omniture

IWBI Umum WELL Performance Rating Baharu yang Fokus kepada Penggunaan Dinamik Metrik Prestasi Bangunan dan Manusia bagi Meningkatkan Pengalaman Penghuni

International WELL Building Institute
2021-07-16 18:51 183

Carrier, Honeywell, Johnson Controls, Schneider Electric, SGS, Trane Technologies dan para pakar serta pemimpin industri bertaraf dunia lain bekerjasama dengan IWBI bagi membangun dan melancarkan penilaian baharu ini 

NEW YORK, 16 Julai 2021 /PRNewswire/-- International WELL Building Institute (IWBI) hari ini mengumumkan pelancaran WELL Performance Rating (Penilaian Prestasi WELL) yang bakal dilancarkan iaitu suatu gelaran baharu yang menghargai pemilik dan pengendali bangunan kerana menggunakan metrik prestasi bangunan dan manusia yang disahkan dan boleh diukur bagi memperoleh pemahaman tentang kesihatan dan kesejahteraan penghuni bangunan serta memperbaiki persekitaran mereka berdasarkan pemahaman tersebut. Penilaian ini akan menggunakan ciri-ciri WELL Building Standard (WELL) atau Standard Bangunan WELL berserta laluan dan ciri-ciri terkini baharu yang akan dimaklumkan oleh Penasihat Prestasi IWBI, WELL Performance Testing Organisation (PTO) (Organisasi Ujian Prestasi WELL) serta beberapa syarikat peneraju industri dalam teknologi pembinaan pintar.  

"Industri ini telah mencapai kejayaan dalam memanfaatkan metrik prestasi bangunan berasaskan alam sekitar di lokasi – contohnya, penggunaan tenaga dan air – tetapi kami perlu menggabungkan petunjuk mesra alam ini dengan metrik prestasi kesihatan bagi mendapatkan pilihan yang seimbang antara kesihatan planet dan manusia," kata Rachel Hodgdon, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif IWBI. "Dengan adanya pelbagai rakan kongsi, penasihat dan penyumbang lain yang hebat, kami yakin bahawa penilaian baharu ini akan mengungkap dan mempercepat penggunaan pendekatan yang lebih bersepadu dan pintar dalam memperbaiki dan meningkatkan kesejahteraan dan prestasi."

WELL Performance Rating ini akan merangkumi ciri-ciri WELL yang menyeru campur tangan kepemimpinan tertentu berkaitan kualiti udara dan air, kesesuaian haba, akustik, pencahayaan dan pengalaman penghuni bagi membantu projek mengguna pakai data kuantitatif dan kualitatif untuk mengesan, memantau dan meningkatkan prestasi bangunan serta penghuni di dalamnya. Rangkaian global IWBI dengan 42 buah Organisasi Ujian Prestasi WELL, ahli organisasi IWBI dan komunitinya yang luas dengan lebih 18,000 orang Profesional Bertauliah WELL (WELL AP) serta peserta yang mengikuti kursus kelayakan WELL AP di lebih 100 buah negara, akan membantu pelanggan dalam usaha mendapatkan WELL Performance Rating.

Gelaran baharu ini akan ditambah ke dalam rangkaian penilaian WELL yang semakin berkembang merangkumi WELL Health-Safety Rating (Penilaian Kesihatan-Keselamatan WELL) dan WELL Health Equity Rating (Penilaian Ekuiti Kesihatan WELL) yang bakal diperkenalkan. Setiap satunya boleh dicapai sebagai gelaran bebas atau sebagai suatu pencapaian dalam usaha mendapatkan Pentauliahan WELL pada kedudukan Gangsa, Perak, Emas atau Platinum. Bagi para peserta Portfolio WELL, pencapaian penilaian ini akan menyumbang kepada Skor WELL mereka.

Ahli IWBI yang menyumbang kepada pembangunan WELL Performance Rating ini termasuklah Aircuity,Carrier, CETEC, Cognian Technologies, Honeywell, Johnson Controls, Kaiterra, Lennox International, Schneider Electric, SGS, Thornton Tomasetti  dan Trane Technologies.

Pendapat peneraju industri tentang WELL Performance Rating:

"Sebagaimana WELL, kami telah sedia komited untuk mengambil pendekatan menyeluruh yang merangkumi spektrum penuh faktor-faktor yang mewujudkan bangunan yang sihat untuk diduduki, termasuk kualiti udara, keselamatan serta keadaan lain yang berfungsi seperti kesesuaian haba, pencahayaan, bunyi dan isu alam sekitar yang menyumbang kepada fungsi kognitif dan kesejahteraan yang lebih baik.  Kami telah menerajui industri HVAC serta bangunan sihat dan kini sedang mendapatkan pentauliahan di bawah standard WELL v2 yang ketat di ibu pejabat global kami. Carrier berbesar hati menyokong WELL Performance Rating yang akan memberi keyakinan kepada orang ramai untuk kembali ke tempat dan kebiasaan yang mereka gemar dan rindui." 

David Gitlin, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Carrier  

"Di Honeywell, kami tidak menanti masa depan, sebaliknya, kami membentuknya dengan mencipta penyelesaian bangunan inovatif yang memupuk dan meningkatkan kesejahteraan serta mengungkap pelbagai hasil yang positif. Melalui kerjasama dengan IWBI dalam membangunkan WELL Performance Rating ini, kami mengalu-alukan era baharu dalam bangunan berprestasi, menggalakkan bangunan sihat sambil mengawasi kesannya terhadap alam sekitar di samping turut mengilhamkan inovasi dan mendorong transformasi pasaran yang sekali gus meningkatkan kesejahteraan dan produktiviti penghuni yang sama pentingnya." 

