omniture

Keluarga Yang Guoqiang berada di kedudukan keempat pada Senarai Kedermawanan China Forbes 2021

Ini menandakan kali ke-13 keluarga ini telah dimasukkan ke dalam senarai
Country Garden Holdings
2021-07-27 03:05 2381

FOSHAN, China, 27 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Pengasas dan pengerusi Country Garden Yang Guaqiang dan keluarga beliau merupakan penderma sumbangan tunai amal yang keempat paling pemurah di China dalam tahun 2021 menurut  Senarai Kedermawanan China 2021 yang dikeluarkan oleh Forbes China pada 20 Julai, dengan pengasas serta keluarganya telah menyumbang sebanyak 2.38 bilion yuan (kira-kira US$357 juta). Ini merupakan kali ke-13 keluarga Yang telah dimasukkan ke dalam senarai tersebut, yang memperlihatkan sumbangan berterusan beliau terhadap usaha-usaha yang bermanfaat.

Di sepanjang 20+ tahun yang lalu, keluarga Yang Quoqiang, Country Garden Group dan Guangdong Guoqiang Public Welfare Foundation telah menyumbang dalam agregat melebihi 9 bilion yuan (kira-kira US$1.3 bilion) untuk pengurangan kemiskinan, pendidikan vokasional, pengajaran dan penyelidikan saintifik, membantu mengeluarkan lebih daripada 490,000 orang kurang bernasib baik dari kemiskinan.

Berdasarkan kepada kepercayaan bahawa pengetahuan boleh menukar takdir kita, ketiga-tiga entiti telah terlibat dalam pengurangan kemiskinan melalui sokongan mereka terhadap program pendidikan di sepanjang 24 tahun yang lalu.

Dalam tahun 1997, En. Yang telah menyumbang 1 juta yuan (kira-kira USD$150,000), separuh daripada jumlah kekayaan beliau pada waktu itu, untuk menubuhkan Program Geran Zhongming, satu usaha yang dirancang untuk membiayai pelajar-pelajar universiti yang kurang berkemampuan namun berprestasi luar biasa. Dalam tahun 2002, beliau sekali lagi memberi separuh daripada nilai bersih beliau (260 juta yuan (kira-kira US$39 juta)) untuk menubuhkan Sekolah Menengah Memorial Giohua, satu-satunya sekolah tinggi swasta di China yang menyediakan pendidikan dan penginapan percuma untuk pelajar yang memerlukan yang berasal dari seluruh pelosok negara untuk menyertai kurikulum tersebut.

Terutamanya, dengan pelancaran program geran ini, sekolah-sekolah dan acara-acara amal dalam sokongan pendidikan, beliau telah membantu menukar takdir lebih 100,000 pelajar kurang bernasib baik melalui pendidikan. Di samping itu, keluarga Yang Guoqiang telah melabur lebih daripada 1.1 bilion yuan (kira-kira US$165 juta) untuk menubuhkan Politeknik Country Garden Guangdong dan Sekolah Teknikal Vokasional Gansu Linxia Guoqiang, kedua-duanya menyediakan latihan kemahiran kepada pelajar yang kurang berkemampuan, dalam usaha untuk bukan hanya membantu memperluaskan kemudahan pendidikan vokasional malah juga memperdalamkan penglibatan syarikat dan organisasi di sebilangan besar industri ke dalam proses pendidikan.

Senarai Kedermawanan China Forbes 2021
Senarai Kedermawanan China Forbes 2021

"Saya pernah menjadi pelajar yang miskin. Saya mungkin tidak dapat menghabiskan sekolah tinggi tanpa geran daripada kerajaan," kata En. Yang. "Dasar reformasi dan keterbukaan kerajaan telah memberi saya peluang untuk menyumbang kepada masyarakat, dan saya telah menjadikan misi ini sebagai tanggungjawab peribadi."

Tatkala kekayaan keluarga Yang terus meningkat, keluarga ini, Country Garden Group dan Guangdong Guoqiang Public Welfare Foundation telah memperdalamkan usaha mereka dalam membasmi kemiskinan dengan pelancaran projek-projek untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik di 57 daerah di seluruh 16 wilayah. Di samping itu, mereka sedang meneroka model yang dapat direplika, berkesan dan lestari untuk mengurangkan kemiskinan dengan menyediakan bantuan bersasar dalam hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan dan pekerjaan, serta membantu melibatkan dunia korporat dalam usaha-usaha ini dan bekerjasama dengan Parti untuk melaksanakannya. Memanfaatkan kejayaannya dalam pembasmian kemiskinan, Country Garden Group telah mengalihkan tumpuannya ke arah penggiatan luar bandar, dengan matlamat untuk mewujudkan model yang berkesan yang melibatkan perniagaan serta organisasi dan yang mempromosi pemupukan individu yang berbakat. Model ini juga membantu pemahaman yang lebih baik terhadap kepentingan budaya dan ekologi sambil membuka laluan yang mana perusahaan swasta dapat melakukan bahagiannya untuk membantu menggiatkan kawasan luar bandar.

En. Yang memeriksa projek pembasmian kemiskinan di Daerah Berautonomi Mabian Yi, Wilayah Sichuan
En. Yang memeriksa projek pembasmian kemiskinan di Daerah Berautonomi Mabian Yi, Wilayah Sichuan

Dalam bulan Februari 2021, En. yang telah dianugerah gelaran "Individu Maju Nasional dalam Pembasmian Kemiskinan" untuk sumbangan luar biasa beliau dalam mengurangkan kemiskinan. Ini susulan beliau memperoleh Anugerah Pembasmian Kemiskinan untuk Inovasi China dalam tahun 2015 dan Anugerah Pengurangan Kemiskinan Nasional untuk Sumbangan Luar Biasa dalam tahun 2016. Dalam tahun 2019, anak perempuan beliau, Yang Huiyan, yang juga merupakan pengerusi bersama Country Garden Group, telah dianugerahi dengan Anugerah Pengurangan Kemiskinan Nasional untuk Sumbangan Luar Biasa 2019 berikutan penerimaan Anugerah Amal untuk Sumbangan Istimewa China dalam tahun 2008 dan Anugerah Amal untuk Individu China dalam tahun 2018.

Source: Country Garden Holdings
Related Stocks:
HongKong:2007 OTC:CTRYY
Keywords: Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Corporate Social Responsibility