omniture

Pengurusan Pengedaran Elixir Mastek Menangi Anugerah XCelent Service 2013

Mastek Ltd.
2013-06-12 14:30 174

MUMBAI, India, 12 Jun 2013 /PRNewswire/ -- Mastek, sebuah syarikat penyelesaian IT dengan operasi global yang menyediakan penyelesaian teknologi baharu dan perusahaan berpandukan IP dengan tumpuan pada garis-garis tegak Insurans dan Kerajaan seluruh dunia, hari ini mengumumkan bahawa ia telah dianugerahkan dengan Anugerah XCelent Service 2013 dalam laporan Celent yang baru diterbitkan mengenai "Sistem Pengurusan Pengedaran Insurans Asia-Pasifik" 

Pengurusan Pengedaran Elixir Mastek diiktiraf dengan Anugerah XCelent Service 2013 sebagai penyelesaian utama dalam "Kedalaman Perkhidmatan". Celent banyak bergantung kepada penunjuk kualitatif yang diambil daripada kaji selidik rujukan klien bagi mengukur dimensi ini.

 "Kami mengucapkan tahniah kepada Mastek di atas Anugerah XCelent yang diterima untuk kedalaman perkhidmatan. 

Pengurusan Pengedaran Elixir adalah sebuah penyelesaian pengurusan pengedaran tertumpu dengan ciri-ciri pengurusan prestasi yang kukuh. Teknologi moden, antara muka yang mudah digunakan, penyepaduan lancar ke dalam enjin peraturan, dan gerbang khidmat kendiri ejen terbina dalam membuatkannya calon yang sesuai untuk penyiasatan syarikat insurans." komen Cik Wenli Yuan, juruanalisis Kumpulan Perkhidmatan Kewangan Celent dan penulis laporan itu.

"Kami berbesar hati menerima pengiktirafan Anugerah XCelent dan kami hargai penyelidikan dan wawasan berterusan Celent untuk pasaran insurans, yang membantu kami memahami apa yang dicari oleh syarikat insurans dengan lebih baik." kata Vidyesh Khanolkar, Ketua-Kerajaan, Asia-Pasifik, Mastek Ltd.

"Kami telah berusaha keras untuk sistem Pengurusan Pengedaran Elixir dan kami gembira para pelanggan kami sangat berpuas hati dengan apa yang kami tawarkan. Kami anggap anugerah seperti ini adalah pengiktirafan kemampuan Mastek untuk memenuhi keperluan pelanggan dengan mendengar dan bertindakbalas terhadap keperluan mereka" tambah En. Khanolkar.

Pengurusan Pengedaran Elixir (EDM) telah direka khas untuk menyokong keperluan dan memenuhi permintaan pembawa hari ini. EDM bukan sahaja memberikan pengayaan fungsi tetapi juga maju daripada segi aspek teknologi.

Mengenai Mastek:
Mastek adalah syarikat IT utama pegangan awam (NSE: MASTEK; BSE: 523704) dengan operasi global yang menyediakan penyelesaian perusahaan kepada kerajaan, organisasi insurans dan organisasi perkhidmatan kewangan seluruh dunia. Dengan kemudahan penyediaan luar pesisir utama yang bertapak di Mumbai, India, Mastek beroperasi di seluruh AS, Eropah dan rantau APAC.

Mengenai Celent:
Celent adalah sebuah firma juruanalisis industri utama yang tertumpu kepada aplikasi teknologi maklumat dalam industri perkhidmatan kewangan global. Dilancarkan pada November 2010 untuk mengiktiraf kecemerlangan vendor, Anugerah XCelent Celent direka bagi membantu institusi kewangan dan penyedia teknologi mengikuti perkembangan ikutan industri.

Hubungan media:
Sanjay Mudnaney/ Archika Srivastava
+91-22-2824-7745
sanjay.mudnaney@mastek.comArchika.srivastava@mastek.com

SUMBER  Mastek Ltd.

Source: Mastek Ltd.
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Awards