omniture

Perjanjian Kerjasama Baharu Shanghai Electric di WAIC 2021 Bersedia Naik Taraf dan Transformasikan Industri dengan Pemerkasaan Digital

Shanghai Electric
2021-07-27 17:15 161

SHANGHAI, 27 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Shanghai Electric ("Shanghai Electric" atau "Syarikat") (601727.SS dan 02727.HK) berkongsi pentas yang sama dengan syarikat-syarikat global untuk Persidangan Kecerdasan Industri di Persidangan Kecerdasan Buatan Dunia 2021 (WAIC 2021) di Shanghai baru-baru ini untuk membincangkan mengenai faedah-faedah kecerdasan industri dan transformasi digital. Festival teknologi berpangkalan di Shanghai setiap tahun itu menjemput pakar teknologi dan orang dalaman industri untuk berkongsi pandangan, analisis dan trend bagi memberi pencerahan mengenai topik-topik seperti kekal mendahului perubahan, menyokong industri dalam integrasi AI, membantu golongan elit dan pemimpin global membuat keputusan bermaklumat yang lebih baik dalam era yang ditakrifkan oleh teknologi digital yang semakin berkembang.


Di WAIC 2021, Shanghai Electric turut memeterai perjanjian perkongsian strategik dengan syarikat-syarikat yang terlibat dalam AI Investment Fund yang dilancarkan pada tahun 2019 sebagai sebahagian daripada inisiatif kerajaan perbandaran Shanghai untuk menyokong janji bandar tersebut bagi membina "ekosistem inovasi AI kelas pertama". Kerjasama berkenaan akan menyaksikan Shanghai Electric menyediakan penyelesaian digital bagi memudahkan penaiktarafan dan transformasi kilang pintar, taman industri dan institusi perubatan di Shanghai.

Semasa satu perbincangan panel Persidangan Kecerdasan Industri, Cik Yang Hong, Naib Presiden Shanghai Electric, berkata bahawa erti transformasi digital terletak pada potensinya yang besar dalam meningkatkan kecekapan dan kualiti produk serta mengurangkan perbelanjaan operasi. Beliau menegaskan bahawa transformasi digital merupakan penyelesaian terbaik untuk membantu industri-industri menghapuskan kekangan apabila menghadapi cabaran yang mendesak dari segi meminimumkan emisi dan bahan buangan, mengekalkan kos unit yang rendah di samping memastikan kesesuaian yang tinggi.

"Shanghai Electric memiliki sejarah yang panjang dalam menginovasi teknologi tenaga dan mencipta nilai yang signifikan untuk seluruh industri. Kami telah menyaksikan sendiri bagaimana kami melakar banyak kemajuan teknologi serba baharu dan melalui proses metamorfosis untuk menjadi perusahaan bertaraf dunia dengan kecemerlangan dan kesempurnaan sebagai tumpuan dalam misi dan visi kami," kata Yang Hong.

"Dunia industri sedang mengalami transformasi. Sebagai sebuah syarikat teknologi berfokuskan masa depan, Shanghai Electric menerima Internet Industri bagi mencipta penyelesaian digital baharu untuk membantu rakan kongsi kami merebut peluang masa depan. Dengan kembar digital, kecerdasan buatan dan teknologi data raya, Shanghai Electric menyasarkan untuk menaik taraf pengeluaran industri dalaman dalam usaha untuk memperbaiki penyelesaian kami untuk rakan kongsi kami, mewujudkan jalan pembangunan yang akan memperkasa masa depan seluruh industri tenaga," tambah beliau.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, usaha Shanghai Electric untuk memacu transformasi digital sektor tenaga ke hadapan telah meraih pelbagai pencapaian. Pada Jun 2021, syarikat ini ditempatkan di kedudukan ke-9 dalam senarai syarikat-syarkat Cina TOP100 2021 yang mempromosikan Transformasi Digital China" dengan skor keseluruhan mencapai 85.42, menurut Internet Weekly, majalah yang diurus oleh Chinese Academy of Sciences. Platform Internet Industri Shanghai Electric SEunicloud kini telah digunakan secara meluas dalam bidang kuasa angin, turbin gas dan bidang tenaga yang lain.

Sejak pelancaran SEunicloud pada tahun 2019, platform tersebut telah bertambah baik melalui beberapa pengemaskinian. Pada penghujung tahun 2020, Shanghai Electric memperkenalkan SEunicloud 2.0 yang menampilkan penambahbaikan besar dari segi integrasi Kecerdasan Buatan (AI), Kecerdasan Perniagaan (BI) dan Kecerdasan Kreatif (CI). Versi 2.0 dilengkapi dengan modul data raya AI baharu yang berupaya untuk memaparkan nilai data dan menyediakan analisis perniagaan untuk pelbagai senario industri, digandingkan dengan modul BI yang dinaik taraf yang mendayakan pemprosesan data dan analisis pintar yang pantas dengan menavigasi melalui set data yang sangat besar.

Satu perjanjian telah dimeterai antara Shanghai Electric dan Siemens Energy pada Jun 2021, yang melaluinya gandingan tersebut akan melancarkan pemerkasaan tenaga pintar bagi menyokong pembangunan tenaga pintar di Shanghai. Terletak di Daerah Minhang, pusat tersebut akan memberi kuasa kepada stesen janakuasa tempatan, perusahaan bersaiz kecil dan sederhana dan komuniti dengan penyelesaian – seperti loji janakuasa pintar, O&E pintar, pembuatan pintar dan sistem pengurusan tenaga – yang bertujuan untuk meningkatkan transformasi digital Shanghai sambil mengurangkan jejak karbon bandar.

Source: Shanghai Electric
Related Stocks:
HongKong:2027 HongKong:2727 OTC:SIELY Shanghai:601727
Keywords: Electrical Utilities Internet Technology Mining/Metals Oil/Energy Telecommunications Utilities Contracts Licensing/marketing agreements Trade show news