omniture

UPM Tandatangani Perjanjian Pembangunan Bersama dengan Renmatix dalam Biokimia

Renmatix
2013-06-12 02:29 183

-- Kolaborasi strategik bagi menukar stok suapan lignoselulosa menjadi gula dengan kos berdaya saing

HELSINKI, 12 Jun 2013 /PRNewswire/ -- UPM (OMX: UPM1V) dan Renmatix, Inc., telah memeterai satu perjanjian tidak eksklusif pembangunan bersama (JDA) dalam bidang biokimia. Di bawah terma-terma JDA ini kedua-dua syarikat akan membangunkan lagi proses Plantrose™ Renmatix berasaskan air bagi menukarkan biojisim berkayu menjadi perantara gula berkos rendah untuk pemprosesan hiliran seterusnya menjadi bahan biokimia.  Menawarkan alternatif bio dengan kos yang berdaya saing untuk bahan petrokimia terpilih pada skala industri adalah matlamat jangka panjang inisiatif ini.

"Kami sangat teruja dengan usaha kerjasama ini. Ia menggabungkan kecekapan teras UPM dalam penyumberan mapan dan pemprosesan kayu perindustrian yang cekap, dengan teknologi penukaran Renmatix yang unik," kata Michael Duetsch, Pengarah Bahan Biokimia di UPM. "Akses kepada gula lignoselulosa generasi kedua melalui sebuah proses yang hampir tidak menggunakan langsung bahan pakai habis adalah faktor penting dalam daya tarikan teknologi Plantrose."

Proses Plantrose menggunakan air pada suhu dan tekanan yang sangat tinggi untuk menguraikan biojisim melalui hidrolisis superkritikal. Di bawah keadaan seperti itu, air boleh bertindak sebagai pelarut dan mangkin yang kuat, lalu menghasilkan reaksi pantas.

"Kami percaya pendekatan rintis ini membawa kepada faedah kos sebenar berbanding kaedah konvensional. Perhubungan kami yang semakin rapat dengan UPM memberi Renmatix peluang untuk menyokong mereka memperluaskan kisah Biofore," kata Mike Hamilton, Ketua Pegawai Eksekutif Renmatix. "Renmatix, sebagai penyedia teknologi yang berpangkalan di AS, berbangga apabila dapat bekerjasama dengan syarikat-syarikat global di seluruh rantaian bio-nilai yang baharu muncul. Ia memperkuatkan lagi permintaan perlesenan teknologi Plantrose sebagai jejambat antara sumber mampan biojisim huluan, dan pemprosesan hiliran untuk bahan biokimia dan bahan api."

"Perjanjian pembangunan bersama Renmatix adalah satu lagi peristiwa penting dalam perlaksanaan strategi bahan biokimia kami dan wawasan Biofore UPM. Kerjasama ini mengukuhkan lagi kedudukan kami sebagai pendahulu dalam penyepaduan berpandu inovasi untuk industri bio dan perhutanan," tambah Juuso Konttinen, Naib Presiden UPM.

UPM memacu penyepaduan industri bio dan perhutanan kearah masa hadapan baharu yang mampan dan dipandu inovasi. Produk-produk kami diperbuat daripada bahan mentah boleh diperbaharui dan boleh dikitar semula. UPM terdiri daripada tiga Kumpulan Perniagaan: Tenaga dan Pulpa, Kertas dan Bahan Tereka Bentuk. Kumpulan itu mempunyai kira-kira 22,000 orang kakitangan. UPM berada dalam 67 buah negara dan mempunyai unit penghasilan dalam 17 buah negara, Jualan tahunan UPM melebihi EUR 10 bilion. Saham UPM disenaraikan di Bursa Saham Helsinki. UPM – Syarikat Biofore – www.upm.com

Perniagaan dan Pembangunan Baharu UPM (NBD) adalah bahagian penting untuk pembaharuan UPM dan strategi Biofore. Objektif NBD adalah untuk menyediakan nilai tambahan kepada bahan mentah kayu boleh diperbaharui dengan membangunkan idea menjadi produk dan perniagaan baharu. Projek-projek penting adalah biokomposit, biofibril dan biokimia.

Renmatix adalah pengeluar utama gula selulosa, sejenis stok suapan pemboleh untuk alternatif petroleum yang digunakan dalam pasaran biokimia dan bahan api bio sedunia. Proses Plantrose™ milik syarikat itu mencabar ekonomi gula konvensional dengan menukarkan biojisim selulosa dengan kos yang murah – daripada bahan buangan kayu ke bahan lebihan pertanian – menjadi gula berguna dengan kos yang berdaya saing. Teknologi hidrolisis superkritikal Renmatix menguraikan biojisim bukan makanan dalam satu magnitud lebih pantas berbanding proses-proses lain dan mempertingkatkan faedah kosnya dengan tidak menggunakan bahan pakai habis yang banyak. Renmatix adalah pegangan swasta, dengan operasi di Georgia (AS) yang kini mampu menukarkan tiga tan kering biojisim selulosa menjadi gula Plantrose® setiap hari, dan sebuah pusat teknikal bertaraf dunia di Pennsylvania (AS). www.renmatix.com

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Michael Duetsch, Pengarah, Bahan Biokimia, UPM, +49.821.310.9130 (Bahasa Jerman, Bahasa Inggeris)
Juuso Konttinen, Naib Presiden, Perniagaan dan Pembangunan Baharu, UPM, +358.40.531.7405 (Bahasa Finland, Bahasa Inggeris)
Duncan Cross, Pengarah, Pemasaran, Renmatix, +484.751.4000 (Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis)
Tim Brown, Naib Presiden, Strategi Korporat, Renmatix, businessdevelopment@renmatix.com

UPM, Komunikasi Korporat
Meja Media, +358.40.588.3284
media@upm.com
www.twitter.com/UPM_News

Renmatix, Pertanyaan Media
Katie Struble, +415.977.1928
renmatix@antennagroup.com
www.twitter.com/renmatix

 

Source: Renmatix
Related Links:
Keywords: Biotechnology Chemical Environmental Products & Services Paper/Forest Products/Containers Contracts