omniture

SI Group Menandatangani Perjanjian Untuk Menjual Perniagaan Resin Perindustrian kepada ASK Chemicals

SI Group
2021-07-25 22:17 88

Perjanjian Merangkumi Produk, Teknologi dan Aset Pembuatan di Brazil, India & Afrika Selatan

SCHENECTADY, N.Y., 25 Julai 2021 /PRNewswire/ -- SI Group, sebuah syarikat bahan tambah berprestasi yang terkemuka, hari ini mengumumkan rancangan untuk melengkapkan satu perjanjian untuk menjual sebahagian besar perniagaan Resin Perindustrian globalnya kepada ASK Chemicals, sebuah syarikat portfolio bagi firma ekuiti swasta, Rhône Group, LLC

Urus niaga ini merangkumi produk Resin Perindustrian SI Group dan tapak pembuatan yang berkaitan di Rio Claro, Brazil; Ranjangaon, India; dan Johannesburg, Afrika Selatan serta teknologi berlesen dan beberapa perjanjian bertol di seluruh dunia. ASK Chemicals yang beribu pejabat di Hilden, Jerman, merupakan peneraju pasaran dalam sektor bahan faundri dan mengeluarkan bahan pengikat, penyalut, penyuap, penapis, dan agen pelepas, serta produk metalurgi termasuk inokulan, wayar inokulasi dan aloi induk untuk penuangan besi.

"Kami tetap yakin bahawa ini merupakan langkah strategik yang tepat untuk para pekerja dan perniagaan kami. ASK Chemicals terbukti mempunyai kepakaran industri yang akan menambah nilai yang signifikan dan akan terus menambah baik perniagaan ini," kata David Bradley, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif SI Group. "Perjanjian ini juga membolehkan kami menumpukan lebih perhatian kepada pembinaan dan pengembangan portfolio kami sebagai penjana bahan tambah berprestasi."

SI Group akan mengusahakan perniagaan yang berkaitan di tapak-tapak ini termasuk pembuatan Getah & Pelekat, Lapangan Minyak dan Surfaktan, serta produk Faundri di Brazil dan akan melaksanakan perjanjian bertol dengan ASK. Syarikat tersebut akan turut mengekalkan perniagaan Resin Perindustrian di A.S. dan China.

Tentang SI Group

SI Group ialah peneraju global dalam teknologi inovatif bahan tambah berprestasi, larutan proses, bahan farmaseutikal aktif dan bahan perantara kimia. Penyelesaian SI Group adalah penting untuk meningkatkan kualiti dan prestasi pelbagai barangan perindustrian dan pengguna dalam industri plastik, getah & pelekat, bahan bakar & pelincir, lapangan minyak, farmaseutikal dan resin perindustrian. Beribu pejabat di Schenectady, New York, tapak pembuatan global SI Group merangkumi 24 buah kemudahan di lima benua yang memberikan perkhidmatan kepada pelanggan di 90 buah negara dengan 2,800 orang pekerja di seluruh dunia. SI Group berinovasi dan mendorong perubahan untuk mewujudkan nilai dengan penekanan terhadap keselamatan, kimia dan hasil yang luar biasa. Ketahui lebih lanjut di www.siigroup.com.

Hubungan Media:
Joseph Grande
ph: + 1.413.684.2463
joe@jgrandecommunications.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/95496/si_group__inc__logo.jpg?p=medium600

Source: SI Group
Keywords: Chemical Acquisitions, mergers, takeovers