omniture

TAIGER siap sedia untuk pertumbuhan hiper dengan Presiden SAP APJ Stephen Watts turut serta sebagai Ketua Pegawai Operasi

TAIGER
2021-08-04 16:47 114

SINGAPURA, 4 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Syarikat AI yang berpangkalan di Singapura TAIGER hari ini mengumumkan veteran eksekutif teknologi Stephen Watts, telah menyertai syarikat sebagai Ketua Pegawai Operasinya.

Stephen Watts dari SAP menyertai TAIGER sebagai Ketua Pegawai Operasinya.
Stephen Watts dari SAP menyertai TAIGER sebagai Ketua Pegawai Operasinya.

Watts membawa kepimpinan global yang luas dalam perisian dan perkhidmatan kepada TAIGER. Beliau memegang rekod prestasi terbukti dalam memacu pertumbuhan transformatif dalam operasi peringkat awal dan global. Beliau berkhidmat sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Operasi SAP di seluruh Asia Pasifik Jepun dari tahun 2007 hingga 2013, memimpin pemecutan pendapatan besar syarikat kepada lebih €2.6Bilion setiap tahun sebelum memfokuskan minat beliau terhadap syarikat-syarikat peringkat awal dalam industri-industri teknologi perisian.

Pelantikan Steve merupakan gambaran yang jelas mengenai kesegeraan peluang yang diambil oleh TAIGER. "Steve ialah penggerak yang sangat luar biasa dalam industri teknologi. Kepimpinan dan visi operasi beliau mempercepatkan momentum kami dalam menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan kami dan sebagai rakan kongsi strategik yang mendayakan pertumbuhan secara meluas," kata Sinuhé Arroyo, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif TAIGER. "Kami mempunyai misi untuk mencapai pertumbuhan dan produktiviti lebih baik dalam setiap perusahaan global melalui A.I. hibrid. Penyertaan Steve dapat memberi bantuan yang mantap dan tepat pada masanya ketika kami mempercepatkan langkah kami di peringkat global."

TAIGER berada di Singapura, Madrid, Moscow, Dubai dan Mexico dengan lebih daripada 50 projek global dalam pelbagai industri. Pengumuman yang dibuat hari ini adalah berdasarkan pelantikan awal eksekutif IBM yang telah lama berkhidmat Bruno Di Leo ke dalam Lembaga Pengarah TAIGER ketika syarikat ini menggiatkan pencapaian kejayaannya dalam automasi proses misi kritikal dan kognitif dengan pemprosesan bahasa tabii dan teknologi AI hibrid.

"TAIGER mempunyai visi yang menarik dan keupayaan teknologi luas yang membawa peluang baharu kepada perniagaan dan agensi kerajaan di seluruh dunia, memperluaskan segmen pasaran yang kritikal dalam industri teknologi maklumat," kata Watts. "Pelanggan memanfaatkan penyelesaian TAIGER untuk mencipta semula proses perniagaan sebelum ini dan menyerlahkan nilai perniagaan pada masa sebenar. Saya teruja untuk menyertai pasukan yang hebat ini dalam perubahan pertumbuhan dan kejayaan pelanggan ini."

Latar Belakang TAIGER

TAIGER menyerlahkan pertumbuhan yang lebih baik untuk perusahaan dengan memberikan alat kepada mereka untuk mengautomasikan tugas-tugas kognitif yang kompleks dalam operasi hujung ke hujung. Platform AI hibridnya, Omnitive telah membantu bank-bank dan institusi-institusi kewangan global seperti Banco Santander serta Otkritie Bank dan pelbagai agensi kerajaan di Singapura mempercepatkan transformasi digital dan memaksimumkan ROI. Teknologi TAIGER diperakui oleh Infocomm Media Development Authority (IMDA) Singapura dan telah memenangi pelbagai anugerah dan pengiktirafan industri termasuk Gartner's Hype Cycle untuk Teknologi Bahasa Tabii dan Ontologi pada tahun 2020 dan penginovasi IDC dalam AI pada tahun 2019. TAIGER beribu pejabat di Singapura dan turut berada di Madrid, Dubai dan Bandar Raya Mexico.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.taiger.com atau ikuti kami @taiger di LinkedIn.

Hubungi:

Joshua Kwah
joshua.kwah@taiger.com
+65-9657-0242

Daniel Lee
daniel.lee@taiger.com
+65-9636-4943

Source: TAIGER
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Personnel announcements