omniture

Orang Kaya Baru Asia Mencari 'Hiburan Beli-Belah'

Value Retail PLC
2013-06-12 02:35 159

LONDON, 12 Jun 2013 /PRNewswire/ --

Kesimpulan daripada Perbincangan Meja Bulat 'Temui Pemburu Pengalaman' di ITLM oleh Chic Outlet Shopping®

"Pembeli China kini semakin sofistikated dan bukan lagi hanya berminat dalam jenama sahaja, tetapi mencari pengalaman unik," kata Chris Cabot, presiden Value Retail China. Syarikat itu menganjurkan sebuah acara meja bulat, 'Temui Pemburu Pengalaman', di ITLM Asia di Shanghai pada 5 Jun, di mana Chris merupakan salah seorang daripada empat orang penceramah. Acara  itu dirancang bagi meneroka jiwa pengguna pelancong mewah Asia dan menyentuh tema termasuk barangan mewah dan pelancongan dan bagaimana mahu menggabungkan kedua-duanya, ketulenan dan sumber asal serta 'hiburan beli-belah'.

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:

http://www.multivu.com/mnr/61914-newly-wealthy-asians-seeking-retail-tainment

Value Retail adalah pencipta dan pengendali Perkampungan Chic Outlet Shopping®, sebuah konsep unik dalam outlet membeli-belah dan satu-satunya syarikat yang mengkhusus secara eksklusif dalam pembangunan dan operasi perkampungan outlet membeli-belah mewah. Sembilan kampung yang ada di seluruh Eropah menawarkan rangkaian penuh perkhidmatan hospitaliti termasuk Pusat Menyambut Tetamu, hos berbilang bahasa, Lounge VIP, pembeli-belah peribadi, pengalaman membeli-belah bebas pegang 'beli dan tinggal' serta sebuah perkhidmatan pemandu.

Seperti yang diterangkan oleh Chris Cabot, syarikat itu percaya sebahagian sebab pertumbuhan 34% dalam jualan bebas cukai pada suku pertama tahun ini berbanding dengan tempoh masa yang sama pada tahun 2012 adalah kerana syarikat itu memenuhi permintaan tinggi daripada pelancong antarabangsa untuk 'pengalaman membeli-belah': Perkampungan itu sendiri boleh dianggap sebagai sebuah destinasi pelancongan, menyediakan persiaran sepenuh hari untuk 'hiburan membeli-belah'. Pengalaman yang dialami membawa pelancong Antarabangsa kembali mengunjungi kami berulang-ulang kali."

Chic Outlet Shopping® dipamerkan di ILTM Asia buat kali pertama tahun ini. Acara meja bulat itu turut membariskan tiga lagi penceramah, yang telah menyimpulkan bahawa:-

  • Pengulas  -

YING SHEA- Ketua Pegawai Pembangunan, Perniagaan Mewah, Kumpulan SK

"Saya gembira melihat kemajuan pesat dalam pasaran mewah China. Mula-mula, orang ramai cenderung untuk membeli jenama dan logo terkemuka sebagai simbol kemewahan dan kejayaan mereka, namun apabila mereka sudah melepasi tahap itu, lama-kelamaan mereka akan mencari sesuatu yang baharu, iaitu pengalaman yang bernilai."

  • Pengembara -

ALFRED CHANG, Naib Presiden, Pakar Pelancongan Kumpulan Kuoni

"Orang China yang kaya mahu diri mereka dikenali. Selain membeli-belah untuk barangan cantik, mereka mahu diiktiraf oleh orang lain dan standard perkhidmatan berkualiti tinggi. Kini, lebih ramai pengguna China juga berharap dapat diperkayakan dengan pengalaman membeli-belah,termasuklah pengalaman membeli-belah peribadi."

  • Pengguna dan Jenama  -  

DANIEL WANG, Editor Urusan dan Pengarah Rencana, Madame Figaro China

"Godaan produk-produk mewah bukan hanya kerana rekaan atau rupanya tetapi juga peluang untuk memenuhi sebuah impian. Pengguna China sedang mengalami budaya ini, nilai impian dan sebuah gaya hidup yang diberikan oleh barangan mewah yang mereka beli."

Perbelanjaan purata oleh seorang pembeli China di seluruh Sembilan kampung Chic Outlet Shopping® adalah €347, yang tertinggi dalam mana-mana pasarannya. Pengunjung China ke Perkampungan itu merangkumi hampir satu pertiga (33%) daripada jualan bebas cukai dalam tiga bulan pertama tahun 2013, membelanjakan sebanyak €30 juta, sebuah peningkatan sebanyak 49% berbanding jualan tiga bulan pertama tahun sebelumnya. Pasaran-pasaran tertinggi lain untuk jualan bebas cukai di Perkampungan itu adalah Rusia (14%), Timur Tengah (12%) dan Asia Tenggara (11%). Pengunjung antarabangsa secara puratanya membelanjakan sebanyak €309 setiap kali lawatan.

