Sama ada pasukan anda ada di tempat yang sama, tersebar atau di lokasi yang jauh, Hubilo menyediakan pengalaman kolaboratif, interaktif dan intuitif dengan pelbagai pilihan untuk navigasi yang diperkemas dalam masa nyata ataupun tidak segerak
BENGALURU, India, 15 Julai 2021 /PRNewswire/-- Hubilo, platform acara maya + hibrid yang dibina untuk kecemerlangan penglibatan dan acara, mengumumkan versi platformnya yang telah dipertingkatkan dengan ciri-ciri yang direka untuk menambak baik penglibatan peserta secara menyeluruh, memupuk hubungan antara manusia yang lebih baik dan membantu meningkatkan ROI acara. Platform acara kolaboratif dalam talian ini menghimpunkan individu dan pasukan, pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja.
Oleh kerana pengalaman maya telah menjadi normal di tempat kerja, pejabat doktor dan persidangan, permintaan untuk komponen hibrid bagi acara perjumpaan yang secara tradisi adalah secara bersemuka telah melonjak naik untuk penganjur dan juga peserta acara. Acara hibrid meningkatkan jangkauan sesuatu acara secara drastik sementara menyediakan fleksibiliti kepada para peserta acara ini. Menurut laporan yang diterbitkan oleh Allied Market Research, "Industri acara bernilai $1,135.4 bilion pada tahun 2019 dan dijangka mencecah $1,552.9 bilion menjelang tahun 2028, mencatatkan CAGR pada kadar 11.2% dari tahun 2021 hingga 2028; rantau Asia Pasifik akan mempamerkan CAGR yang tertinggi iaitu 13.3% pada tahun 2021-2028."
Dengan menyepadukan pengalaman dan penglibatan peserta, sokongan pelanggan, analitis dan pemahaman, Hubilo merevolusikan cara acara dikendalikan dengan menghasilkan platform yang lebih bersifat memberi pengalaman, disesuaikan dengan peribadi, responsif, boleh diubah skala dan dipacu ROI. Hubilo menangani cabaran yang disebabkan oleh interaksi jarak jauh melalui keupayaan baharu yang membolehkan acara mengatasi had format maya dan mereka bentuk semula pengalaman digital sebagai satu lanjutan kepada interaksi secara bersemuka.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasasnya, Vaibhav Jain berkata: "Memupuk hubungan antara manusia menjadi teras Hubilo, dan inilah yang membezakan acara yang luar biasa daripada sebuah webinar. Teknologi Hubilo membolehkan semua orang merancang dan melaksanakan acara dengan sempurna serta dapat hadir dari mana-mana sahaja. Berbekalkan bertahun-tahun kepakaran Hubilo dalam bidang acara, platform yang intuitif dan perkhidmatan sokongan bertaraf premium, kami percaya bahawa kami meningkatkan penanda aras bagi jangkaan orang ramai dalam bidang acara maya dan hibrid, sekali gus mengubah kategori itu, sama seperti Netflix mengubah video yang ditonton di rumah dan membolehkan orang ramai menyesuaikan pengalaman kandungan mengikut peribadi mereka melalui saluran digital."
Hubilo yang telah ditambah baik mempunyai beberapa keupayaan dan peningkatan baharu, termasuk:
Ciri-ciri Penglibatan yang Kukuh (Lebih fokus kepada para peserta): Para peserta boleh mendapatkan gambaran keseluruhan sepintas lalu tentang acara semasa yang sedang berlangsung melalui bahagian "Apa Yang Sedang Berlaku", dan sehubungan dengan itu, memudahkan mereka menyertai mana-mana aktiviti. Para hadirin boleh menyertai alatan interaksi yang berpusatkan aktiviti, seperti aktiviti yang diterapkan dalam bentuk permainan (gamification), undian secara langsung dan Soal Jawab, selain menjadi lebih ekspresif dengan antara muka Hubilo yang baharu yang menyertakan reaksi dan emoji. Peserta juga boleh menjadualkan mesyuarat terus daripada ruang sembang.
Keupayaan Interaksi Ditaja yang Dipertingkat: Ruang rehat dan bilik demonstrasi yang telah serba baharu menyertakan sembang reruai maya, tinjauan pendapat, dan Soal Jawab untuk Penaja dan Peserta Pameran yang membolehkan interaksi yang lancar antara peserta. Penyesuaian tugas yang diperbaharui sepenuhnya akan memastikan para peserta berminat untuk berkongsi maklumat mereka dengan penganjur acara, membolehkan mereka menyesuaikan pengalaman di dalam platform berkenaan; para peserta dapat melihat lebih banyak jenama penaja serta jenama penganjur dalam bidang yang berbeza.
Navigasi yang Cekap dan Bersifat Minimal: Para hadirin akan dapat menavigasi seluruh acara secara intuitif - memudahkan interaksi dengan semua orang sama ada dalam persekitaran maya atau hibrid dan memahami perkara yang sedang berlaku pada sesuatu masa tertentu. Jadual acara yang lengkap dipaparkan pada satu halaman dan mudah diteroka, disertakan dengan panel sisi global yang menambahkan pengalaman keseluruhan dengan memupuk maklumat yang berkaitan bergantung pada bahagian acara yang ditonton oleh peserta. Peserta kemudiannya boleh menapis sesi siaran langsung atau mencari ceramah yang khusus berdasarkan minat mereka.
Keseluruhan acara Hubilo boleh distrim dengan mudah melalui aplikasi mudah alih, sama seperti apa yang boleh dilakukan pada komputer riba anda. Ini termasuklah semua aktiviti, seperti memasuki sesi atau reruai pameran, mendapatkan tempat duduk di ruang istirahat rangkaian, mengambil bahagian dalam undian, permainan, Soal Jawab atau berinteraksi dengan rakan peserta. Dalam format hibrid, aplikasi ini akan bertindak sebagai pendaya utama dalam menghubungkan peserta luar talian dan dalam talian.
Hubilo mempunyai jejak yang semakin meningkat di Asia Pasifik berserta dengan India, dengan kira-kira 20% pelanggan dari rantau APAC. Pelanggan India meliputi pelbagai sektor, dari gedung media dan syarikat acara hinggalah ke persatuan rundingan dan perdagangan. Antara pelanggan Hubilo di India termasuklah AWS, Siemens, Infosys, Whatfix dan Walmart.
Untuk menjadualkan demonstrasi bagi platform Hubilo, sila layari https://hubilo.com/request-a-demo/.
Mengenai Hubilo Technologies Inc:
Hubilo ialah platform acara maya + hibrid yang dibina untuk kecemerlangan interaksi dan acara. Misi Hubilo yang paling utama adalah untuk memacu penglibatan, dan sehubungan dengan itu memberikan hasil perniagaan yang lebih baik. Penglibatan dalam pengalaman anda yang mendalam, digabungkan dengan pasukan kejayaan pelanggan sepenuh masa kami yang proaktif, dapat memastikan setiap acara pada platform Hubilo dilaksanakan dengan sempurna setiap masa. Hubilo beribu pejabat di San Francisco di AS, dengan pejabat di London, UK dan Bengaluru, India dan pelanggan di Amerika Syarikat, Eropah, APAC, Timur Tengah dan Afrika. 500 lebih pelanggan Hubilo termasuklah nama-nama seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Roche, Informa Markets, Tech in Asia, Fortune, AWS, Siemens, Cognizant, GITEX, Infosys, Coca-Cola, Deloitte, SAP, Whatfix, Word Press, Universiti Oxford dan banyak lagi. Di bawah pimpinan Pengasas Vaibhav Jain dan Mayank Agarwal, Hubilo ditubuhkan pada tahun 2015, dan pada tahun 2020, dalam masa kurang setahun telah mengumpul dana permulaan sekitar $4.5 juta, dan pusingan Siri "A" bernilai $23.5 juta daripada firma Modal Usaha Niaga yang terkemuka seperti Lightspeed Venture Partners dan Balderton Capital, selain beberapa pelabur budiman (angel investor) terkenal.