omniture

Country Garden Daki ke Tangga ke-139 dalam Senarai FORTUNE Global 500 2021

Country Garden Holdings
2021-08-05 03:13 2489

FOSHAN, China, 5 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Senarai FORTUNE Global 500 yang terkini telahpun dikeluarkan pada 2 Ogos dengan jumlah syarikat Cina yang berada dalam senarai tersebut meningkat kepada 143, yang menunjukkan kevitalan ekonomi China yang mantap. Antaranya, pemaju hartanah China yang terkemuka Country Garden Holdings ("Country Garden") (02007.HK) terus menyaksikan kenaikan dalam kedudukannya, mendaki ke tangga ke-139.

Country Garden Holdings
Country Garden Holdings

Senarai FORTUNE mendedahkan bahawa pada tahun 2020, Country Garden telah mencapai pendapatan sebanyak US$67.08 bilion dan keuntungan sebanyak US$5.075 billion, menduduki tempat ke-139 di peringkat global, mendaki 328 anak tangga dari tempat ke-467 pada tahun 2017 apabila syarikat ini berada buat julung kalinya dalam senarai tersebut.

Fortune Global 500 List
Fortune Global 500 List

Sejak penampilan sulungnya dalam senarai FORTUNE Global 500 pada tahun 2017, Country Garden telah mendaki kedudukan selama lima tahun berturut-turut, menjadi syarikat berkembang terpantas dalam senarai ini pada tahun 2019 dan firma hartanah berkedudukan tertinggi pada tahun 2020. Pada tahun 2021, kedudukan Country Garden telah mencapai paras tinggi yang baharu, menyediakan bukti tersendiri mengenai kebangkitan firma milik persendirian China di persada dunia bersama-sama Tencent dan Huawei.

Sejak lima tahun yang lalu, bersama-sama pembangunan ekonomi dan urbanisasi berterusan China, Country Garden telah mengekalkan pertumbuhan yang mantap dan berkualiti tinggi dan dalam masa yang sama mengekalkan peranannya sebagai peneraju industri. Bagi tahun berakhir pada 31 Disember 2020, Kumpulan ini bersama-sama usaha sama dan rakan gabungannya mencapai jualan berkontrak yang boleh diagihkan kepada pemegang saham Syarikat yang bernilai kira-kira 570.66 bilion yuan (kira-kira US$88.4 bilion) dengan GFA jualan berkontrak yang boleh diagihkan kepada pemegang saham Syarikat mencecah kira-kira 67.33 juta meter persegi, memperlihatkan peningkatan masing-masing sebanyak 3.3% dan 8.0% berbanding tahun sebelumnya. Prestasi jualan terus menunjukkan trend menaik, mencapai paras tinggi yang baharu.

Selama bertahun-tahun, pertumbuhan Country Garden yang berterusan dan mantap menjadi ciri lambang syarikat.

Dari tahun 2016 hingga 2020, Country Garden menyaksikan kadar pertumbuhan kompaun sebanyak 25% dalam jualan berkontraknya yang boleh diagihkan kepada pemegang saham manakala kesemua petunjuk pendapatan teras yang lain turut meningkat dengan ketara. Sepanjang tempoh lima tahun, pendapatan meningkat daripada 153.09 bilion yuan (kira-kira US$23.7 bilion) kepada 462.9 bilion yuan (kira-kira US$71.7 bilion), meningkat 202.4%. Keuntungan bersih meningkat 296% daripada 13.66 bilion yuan (kira-kira US$2.1 bilion) kepada 54.1 bilion yuan (kira-kira US$8.4 bilion). Keuntungan bersih yang boleh diagihkan kepada pemegang saham meningkat daripada 11.516 bilion yuan (kira-kira US$1.8 bilion) kepada 36.02 bilion yuan (kira-kira US$5.6 bilion), meningkat 212.8%.

Nisbah leveraj merupakan salah satu yang terendah dalam industri ini. Pengembangan pesat operasi Country Garden digabungkan dengan kawalan hutang yang bijak merupakan rahsia pertumbuhan syarikat yang berterusan dan mantap.

Laporan kewangan Country Garden menunjukkan bahawa setakat 31 Disember 2020, jumlah hutang Kumpulan menurun sebanyak 11.7% kepada kira-kira 326.5 bilion yuan (kira-kira US$50.5 bilion) berbanding dengan 369.6 bilion yuan (kira-kira US$57.2 bilion) setakat 31 Disember 2019. Kos pinjaman purata berwajaran bagi jumlah hutang Kumpulan menurun sebanyak 78 mata asas kepada 5.56% berbanding setakat 31 Disember 2019. Di samping itu, nisbah penggearan bersih mencecah 55.6%, angka yang telah dikekalkan di bawah 70% selama bertahun-tahun.

"Country Garden ingin mencapai pembangunan yang berkualiti tinggi, stabil dan sihat," kata En. Mo Bin, Ketua Pegawai Eksekutif Country Garden Holdings. Berlatarbelakangkan dasar kawalan yang diketatkan secara beransur-ansur dalam sektor hartanah China, Mo menyatakan bahawa pasaran hartanah China akan menjadi semakin baik memandangkan usaha umum untuk mengekang spekulasi kekal tidak berubah. Tatkala pacuan urbanisasi China terus maju, persekitaran luaran adalah yang paling baik untuk Country Garden.

Tiga tahun yang lalu, Country Garden menerima pakai falsafah korporat yang mana apabila diringkaskan menjadi pepatah Cina bermaksud "Jalan dengan mantap dan melangkah lebih jauh" untuk menyelaraskan semua aspek dalam perancangan korporat. "Keselamatan dan kualiti merupakan keutamaan manakala kemajuan semua projek dirancang secara saintifik," tegas Mo. "Setiap pengarah wilayah kekal fokus terhadap wilayah di mana projek-projek mereka berada dan projek-projek itu sendiri, agar benar-benar dapat mencapai matlamat Reputasi-Diutamakan dan Jangka-Panjang."

Pelaksanaan beberapa langkah tadbir urus korporat dan reformasi berkisarkan falsafah "Jalan dengan mantap dan melangkah lebih jauh" membawa kepada pengoptimuman prestasi pengurusan Country Garden dan pembentukan kelebihan daya saing yang mantap dalam pasaran tahap ketiga dan keempat China. Saluran pemerolehan tanah yang dipelbagaikan dan peratusan tinggi pasukan jualan yang terbentuk secara bebas memastikan keuntungan masa depan Syarikat dan prestasi perniagaan yang mampan.

Country Garden telah dikaji semula secara positif oleh agensi-agensi penarafan kredit atas prestasi operasinya yang baik dan pengurusan kewangan yang cermat. Pada tahun 2020, Moody's menaikkan penarafan Country Garden sebagai penerbit dan ke atas bon tanpa cagaran senior kepada Baa3 gred-perindustrian manakala S&P Global Ratings meningkatkan prospek penarafan kredit penerbit jangka panjang Syarikat daripada "stabil" kepada "positif", meskipun dengan peningkatan ketidaktentuan pasaran pada tahun 2020 ekoran pandemik COVID-19.

Source: Country Garden Holdings
Related Stocks:
HongKong:2007 OTC:CTRYY
Keywords: Banking/Financial Service Construction/Building Real Estate Awards