omniture

Perjalanan Menuju Bahasa Inggeris yang Lebih Baik Bermula dengan Cambridge Assessment English

Cambridge Assessment English
2021-07-08 15:33 129

SINGAPURA, 8 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Bahasa mempunyai kekuatan untuk melangkaui sempadan dan salah satu bahasa yang paling banyak digunakan hari ini ialah Bahasa Inggeris. Tidak perlu dinyatakan lagi bahawa dengan menguasai Bahasa Inggeris, begitu banyak peluang yang terdapat di banyak negara akan dibuka untuk anda.

Namun begitu, bagaimana caranya untuk membuktikan bahawa seseorang itu mahir dalam Bahasa Inggeris? Bermula dengan sijil daripada pakar dalam bahasa tersebut, Cambridge Assessment English akan membawa masa depan yang cerah. Kami meninjau lebih banyak lagi sebab mengapa kelayakan daripada Cambridge Assessment English terbukti dapat membawa manfaat kepada anda.

Sebahagian daripada University of Cambridge

Cambridge Assessment English (Cambridge English) ialah jabatan bukan untuk keuntungan yang merupakan sebahagian daripada University of Cambridge. Di samping itu, ia memiliki warisan yang boleh dijejak kembali ke tahun 1209, yang menjadikannya salah sebuah universiti Bahasa Inggeris tertua di dunia; ilmu pengetahuan yang telah terkumpul selama lapan abad akan berada di hujung jari anda.

Kami merupakan Pengeluar IELTS

International English Language Testing System (IELTS), ialah ujian standard antarabangsa yang menilai kecekapan Bahasa Inggeris penutur bukan asli Bahasa Inggeris dan Cambridge English bertanggungjawab untuk menghasilkan ujian ini.

Institusi pendidikan, majikan, badan pendaftaran profesional dan badan imigresen kerajaan biasanya memerlukan bukti kecekapan Bahasa Inggeris apabila merekrut atau bagi tujuan prosedur kemasukan. Cambridge English Qualification akan diterima untuk tujuan ini – ujian akademik untuk mereka yang memohon ke pengajian tinggi dan penghijrahan seperti ke Australia, Kanada dan UK serta mereka yang memohon program latihan, pendidikan menengah dan pekerjaan.

Apa yang Menjadikan Cambridge English Qualifications Relevan?

Pasti ada sebabnya mengapa berjuta-juta individu menduduki ujian ini. Tanpa mengira tujuannya, ujian ini menilai dengan teliti kemampuan anda untuk membaca, menulis, bertutur dan mendengar dalam Bahasa Inggeris. Biasanya ujian ini mengandungi unsur pertuturan yang biasa digunakan dalam situasi harian, lalu memberi keupayaan kepada anda untuk berkomunikasi dengan berkesan dan cekap.

Peperiksaan Berdasarkan Tahap Secara Mendalam

Tidak adil untuk membandingkan keupayaan kognitif orang dewasa dengan keupayaan kognitif kanak-kanak dan itulah sebabnya ujian kami dirancang untuk menilai pelajar di sekolah, mereka di pengajian tinggi, dan juga ahli profesional perniagaan. Setiap tahap akan diberikan cabaran yang sesuai dengan kumpulan dan tahap umur atau tahap kecekapan individu tersebut. Tahap ini adalah berasaskan Common European Framework of Reference (CEFR) yang dijalankan di institut pembelajaran di seluruh dunia.

Diiktiraf di Seluruh Dunia

Cambridge English Qualifications diiktiraf oleh lebih daripada 25,000 universiti, organisasi dan badan kerajaan di seluruh dunia. Usaha kami disokong di serata dunia oleh rangkaian 2,800 pusat peperiksaan, lebih 50,000 sekolah dan puluhan ribu pemeriksa, guru, pakar pendidikan dan penerbit. Tidak perlu dinyatakan lagi bahawa pengiktirafan ini membuka peluang.

Secara ringkasnya, Cambridge English merupakan langkah pertama bagi kecekapan Bahasa Inggeris yang lebih baik dan pasport anda menuju perjalanan yang penuh dengan peluang di seluruh dunia.

Untuk mengetahui lebih lanjut,

Singapura & Filipina: www.cambridgeenglish.org/
Malaysia: www.cambridgeenglish.org/my
Vietnam: www.cambridgeenglish.org/vn
Indonesia: www.cambridgeenglish.org/id
Thailand: www.cambridgeenglish.org/th
Jepun: www.cambridgeenglish.org/jp

Source: Cambridge Assessment English
Keywords: Banking/Financial Service Education Not for profit