omniture

FORTUNE Mengeluarkan Senarai Tahunan Fortune Global 500

FORTUNE Media
2021-08-02 16:00 36

Kedudukan Tahun 2021 Menampilkan 143 Syarikat China, 122 Syarikat Amerika Syarikat (AS) dan 53 Syarikat Jepun  

Walmart Mengekalkan Tempat Teratas selama 8 tahun berturut-turut

NEW YORK, 2 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Hari ini, FORTUNE mengumumkan FORTUNE Global 500 untuk tahun fiskal 2020 yang memberikan penarafan kepada syarikat-syarikat terbesar di dunia berdasarkan pendapatan. Walmart menduduki tempat teratas untuk tahun kelapan berturut-turut dan bagi kali ke-16 sejak 1995. Tanah Besar China (termasuk Hong Kong) sekali lagi mempunyai syarikat terbanyak dalam senarai tersebut, meningkat sebanyak 11 buah dari tahun lepas dengan jumlah 135 syarikat. Termasuk Taiwan, jumlah syarikat bagi negara Greater China ialah 143. AS menambah sebuah syarikat menjadikan jumlahnya 122 buah syarikat manakala Jepun kekal dengan sejumlah 53 buah syarikat. Syarikat-syarikat dalam senarai 2021 ini terletak di 220 buah bandar dan 31 buah negara di seluruh dunia. Pada tahun ini terdapat 23 Ketua Pegawai Eksekutif wanita dalam syarikat FORTUNE Global 500, pertambahan sembilan orang berbanding dengan tahun lalu.

The 2021 FORTUNE Global 500 Cover
The 2021 FORTUNE Global 500 Cover

Syarikat-syarikat FORTUNE Global 500 menjana jumlah pendapatan yang melebihi satu pertiga daripada KDNK dunia. Syarikat-syarikat ini menjana pendapatan sebanyak $31.7 trilion (turun 5%), dengan keuntungan bernilai $1.6 trilion (turun 20%) dan menggaji 69.7 juta orang di serata dunia.

Apple (No. 6) memperoleh keuntungan bersih sebanyak $57 bilion dan menjadi syarikat FORTUNE Global 500 yang paling menguntungkan pada tahun 2021 lantas menamatkan penguasaan syarikat Aramco dari Arab Saudi (No. 14) selama dua tahun.

Menyentuh tentang kedudukan tahun 2021, Editor Senarai FORTUNE, Scott DeCarlo berkata, "Perubahan radikal yang berlaku semasa pandemik ini akan mempunyai kesan jangka panjang kepada perniagaan di seluruh dunia. Dengan menggunakannya sebagai pemangkin, Global 500 menunjukkan kepada dunia cara untuk menyesuaikan, berkembang dan mencipta semula keupayaan syarikat mereka. Global 500 membayangkan dunia yang semakin cepat kita tinggalkan dan juga sebagai panduan kepada persekitaran baharu yang mula terbentuk."

SENARAI 10 TERBAIK FORTUNE GLOBAL 500:  

  1. Walmart (AS)   
  2. State Grid (China)
  3. Amazon.com (AS) 
  4. China National Petroleum (China)   
  5. Sinopec (China)  
  6. Apple (AS) 
  7. CVS Health (AS)
  8. UnitedHealth Group (AS)  
  9. Toyota Motor (Jepun)  
  10. Volkswagen (Jerman)  

Lihat kedudukan lengkap di sini atau di www.fortunechina.com 

Terokai gambaran data tentang sejarah Global 500. 

Dalam prakata beliau dalam keluaran Ogos/September 2021, Pemangku Ketua Editor FORTUNE, Brian O'Keefe menulis: "Kedudukan tahunan syarikat terbesar di dunia berdasarkan pendapatan kekal sebagai kad skor kejayaan perniagaan yang utama. Dengan mengambil kira bahawa walaupun terdapat kesan akibat pandemik, syarikat-syarikat dalam senarai tersebut mampu menjana pendapatan sebanyak $31.7 trilion pada tahun lalu yang bersamaan dengan satu pertiga daripada KDNK global. Namun, krisis COVID-19 juga terbukti sebagai detik perubahan transformasi bagi syarikat-syarikat terbesar di dunia, dengan 45 syarikat baharu menyertai senarai tersebut."

Syarikat-syarikat diberikan penarafan berdasarkan jumlah pendapatan untuk tahun fiskal masing-masing yang berakhir pada atau sebelum 31 Mac 2021.  Semua syarikat dalam senarai ini hendaklah menerbitkan data kewangan dan melaporkan sebahagian atau semua perangkaan mereka kepada agensi kerajaan. Angka adalah seperti yang dilaporkan, dan perbandingan dibuat dengan angka asal yang dikemukakan pada tahun sebelumnya.  

Tentang FORTUNE   
FORTUNE mendorong perbincangan mengenai perniagaan. Melalui perspektif global, bimbingan arif berpandukan sejarah dan kecekalan menuju masa depan, kami melaporkan dan mendedahkan kisah-kisah yang penting pada hari ini dan menjadi lebih mustahak pada kemudian hari. Menerusi kuasa yang dipercayai untuk menyatukan dan mencabar mereka yang membentuk industri, perdagangan dan masyarakat di seluruh dunia, FORTUNE menyinari laluan dan memberikan kelengkapan kepada pemimpin global demi menjadikan perniagaan mereka lebih baik. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.fortune.com.   

Hubungan Media: Alison Klooster 
+1-646-437-6613 
Alison.klooster@fortune.com 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1584491/fortune_g500.jpg?p=medium600

 

Source: FORTUNE Media
Keywords: Banking/Financial Service Household/Consumer/Cosmetics Magazines Publishing/Information Service Awards Sales reports Survey, Polls & Research