omniture

Kajian Baharu Menunjukkan Organisasi APAC Melabur Lebih Banyak, Menghasilkan Peningkatan Kematangan dalam AI

Kajian terkini mendedahkan trend terkini dalam kematangan AI untuk APAC, termasuk 70% perbelanjaan AI organisasi tidak terjejas malah meningkat pada tahun 2020
Dataiku
2021-07-07 20:07 290

SINGAPURA, 7 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Hari ini Dataiku mengumumkan pelancaran IDC InfoBrief tajaan mereka mengenai kematangan AI APAC yang memberi penerangan ringkas tentang penerimaan AI di Asia/Pasifik, membandingkan strategi, keupayaan dan amalan untuk mempercepatkan penyampaian nilai. IDC InfoBrief - Amalan Kecerdasan Buatan Yang Membawa Hasil - khususnya mendedahkan kesan krisis kesihatan global ke atas pelaburan dan kemajuan teknologi di seluruh rantau ini.

Penekanan dalam kajian tersebut ialah penemuan bahawa hampir dua kali ganda lebih banyak syarikat kini memulakan perjalanan AI mereka pada tahun 2020 berbanding tahun 2019 dan syarikat-syarikat yang telah memulakan perjalanan menunjukkan lebih kematangan AI, kurang menjalankan ujikaji dan melaksanakan lebih berulang kali dengan cara yang lebih terselaras. Kematangan yang semakin meningkat ini digambarkan selanjutnya oleh kepentingan proses yang semakin meningkat (contohnya tadbir urus AI, MLOps dan banyak lagi) yang dapat menjamin pelaksanaan yang sistematik dan peningkatan berterusan sistem AI.

"Pembangunan AI di Asia Pasifik terus menunjukkan peningkatan," kata Dr. Chris Marshall, Naib Presiden Bersekutu, Analitik, Data Raya dan Kecerdasan Buatan di IDC Asia/Pasifik serta salah seorang pengarang InfoBrief. "Kita telah beralih daripada perintis AI terasing melalui pusat kecemerlangan dan berkembang maju dengan pesat ke arah aplikasi AI kod-rendah yang diagihkan dalam seluruh platform perusahaan."

Apabila melibatkan teknologi, 43% organisasi yang melabur dalam AI telah melaksanakan platform perusahaan untuk mengumpul sumber. Meskipun kajian tersebut mengesahkan bahawa teknologi bukanlah satu-satunya penyelesaiannya, dengan peranan data, kakitangan dan proses yang berbeza berserta kematangan organisasi, platform AI dapat menjadi pemecut untuk perniagaan dalam kesemua peringkat pertumbuhan AI.

"Sekiranya terdapat apa-apa yang dapat kita peroleh daripada kajian ini ialah organisasi-organisasi yang menggabungkan AI ke dalam strategi perniagaan asas mereka mendorong syarikat mereka berada lebih jauh di hadapan kumpulan pesaing," kata Richard Jones, Pengurus Besar APAC di Dataiku. "Syarikat-syarikat yang ingin kekal bersaing dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang perlu mula melabur dan melaksanakan AI dan berita baiknya ialah banyak amalan terbaik untuk berbuat demikian telahpun tersedia untuk mereka mengejarnya."

Untuk maklumat tambahan, baca IDC InfoBrief penuh Amalan Kecerdasan Buatan Yang Membawa Hasil.

Latar Belakang Dataiku

Dataiku ialah salah satu platform AI dan pembelajaran mesin yang terkemuka di dunia, menyokong ketangkasan dalam usaha data organisasi melalui AI yang bersifat kolaboratif, elastik dan bertanggungjawab, kesemuanya pada skala perusahaan.

Beratus-ratus syarikat menggunakan Dataiku untuk menyokong operasi perniagaan penting mereka dan memastikan agar mereka kekal relevan dalam dunia yang berubah-ubah ini termasuk model yang mendorong pengesanan penipuan, pencegahan pulangan pelanggan, penyelenggaraan prediktif, pengoptimuman rantaian bekalan dan banyak lagi. Dataiku dibina untuk syarikat-syarikat yang ingin mendemokrasikan AI dalam seluruh organisasi mereka, membawa ketangkasan dan kesiapsiagaan kepada perniagaan melalui penggunaan data oleh semua individu bermula daripada penganalisis hinggalah saintis data.

Source: Dataiku
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications