omniture

Dataiku Kumpul $400J dengan Penilaian $4.6B Dayakan AI Setiap Hari dalam Perusahaan

Tiger Global terajui pusingan dengan penyertaan daripada ICONIQ Growth, CapitalG, Snowflake Ventures, Insight Partners, FirstMark Capital dan beberapa pelabur lain
Dataiku
2021-08-05 13:10 102

NEW YORK, 5 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Dataiku, platform yang terkemuka di dunia untuk AI Setiap Hari, hari ini mengumumkan pelaburan Siri E sebanyak $400J yang diterajui oleh Tiger Global, dengan penyertaan daripada beberapa pelabur sedia ada termasuk  ICONIQ Growth, CapitalG, FirstMark Capital, Battery Ventures, Snowflake Ventures dan Dawn Capital, serta pelabur-pelabur baharu, termasuk Insight Partners, Eurazeo, Lightrock dan Ketua Pegawai Eksekutif Datadog Olivier Pomel. Modal ini, yang menjadikan penilaian syarikat mencecah $4.6B, akan memperkasa misi Dataiku untuk mensistemkan penggunaan data demi hasil perniagaan yang luar biasa.

Dataiku, ditubuhkan pada tahun 2013, membolehkan lebih 450 syarikat di seluruh dunia memanfaatkan satu platform hujung-ke-hujung untuk mereka bentuk, menggunakan dan mengurus aplikasi AI serta analitik. Syarikat ini bertapak dengan kepercayaan bahawa sebarang syarikat dapat mencapai kemenangan dalam pasaran mereka melalui AI Setiap Hari. Dataiku juga memberi kemudahan menggunakan komponen prabina dan automasi di mana yang mungkin untuk menyelaraskan proses kerja serta pengurusan dan tadbir urus yang konsisten dalam pasukan dan projek untuk mencipta program AI dan analitik yang telus, berulang dan boleh diskalakan.

"Organisasi-organisasi yang menggunakan Dataiku mengangkat kakitangan mereka – sama ada teknikal dan bekerja dalam kod atau di sisi perniagaan dan kod rendah atau tanpa kod – ke tahap luar biasa, melengkapkan mereka dengan keupayaan untuk membuat keputusan sehari-hari dengan lebih baik menerusi data," kata Florian Douetteau, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Dataiku. "Pusingan pendanaan terkini ini merupakan bukti bahawa AI setiap hari merupakan masa depan dan kami gembira dapat membantu lebih banyak syarikat merealisasikan faedah-faedahnya."

"Kami melihat bahawa pelaksanaan strategi AI yang mana data merupakan sebahagian daripada operasi sehari-hari dapat memberi kesan yang besar kepada organisasi-organisasi merentas sektor dan saiz dan Dataiku berkedudukan baik untuk terus membantu perusahaan merealisasikan nilai berpotensi ini dengan adanya kekuatan teknologi dan juga pasukan mereka," kata John Curtius, Rakan Kongsi di Tiger Global. "Kami teruja dapat menjadi sebahagian daripada misi mereka untuk mensistemkan data dan AI melalui pelaburan berterusan kami."

"Snowflake dan Dataiku berkongsi visi untuk memudahkan dan mengukuhkan aliran kerja sains data dan menyerlahkan kuasa analitik termaju untuk perniagaan di mana-mana sahaja," kata Stefan Williams daripada Snowflake Ventures. "Sebagai rakan kongsi yang dipercayai, kami menggunakan penyelesaian bersama untuk berpuluh-puluh pelanggan bersama dan kami berbangga kerana dilaburkan secara agak literal dalam kejayaan masa depan mereka melalui Snowflake Ventures."

"Dataiku telah menjadi perintis dalam AI perusahaan sejak penubuhannya pada tahun 2013 apabila ia mula menerajui usaha untuk mendemokrasikan AI," kata Derek Zanutto, rakan kongsi umum di CapitalG. "Memandangkan syarikat-syarikat semakin bergantung pada AI untuk membantu mereka membuat keputusan harian menggunakan data, penawaran Dataiku menjadi semakin relevan dan mendesak untuk perusahaan di seluruh dunia."

"Kami benar-benar kagum dari segi bagaimana Dataiku memperkasa semua orang dalam perusahaan untuk memanfaatkan AI dan analitik data demi impak perniagaan," kata Teddie Wardi, Pengarah Urusan di Insight Partners. "Mereka telah menjalankan tugas yang cemerlang dalam menawarkan perkhidmatan kepada kumpulan pelanggan global yang semakin berkembang dan membantu mereka menggunakan data untuk segala-galanya bermula daripada transformasi strategik hinggalah keputusan perniagaan setiap hari. Kami tidak sabar-sabar untuk menantikan apa yang akan tiba untuk Dataiku."

Lebih daripada 450 syarikat di seluruh dunia menggunakan Dataiku untuk mensistemkan penggunaan data dan AI mereka, mendorong pelbagai keadaan penggunaan bermula daripada pengesanan penipuan kepada pencegahan kadar pulangan pelanggan, penyelenggaraan prediktif hinggalah pengoptimuman rantaian bekalan dan segala-galanya antara kedua-duanya. Dengan pusingan pendanaan ini, Dataiku terus berkembang menjadi peranannya sebagai peneraju pasaran yang kini menggaji lebih daripada 750 kakitangan di pejabat-pejabat seluruh dunia termasuk New York, Paris, London, Munich, Sydney dan Singapura.

Latar Belakang Dataiku

Dataiku ialah platform yang terkemuka di dunia untuk AI Setiap Hari, mensistemkan penggunaan data demi hasil perniagaan yang luar biasa. Lebih daripada 450 pelanggan dalam bidang perbankan, insurans, farmaseutikal, pembuatan, peruncitan dan banyak lagi menggunakan Dataiku untuk mengangkat kakitangan mereka ke tahap luar biasa, melengkapkan mereka dengan keupayaan untuk membuat keputusan sehari-hari yang lebih baik dengan data.

Dataiku ditubuhkan pada tahun 2013 dan telah mendapat pujian daripada penganalisis industri kerana menerajui usaha dalam pendemokrasian AI sejak itu. Paling terkini, syarikat ini mengumpul sebanyak $100 juta dalam pusingan pendanaan Siri D pada tahun 2020 dan memperluaskan pasukan menjadi lebih daripada 750 kakitangan di seluruh dunia. Dataiku disenaraikan dalam Forbes Cloud 100 pada tahun 2019 dan 2020 serta Forbes AI 50 pada tahun 2020 dan 2021. Silicon Republic menetapkan Dataiku sebagai salah satu daripada "7 syarikat pemula sains data yang mengubah AI dan analitik" pada lewat tahun 2020 manakala CB Insights menyenaraikan Dataiku ke dalam AI 100 2021 sebagai salah satu syarikat pemula yang paling inovatif. Dataiku tekal dimasukkan ke dalam senarai "syarikat terbaik untuk bekerja" termasuk senarai daripada Forbes and Inc.

Source: Dataiku
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Venture Capital Data Analytics