Doug Wright, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Honeywell Building Technologies (HBT)  

"WELL Performance Rating ini akan mempercepatkan lagi permintaan terhadap bangunan yang lebih sihat. Selama lebih 135 tahun iaitu sejak kami mula mencipta termostat elektrik pertama, Johnson Controls telah menerajui teknologi inovatif dan lestari. Kami berbangga dapat bekerjasama dengan IWBI dalam menjayakan WELL Performance Rating ini menggunakan teknologi kami yang terbukti dan terkemuka dalam industri bagi memacu pemantauan berterusan bangunan sihat yang ditauliahkan oleh WELL seraya memperkasa pemilik bangunan dalam meningkatkan kecekapan operasi, memacu produktiviti dan memajukan kelestarian." 

George Oliver, Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Johnson Controls  

"Sambil kami mengorak langkah dalam memenuhi matlamat penyahkarbonan kesemua bangunan di seluruh dunia secara tegas dan strategik, kami turut berhasrat untuk merebut peluang yang ada dalam mengoptimumkan ruang bangunan demi kesihatan para penghuninya. Dengan memanfaatkan sains yang mendasari WELL serta pelancaran WELL Performance Rating hari ini, kami bersedia untuk menerajui pembaharuan dalam penciptaan bangunan masa depan dan terus menyampaikan misi berterusan Schneider Electric dalam merintis penyelesaian bersepadu menggunakan kehebatan pendigitalan bagi mencapai prestasi, kecekapan dan kebolehpercayaan tertinggi serta meningkatkan kesihatan para penghuni ." 

Jean-Pascal Tricoire, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif, Schneider Electric  

"Kini, orang ramai semakin memerlukan ruang dalaman yang lebih selamat, lebih sihat dan lebih cekap. Kami memberi tumpuan kepada membantu pemilik dan pengendali bangunan untuk menilai, mengurangkan dan memantau kualiti alam sekitar dalaman bagi memastikan kesejahteraan penghuni dan prestasi bangunan. WELL Performance Rating membantu mengesahkan langkah-langkah yang betul telah diambil supaya orang ramai dapat berkembang maju di dalam ruang yang menjadi tempat mereka tinggal, belajar, bekerja dan bermain."  

Dave Regnery, Ketua Pegawai Eksekutif Trane Technologies  

"Teknologi AI dan IoT melakukan yang terbaik apabila digunakan untuk meningkatkan pengalaman manusia. Kami berbangga dapat bekerjasama dengan IWBI melalui WELL Performance Rating ini ketika kami meningkatkan perkhidmatan untuk menggunakan penyelesaian berasaskan teknologi kami dalam menangani perubahan pada keperluan pasaran. Inisiatif ini menyokong perjalanan kami dalam usaha untuk menjadi syarikat dipacu data yang lebih lestari serta komitmen kami untuk menyediakan dunia yang lebih baik, lebih selamat dan lebih terhubung kepada semua pihak berkepentingan kami."

Frankie Ng, Ketua Pegawai Eksekutif SGS, Organisasi Ujian Prestasi WELL  

"IWBI telah memainkan peranan penting dalam memacu evolusi pembangunan kesihatan dan kesejahteraan penghuni bangunan, memperkukuh kekuatan saintifik dan matlamat yang mantap yang boleh diukur sebagai suatu cara untuk meningkatkan prestasi bangunan. WELL Performance Rating yang inovatif ini siap sedia untuk menjadi satu lagi instrumen yang menakjubkan." 

Adam Garnys, Perunding Utama Strategi dan Dr. Vyt Garnys, Pengarah Urusan & Perunding Utama, CETEC, Organisasi Ujian Prestasi WELL  

"Terdapat keperluan mendesak tentang cara kita membentuk, membimbing dan memupuk kemajuan prestasi bangunan untuk diselaraskan secara lebih baik dengan sains yang menyokong kesihatan manusia. Melalui pelancaran kolaboratif WELL Performance Rating, kami memperkukuh janji kami terhadap penyelesaian berasaskan bukti yang boleh digunakan bagi memacu peningkatan yang berterusan di seluruh metrik kesihatan utama yang membantu meningkatkan produktiviti, meningkatkan keselesaan dan menyokong kesejahteraan."

Liam Bates, Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kaiterra yang juga merupakan Penasihat Prestasi IWBI  

Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang WELL Performance Rating.

Tentang International WELL Building Institute
International WELL Building Institute (IWBI) ialah sebuah perbadanan manfaat awam dan organisasi terkemuka global yang fokus terhadap memajukan budaya kesihatan global melalui bangunan baharu yang dihuni orang ramai. IWBI menggerakkan komunitinya melalui pentadbiran WELL Building Standard (WELL) dan WELL Health-Safety Building, pengurusan kelayakan WELL AP, pembangunan penyelidikan berkaitan serta pembangunan sumber pendidikan dan sokongan terhadap dasar yang menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan di serata tempat. Maklumat lanjut tentang WELL boleh didapati di sini.

International WELL Building Institute, IWBI, WELL Building Standard, WELL v2, WELL Certified, WELL AP, WELL Portfolio, WELL Portfolio Score, WELL Conference, We Are WELL, WELL Community Standard, WELL Health-Safety Rating, WELL Health-Safety Rated, WELL Health-Equity, WELL Performance Rating, WELL dan lain-lain serta logo mereka adalah tanda dagangan atau pentauliahan International WELL Building Institute pbc di Amerika Syarikat dan negara-negara lain. 

Hubungan akhbar:
media@wellcertified.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1574088/International_WELL_Building_Institute_Logo.jpg?p=medium600 

 

Source: International WELL Building Institute
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Environmental Products & Services Household/Consumer/Cosmetics HVAC New products/services Data Analytics