BANGKOK, 31 Mei 2013 /PRNewswire/ -- Huawei, penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) utama dunia, berkongsi kisah kejayaan dan pengalamannya dalam projek-projek landasan seluruh dunia dengan para eksekutif, pakar dan ahli akademik dari lebih 20 buah negara di Kongres Tahunan Pengisyaratan dan Telekomunikasi Asia Kedua yang diadakan antara 21-23 Mei 2013 di Bangkok, Thailand.
(Photo: http://www.prnasia.com/sa/2013/05/29/20130529195959300341.html )
En. Norman Frisch, yang memantau Pembangunan Perniagaan Global untuk Penyelesaian Landasan di Huawei, menyampaikan sebuah ucapan yang bertajuk "Menguruskan Kerumitan CCTV, PIS dan Komunikasi Operasi Landasan" sebagai sebahagian daripada acara itu untuk berkongsi pengalaman Huawei dalam menyokong pelanggan landasan seluruh dunia merealisasikan kelancaran operasi yang lebih baik, sekuriti yang diperketat dan pengalaman pelanggan yang dipertingkat melalui penyelesaian ICT yang maju, diyakini dan kalis masa depan.
"Industri landasan moden sentiasa berubah, menyediakan kepantasan yang lebih hebat, kecekapan yang lebih berkesan dan perkhidmatan lebih cepat kepada para pelanggannya. Permintaan kapasiti yang sentiasa meningkat, kapasiti terhad prasarana landasan sedia ada serta kos yang tinggi untuk perluasan kapasiti semuanya diterjemahkan kepada sebuah cabaran ekonomi dan operasi yang kompleks," kata En. Frisch. 'Dengan penyelesaian seperti GSM-R, CCTV, UC&C serta transmisi dan IP, Huawei menyokong landasan dengan prasarana komunikasi yang bukan saja bakal memenuhi permintaan semasa tetapi juga membolehkan pertumbuhan permintaan di masa hadapan."
Komited untuk menjadi rakan kongsi ICT optimum untuk pelanggan industri seluruh dunia, Huawei telah membangunkan penyelesaian inovatif GSM-R yang membantu sistem komunikasi landasan seperti ETCS, CTCS dan LOCOTROL, mempertingkatkan lagi kelancaran operasi, kapasiti dan keselamatan rangkaian landasan. Pada tahun 2012, Huawei mendahului industri dalam Saham Pasaran Meningkat GSM-R dengan 61%. Selain GSM-R, Huawei juga berkemampuan untuk menyediakan rangkaian penuh penyelesaian ICT, termasuk transmisi, IP, CCTV dan UC&C, meliputi skop aplikasi landasan yang luas seperti operasi dan keselamatan awam, perkhidmatan membawa muatan dan penumpang serta penyelarasan komunikasi dalaman, antara lainnya.
Produk dan penyelesaian ICT Huawei yang inovatif telah digunakan secara meluas dalam industri landasan sejak tahun 1996. Dengan pengalaman lebih daripada 15 tahun dan mendapat faedah daripada kebolehan R&D yang kukuh, kepakaran teknikal menyeluruh dan kerjasama dengan rakan kongsi industri seluruh dunia, Huawei berkhidmat untuk lebih ramai operator landasan dan penumpang seluruh dunia dengan penyelesaian ICTnya. Menjelang hujung tahun 2012, penyelesaian ICT Huawei dipasang di sepanjang 65,000 km (kira-kira 1.38 pusingan mengelilingi Bumi) landasan kereta api seluruh dunia.
Mengenai Pengisyaratan dan Telekomunikasi: Asia
Sebagai salah sebuah acara paling penting dalam industri landasan di Asia, persidangan Pengisyaratan dan Telekomunikasi: Asia bertindak sebagai platform untuk membawa bersama pakar-pakar daripada seluruh rantaian nilai. Peserta daripada lebih 50 kerajaan, landasan, metro dan persatuan utama rantau ini berkolaborasi bagi melengkapkan prasarana pengangkutan, pengisyaratan dan telekom terbaru serta peningkatan taraf stok pusingan. Huawei adalah rakan kongsi dan penaja rasmi persidangan tahun ini.
Mengenai Huawei
Huawei adalah penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) utama dunia. Melalui dedikasi kami terhadap inovasi berpusatkan pelanggan dan hubungan kerjasama yang kukuh, kami telah mewujudkan kelebihan hujung ke hujung dalam rangkaian telekom, peranti dan pengkomputeran awan. Kami komited untuk mencipta nilai maksimum bagi operator telekom, perusahaan dan pengguna dengan menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan bersaingan. Produk dan penyelesaian kami telah digunakan dalam lebih 140 buah negara, memberi khidmat kepada lebih daripada satu pertiga populasi dunia.
Untuk maklumat lanjut, lawati Huawei dalam talian: www.huawei.com
Ikuti kami di Twitter: www.twitter.com/huaweipress dan menerusiYouTube: http://www.youtube.com/user/HuaweiPress
SUMBER Huawei Enterprise