SHANGHAI, 12 Julai 2021 /PRNewswire/ -- WAIC 2021 dilancarkan secara rasmi di Pusat Ekspo Shanghai pada 8 Julai. Menerusi tema "Ketersambungan Pintar, Bandar-bandar Inspirasi" ("Intelligent Connectivity, Inspirational Cities"), WAIC 2021 bertujuan untuk mewujudkan ekologi persidangan dengan peningkatan nilai kemanusiaan, membolehkan pakar-pakar terkemuka di peringkat global daripada perusahaan, universiti dan institut penyelidikan berhimpun, membincangkan bagaimana AI dapat membantu pewujudan komuniti dengan masa depan yang dikongsi bersama dan pembangunan mampan secara global.
Hari Global WAIC 2021 membuka tirainya bersama-sama penampilan hebat tadbir urus global AI bagi membina laluan menuju transformasi digital yang mampan
Acara Hari Global WAIC 2021 bertema "Tadbir Urus AI Global" telahpun diadakan di Pusat Ekspo Shanghai hari ini.
Suasana acara Hari Global WAIC 2021, pembangunan AI membantu transformasi digital
Hari Global WAIC 2021 ditaja oleh Pejabat Jawatankuasa Penganjur WAIC dan dianjurkan oleh Shanghai Artificial Intelligence Industry Association. En. Junhao Zhong, Ketua Setiausaha Shanghai Artificial Intelligence Industry Association berkata: "Shanghai memainkan peranan utama yang penting dalam pembangunan AI global menurut visi antarabangsanya dan kekuatan komprehensifnya yang menyeluruh. Setakat tahun 2020, terdapat 1,149 perusahaan AI yang penting di Shanghai, seterusnya membina rantaian industri yang agak lengkap. Dari segi skala industri, perusahaan industri AI dengan saiz yang ditetapkan di Shanghai bernilai kira-kira RMB 224.6 bilion pada tahun 2020, lantas menunjukkan purata kadar pertumbuhan sebanyak 30% dari tahun 2018-2020."
Tambahan pula, acara siri Hari Global WAIC 2021 melibatkan Forum Bandar-bandar AI Antarabangsa 2021 - Forum Kerajaan Digital Diperkasa AI, Forum WAIC - IJCAI 2021, Jerayawara Projek Inovasi Global AI, pertukaran bakat antarabangsa AI dan empat sesi luar negara.
Jerayawara Projek Inovasi Global WAIC 2021
Jerayawara Projek Inovasi Global WAIC 2021 akan diadakan di Dewan H2, Pusat Pameran dan Konvensyen Ekspo Dunia Shanghai mulai 8-9 Julai. Jerayawara ini menerima lebih 150 permohonan dari 13 negara.
Sesi di Eropah
Forum Dialog Tadbir Urus AI Perusahaan Sino-Eropah. Bagi memahami lebih lanjut mengenai AI perusahaan dan memberi cadangan konstruktif berhubung tadbir urus perusahaan AI, Dr. Hans-Peter Friedrich, Pengerusi China-Bridge Association, Ying Chen, Ketua Setiausaha dan Timbalan Setiausaha Jawatankuasa Parti Chinese Institute of Electronics dan Ketua Setiausaha China Committee of 100 of Digital Economy, menghadiri sesi tersebut dan menyampaikan ucapan melalui video.
Sesi di Malaysia
Sesi di Malaysia diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia. Ia memfokuskan cara pelaksanaan untuk semua orang demi mencipta masa depan yang lebih baik. Sesi di Malaysia disokong dengan sangat baik oleh kerajaan tempatan.
Sesi di Amerika Utara
Sesi di Amerika Utara diadakan di University of California, Berkeley di Berkeley, San Francisco Bay Area, Amerika di bawah bimbingan Pejabat Jawatankuasa Penganjur WAIC. Ia disokong oleh Shanghai Artificial Intelligence Association dan ditaja bersama-sama oleh Berkeley Chinese Alumni International Association (BCAIA) dan Berkeley Artificial Intelligence Research (BAIR) Lab. Sesi berkenaan menumpukan pembangunan dan penyelidikan AI yang terkini.
Sesi di Korea
Menerusi tema "Kerjasama Industri AI Sino-Korea dalam Era Pasca-wabak", Sesi WAIC 2021 di Korea disiarkan di Platform Awan WAIC 2021 di bawah bimbingan Pejabat Jawatankuasa Penganjur WAIC. Ia ditaja oleh Shanghai Smart City Development Institute, AI Yangjae Hub dan AICA Korea serta disokong oleh Shanghai Investment Promotion Service Center, Seoul Investment Center dan Shanghai Artificial Intelligence Association.