omniture

Wison Tandatangani Perjanjian Kerjasama Jangka Panjang dengan Foster Wheeler dan Clariant International bagi Melaksanakan Loji Pertama SNG di China

Wison Group
2013-06-13 13:00 144

SHANGHAI, 13 Jun 2013 /PRNewswire/ -- Wison Engineering Ltd. ("Wison Engineering"), kontraktor EPC kimia swasta terbesar di China mengumumkan hari ini bahawa mereka telah menandatangani sebuah perjanjian kerjasama dengan sebuah subsidiari dalam Kumpulan Kejuruteraan dan Pembinaan Foster Wheeler dan Clariant International AG ("Clariant") bagi membina sebuah loji pertama untuk mendemonstrasikan teknologi pengganti gas asli (SNG) VESTA Foster Wheeler. Loji pertama itu bakal dibina di China dan dijangka memulakan operasi semasa tahun 2013.

Di bawah perjanjian ini, Wison Engineering akan menyediakan khidmat kejuruteraan dan pembinaan, Foster Wheeler akan melesenkan teknologi itu, dan Clariant akan menyediakan mangkin yang dibangunkan sendiri. Loji itu akan dikendalikan oleh Wison Engineering. Perjanjian kerjasama itu juga menetapkan sebuah kerangka kerjasama jangka masa panjang bagi menyediakan dan membina loji-loji pemetanaan di China berasaskan teknologi VESTA.

Teknologi SNG VESTA Foster Wheeler adalah teknologi pemetanaan baharu bagi menghasilkan SNG daripada gas sintesis yang didapati daripada pengegasan kok arang atau petroleum. Teknologi VESTA ini adalah berdasarkan operasi sekali lalu tanpa peredaran semula tanpa memerlukan pemampat yang mahal. Teknologi ini berdasarkan suhu operasi maksimum sebanyak 550°C, mengelakkan sebarang pembentukan debu logam dan membolehkan reaktor lebih ringkas digunakan. Teknologi ini boleh dikendali menggunakan gas sintetik daripada mana-mana teknologi pengegasan komersil. Teknologi VESTA direka bagi membolehkan pengendalian ringkas dan selamat untuk dikendali dan dilaksanakan pada jumlah kos pelaburan yang rendah.

"Kami berbesar hati dapat mengumumkan perjanjian kerjasama dengan Clariant dan Wison Engineering," kata Umberto della Sala, presiden dan ketua pegawai operasi Foster Wheeler AG, "Dengan menumpukan kepada China, pasaran SNG terbesar di dunia, perjanjian ini adalah langkah pertama yang penting dalam menetapkan kemampuan kami untuk menumpukan perhatian kepada pasaran SNG global. "Foster Wheeler AG adalah sebuah syarikat kejuruteraan, pembinaan global dan pembekal peralatan berkuasa bagi memberikan fasiliti dan peralatan yang berteknologi maju dan diyakini kepada rangkaian industri yang luas di seluruh dunia.

Mangkin Clariant penting dalam membolehkan teknologi proses baharu dan pembaikan kelancaran menukarkan arang menjadi blok-blok binaan kimia dan petrokimia contohnya amonia, metanol dan olefin.  Stefan Heuser, Ketua Mangkin Unit Perniagaan Clariant menyatakan: "Teknologi SNG yang mengujakan ini menyediakan penyelesaian teroptimum bagi memperolehi tenaga bersih masa hadapan di China. Kami sangat gembira kerana dapat menjadikan Wison Engineering dengan reputasinya yang hebat dan pembangunan terbaharunya yang mengagumkan sebagai rakan kongsi kuat kami untuk menyertai Clariant dan Foster Wheeler di China."

Wison Engineering adalah salah satu daripada penyedia perkhidmatan EPC utama di China dengan pengalaman pelaksanaan projek penting dalam industri petrokimia dan penulenan minyak. Ia aktif memperluaskan tapaknya dalam segmen perniagaan arang ke bahan kimia pada tahun-tahun lepas. "Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Foster Wheeler dan Clariant. Dengan mempergunakan kepakaran global Foster Wheeler dan kekuatan teknologi serta inovasi kukuh Clariant dalam teknologi mangkin, kami akan terus membina kemampuan kami dalam sektor arang ke bahan kimia dan akan berada pada kedudukan yang sesuai bagi merebut peluang pasaran yang diingini dalam pasaran domestik dan luar negara," kata En. Liu Haijun, Naib Presiden Kanan Wison Engineering.

Wison Engineering (www.wison.com)

Wison Engineering dahulunya adalah penyedia perkhidmatan kejuruteraan kimia, pemerolehan dan pengurusan pembinaan ("EPC") sektor swasta terbesar di China dalam perkiraan hasil tahun 2011, seperti yang dianggarkan oleh CMAI (Shanghai) Limited, sebuah perunding industri bebas. Wison Engineering mengkhusus dalam pembekalan perkhidmatan pembinaan dan teknikal untuk pemasangan kejuruteraan dalam industri petrokimia, arang ke bahan kimia dan penulenan. Daripada perancangan projek dan perundingan hingga fasa rekaan, pemerolehan dan pembinaan dalam pengurusan projek, serta perkhidmatan permulaan dan operasi, ia memberikan penyelesaian sehenti kepada klien domestik dan asing.

SUMBER  Wison Group

Source: Wison Group
Keywords: Chemical Licensing/marketing agreements