Chic Outlet Shopping® telah melancarkan sebuah Gerbang Chic Travel dalam talian untuk perdagangan pelancongan dan pasaran MICE bagi mencipta dan membeli jadual perjalanan pelancongan yang ditempah khas dengan rakan-rakan kongsi tempatan, serta produk-produk Chic Outlet Shopping®. Pakej-pakej asas disediakan di seluruh Koleksi Perkampungan daripada hanya €44 dan ini termasuklah pengangkutan kembali dari pusat bandar terdekat dengan perkhidmatan koc mewah Shopping Express™, sebuah Kad Hadiah, sebuah Kad VIP yang memberikan pengurangan tambahan sebanyak 10% lagi untuk butik-butik terpilih, makan tengah hari di salah sebuah restoran Perkampungan itu, dan banyak lagi. Chic Outlet Shopping® mempunyai lebih daripada 150 rakan-rakan kongsi, yang bakal memberi faedah pada perdagangan pelancongan dan ditawarkan kepada klien mereka.

Mengenai Chic Outlet Shopping®

Chic Outlet Shopping® adalah Koleksi Perkampungan outlet mewah oleh Value Retail, satu-satunya syarikat yang mengkhusus secara eksklusif pembangunan dan operasi perkampungan beli-belah outlet mewah. Kini menempatkan lebih daripada 900 buah butik, sembilan Perkampungan itu menawarkan koleksi tulen jenama-jenama mewah fesyen dan gaya hidup utama dari musim sebelumnya dengan penjimatan sehingga 60% dan kadang-kadang lebih lagi, berbanding harga jualan saranan, sepanjang tahun.

Terletak berhampiran beberapa bandar kemasukan kegemaran China dan Eropah - London, Dublin, Paris, Madrid, Barcelona, Milan, Bologna, Brussels, Antwerp, Cologne, Frankfurt, Munich dan, akan datang, Suzhou/Shanghai – Perkampungan itu telah sinonim dengan fesyen mewah, perkhidmatan dan hospitaliti unggul, acara-acara yang disambut sepanjang tahun, dan nilai hebat untuk wang. Terletak di kawasan yang dikenali daripada segi budaya dan sejarah, Perkampungan itu sendiri telah menjadi destinasi pelancong antarabangsa.

Usaha niaga baharu Value Retail untuk membawa Perkampungan Chic Outlet Shopping® yang tersendiri ke China bakal menampilkan Perkampungan pertamanya – Suzhou Village™ - dibina di Suzhou yang penuh bersejarah, 50 batu di barat Shanghai. Sama seperti ahli-ahli lain dalam Koleksi itu, Suzhou Village™ akan ditakrifkan dengan penawaran jenama-jenama fesyen dan gaya hidup mewah antarabangsa, bersama tahap perkhidmatan yang luar biasa.

Lagi mengenai Empat Penceramah Meja Bulat:

  • Pengalaman  -

CHRIS CABOT, Presiden Value Retail China

Cabot menyertai Value Retail pada tahun 2002 dan beliau telah memegang pelbagai jawatan termasuk Ketua Pegawai Operasi Value Retail Management di mana beliau bertanggungjawab membina sistem-sistem sofistikated dan prosedur-prosedur yang cekap. Sebagai Presiden Value Retail China, beliau bertanggungjawab untuk mengetuai perluasan ke negara China.

  • Pengulas  -

YING SHEA- Ketua Pegawai Pembangunan, Perniagaan Mewah, Kumpulan SK

Cik Ying Shea ialah Ketua Pegawai Pembangunan di Kumpulan SK. Beliau bertanggungjawab kepada pembangunan perniagaan dan pelaburan dalam perniagaan mewah. Cik Shea memiliki pemahaman mendalam mengenai ikutan perbelanjaan mewah di China dan telah membina rangkaian yang menyeluruh dengan pengguna barangan mewah dan penyedia perkhidmatan mewah.

  • Pengembara -

ALFRED CHANG, Naib Presiden, Pakar Pelancongan Kumpulan Kuoni

Alfred ialah Naib Presiden rantau di Kuoni Group Travel Expert, syarikat pelancongan berkumpulan utama dunia, yang bermula daripada Pengurusan Destinasi Kuoni yang sangat berjaya dan Agensi Pelancongan Gulliver (GTA). Alfred dan pakar-pakar destinasinya memberikan perkhidmatan menyeluruh yang berkaitan dengan pelancongan berkumpulan di seluruh Eropah, AS dan destinasi lain untuk agensi pelancongan seluruh China dan Hong Kong.

  • Pengguna dan Jenama  -  

DANIEL WANG, Editor Urusan dan Pengarah Rencana, Madame Figaro China

Daniel ialah pengkritik fesyen unik dan penulis blog fesyen dan juga seorang penulis berjaya. Sebelum menyertai Madame Figaro, beliau merupakan Pengarah Kreatif Yoka.com serta pengasas dan Ketua Editor untuk Yokamen.cn, kedua-duanya adalah gerbang fesyen dan gaya hidup arus perdana di China. Blog beliau mendapat tempat dalam senarai 10 blog teratas Sohu.com untuk dua tahun berturut-turut. Daniel telah menerbitkan tiga buku kritikan fesyen, setiap satunya adalah tajuk yang laris dijual dalam kategori fesyen di Amazon.cn. Peranan semasa beliau di Madame Figaro merangkumi penyeliaan bahan editorial keseluruhan sehingga perancangan rencana intensif.

Video: http://www.multivu.com/mnr/61914-newly-wealthy-asians-seeking-retail-tainment

Sumber: Value Retail PLC

Source: Value Retail PLC
Keywords: Leisure/Travel/Hotels Retail Travel Survey, Polls & Research