemegangnya tanpa visa terlebih dahulu — menunjukkan walaupun terdapat petunjuk yang optimistik, ia mesti bersandarkan kenyataan bahawa perjalanan merentas sempadan terus terhalang dengan signifikan. Meskipun beberapa kemajuan telah dibuat antara bulan Januari hingga Mac 2021 tetapi mobiliti antarabangsa telah dipulihkan hanya sebanyak 12% daripada tahap prapandemik manakala jurang besar antara akses perjalanan secara teori dan sebenar kekal signifikan.

Dengan penangguhan Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang hanya beberapa minggu lagi dan negara tersebut berada dalam keadaan darurat "kuasi", namun Jepun tetap mengekalkan kedudukannya pada tempat pertama dalam Henley Passport Index — yang berdasarkan data eksklusif daripada Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) — dengan skor sebanyak 193 buah destinasi tanpa visa/visa semasa ketibaan secara teori.

Walaupun pasport Eropah mendominasi kedudukan Sepuluh Terbaik sepanjang sejarah indeks ini selama 16 tahun, kecemerlangan tiga buah negara Asia — Jepun, Singapura dan Korea Selatan — telah menjadi normal baharu. Singapura kekal berada pada tempat ke-2 dengan skor sebanyak 192 buah destinasi tanpa visa/visa semasa ketibaan, manakala Korea Selatan dan Jerman berkongsi tempat ke-3, masing-masing dengan skor sebanyak 191 buah destinasi.

Namun, apabila dibandingkan dengan akses perjalanan yang sebenar yang tersedia pada masa ini bahkan bagi para pemegang pasport dengan skor tertinggi, keadaan sebenar kelihatan amat berbeza: pemegang pasport Jepun mempunyai akses kepada kurang daripada 80 destinasi (setara dengan kuasa pasport Arab Saudi yang berada di bawah pada kedudukan ke-71 dalam senarai) manakala pemegang pasport Singapura boleh mengakses kurang daripada 75 buah destinasi (setara dengan Kazakhstan yang berada di tempat ke-74 ).

Kemerosotan teruk kuasa pasport UK dan US 

Terdapat kesuraman yang sama walaupun di negara-negara yang telah melancarkan vaksin Covid-19 dengan kejayaan besar: UK dan AS kini berkongsi tempat ke-7 bersama-sama dalam indeks tersebut, berikutan kemerosotan yang berterusan sejak mereka bersama-sama memegang tempat teratas pada tahun 2014 dengan para pemegang pasport mereka dapat mengakses 187 buah destinasi di seluruh dunia secara teori.

Namun, di bawah larangan perjalanan semasa, para pemegang pasport UK telah mengalami penurunan dramatik melebihi 70% dalam kebebasan perjalanan mereka, kini dapat mengakses kurang daripada 60 buah destinasi di seluruh dunia — kuasa pasport yang setara dengan kedudukan Uzbekistan dalam indeks tersebut. Para pemegang pasport AS telah menyaksikan penurunan sebanyak 67% dalam mobiliti global mereka dengan akses ke hanya 61 buah destinasi di seluruh dunia — kuasa pasport yang setara dengan Rwanda.

Comparison: HPI 2021 Q3 visa-free scores with no travel restrictions vs visa-free scores taking Covid-19 travel restrictions into account.
Comparison: HPI 2021 Q3 visa-free scores with no travel restrictions vs visa-free scores taking Covid-19 travel restrictions into account.

Dr. Christian H. Kaelin, Pengerusi Henley & Partners, menyatakan bahawa jurang kebebasan perjalanan kini merupakan yang terbesar sejak indeks tersebut dimulakan pada tahun 2006 dengan para pemegang pasport Jepun dapat mengakses 167 lebih banyak destinasi berbanding warganegara Afghanistan yang terletak di bahagian bawah indeks dengan akses tanpa visa hanya 26 destinasi. "Peningkatan dasar pemencilan dan deglobalisasi akan memberi kesan yang mendalam yang antaranya ialah kemerosotan yang lebih teruk pada ekonomi dunia, pengurangan yang ketara dalam mobiliti global dan sekatan terhadap kebebasan manusia."

Ketua Pengarah IATA, Willie Walsh memberi amaran bahawa perjalanan antarabangsa tidak boleh dihadkan kepada mereka yang mempunyai akses kepada vaksin. "Kebebasan perjalanan adalah penting. Kami memerlukan sistem yang selamat untuk menyepadukan pemeriksaan vaksin atau sijil ujian ke dalam proses perjalanan dengan cekap. Pas Perjalanan IATA membolehkan para pelancong berkongsi kelayakan kesihatan mereka dengan kerajaan dan syarikat penerbangan secara selamat."

Penyelidikan eksklusif yang dijalankan oleh Henley & Partners dan diterbitkan dalam Laporan Mobiliti Global S3 yang terkini menunjukkan bahawa sejak pandemik ini diisytiharkan, EU telah menyaksikan penurunan dalam pelancongan sebanyak hampir 90%, UK telah mengalami penurunan sebanyak 73% dalam jumlah pelancong dan AS telah mengalami penurunan sebanyak 69% dalam jumlah pelawat antarabangsa. Dengan Australia dan New Zealand yang menutup rapat pintu negara mereka semasa permulaan pandemik, ia hanya menerima 1% daripada jumlah pelawat pada bulan Mac 2019 pada bulan Mac tahun ini. 

Robert Maciejewski, Ketua Pegawai Eksekutif SIP Medical Family Office di Switzerland berkata "Walaupun undang-undang yang mewajibkan untuk mendapatkan passport Covid tidak mungkin berlaku di kebanyakan negara demokrasi, ia mungkin akan mengakibatkan sekatan de facto terhadap kebebasan anda sama ada untuk melakukan perjalanan atau aktiviti harian sekiranya anda tidak memilikinya."

Namun begitu, Prof. Mehari Taddele Maru daripada Pusat Dasar Penghijrahan memberi amaran bahawa "Menjadikan sumbangan vaksin sebagai senjata untuk memperoleh kepentingan negara yang sempit hanya akan melambatkan pelancarannya dan menyebabkan kos manusia dan ekonomi yang lebih tinggi serta ditambah dengan jutaan kematian dan kemungkinan kerugian bernilai USD 9.2 trilion terhadap ekonomi global."

Dr. Juerg Steffen, Ketua Pegawai Eksekutif Henley & Partners berkata, "Memastikan akses masa depan kepada pelbagai pilihan kediaman dan/atau memiliki kewarganegaraan kedua telah menjadi semakin penting bagi para usahawan dan pelabur serta keluarga mereka sebagai cara untuk mengurangkan ketidaktentuan dan mengurangkan pendedahan mereka terhadap risiko di peringkat negara, serantau dan global."

Baca Laporan penuh Mobiliti Global S3 2021 

Infographic - https://mma.prnasia.com/media2/1556604/henley_partners_infographic.jpg?p=medium600

Source: Henley & Partners
Keywords: Banking/Financial Service Travel Survey, Polls & Research