omniture

GSMA Lancar Platform Data dan Analisis Baharu Industri Mudah Alih

GSMA
2013-06-13 17:39 116

-- 'Kecerdasan GSMA' Didedahkan Sebagai Sumber Utama Data dan Analisis Industri, Berkhidmat untuk Operator, Vendor, Industri Menegak dan Pengguna

LONDON, 13 Jun 2013 /PRNewswire/ -- GSMA hari ini melancarkan Kecerdasan GSMA, sebuah sumber data dan analisis baharu yang berkuasa untuk industri mudah alih. Gerbang dalam talian ini menyediakan set titik data paling menyeluruh dalam industri, meliputi setiap operator mudah alih dalam setiap negara seluruh dunia, bersama tinjauan pasaran yang dihasilkan oleh pasukan juruanalisa dan pakar industri yang berpengalaman. Gerbang Kecerdasan GSMA boleh didapati melalui https://gsmaintelligence.com

"Industri mudah alih adalah salah satu pasaran teknologi yang paling dinamik dan transformatif, berubahsuai pada kadar yang tidak pernah dilihat sebelum ini," kata Anne Bouverot, Ketua Pengarah GSMA. "Kedinamikan ini memberikan banyak peluang dan cabaran untuk para pemain seluruh ekosistem mudah alih dan GSMA berada dalam posisi yang unik bagi memberikan kecerdasan dan pemahaman yang diperlukan oleh organisasi-organisasi bagi memacu pertumbuhan dan inovasi masa hadapan. Kami teruja untuk menumpu kepada isu penting ini dengan pelancaran Kecerdasan GSMA hari ini."

"Kepintaran GSMA membolehkan GSMA menyokong penghasilan keputusan yang strategik dalam industri melalui pembekalan maklumat dan analisis pasaran yang boleh dipercayai," kata Hyunmi Yang, Ketua Pegawai Strategi GSMA. "Keperluan memiliki maklumat yang tepat dan relevan di hujung jari mereka adalah kritikal bagi pemimpin industri – platform Kecerdasan GSMA akan memenuhi keperluan ini, membuatkan data lebih difahami dan menonjolkan aliran yang paling penting untuk perniagaan mereka."

Kecerdasan GSMA menawarkan fungsi yang tersuai khas untuk semua pendokong dalam ekosistem mudah alih, termasuk operator telekom, vendor, pemain internet, industri menegak, kerajaan dan pengawal selia, serta institusi akademik. Ia juga menawarkan ciri-ciri 'guna secara percuma' baharu yang direka bagi menarik penglibatan berbilion pengguna mudah alih individu seluruh dunia.

Kecerdasan GSMA memusatkan kemampuan data dan analisis GSMA yang mendahului pasaran dalam satu platform tunggal. Ia terdiri daripada beberapa komponen:

  • Data & Ramalan: Kecerdasan GSMA menawarkan sumber sahih untuk data dan ramalan operator mudah alih, yang diperlukan oleh sebuah tapak pelanggan yang terdiri daripada lebih 800 operator mudah alih utama dunia, serta pemain lain yang penting industri. Set data ini adalah yang paling berwibawa, selalu digunakan sebagai penanda aras industri dan dipetik oleh media, dalam memberikan pandangan jangka panjang dalam industri. Dengan lebih 13 juta titik data individu (dikemas kini setiap hari), perkhidmatan ini perkhidmatan ini memberikan liputan prestasi untuk kesemua 1,140 operator dan 1,153 MVNO di seluruh 3,505 rangkaian, 65 kumpulan dan 236 buah negara di seluruh dunia.
  • Analisis dan Pemahaman: Pasukan penyelidikan Kecerdasan GSMA terdiri daripada juruanalisa industri yang terkemuka, pakar akademik dan pakar data, menghasilkan laporan kualitatif tetap bagi seluruh rangkaian topik industri yang bertindak menceritakan kisah di sebalik angka.
  • Mudah Alih untuk Kecerdasan Pembangunan: Sebuah gerbang terbuka yang menjejak impak ekonomi, persekitaran dan sosial penyelesaian mudah alih dalam dunia membangun. Penyelidikannya disasarkan untuk mengenalpasti dan memecut peluang pelaburan dalam pasaran baharu bagi menyokong pembangunan perkhidmatan mudah alih yang memacu banyak faedah pelanggan.
  • Perpustakaan Dokumen: Perpustakaan Dokumen Kecerdasan GSMA adalah sebuah koleksi yang tiada tolok bandingnya untuk laporan industri, kaji selidik dan dokumen, disokong oleh enjin gelintar yang intuitif dan berkuasa. Bersama arkib laporan analisis Kecerdasan GSMA mingguan dan bulanan, perpustakaan itu juga terdiri daripada penyelidikan milik GSMA, serta kerja terpilih oleh firma perundingan dan badan-badan industri lain.
  • Suapan Masa Sebenar: 'Suapan' Kecerdasan GSMA memberikan pemahaman dan data pasaran dalam masa sebenar sambil ia dilaporkan dalam industri. Suapan ini mengumpul semak secara unik coretan dan graf berkonteks yang bersumberkan terus daripada syarikat mudah alih dan sumber media yang boleh dipercayai, memberikan gambaran serta merta untuk aliran industri penting, memaklumkan dan membolehkan keputusan dibuat dalam masa sebenar.

Perkhidmatan Kecerdasan GSMA asas kini boleh didapati secara percuma, menawarkan akses untuk Papan Pemuka pasaran, yang memberikan 'gambaran' untuk setiap pasaran mudah alih seluruh dunia, menyenaraikan metrik dan pemain dalam pasaran yang penting. Juga boleh didapati secara percuma adalah peralatan baharu yang dinamakan Timeline, yang menjejak evolusi industri mudah alih dalam cara yang menarik perhatian dan interaktif, memberikan pengenalan industri ini kepada berbilion pengguna mudah alih seluruh dunia.

Langganan komersil penuh menawarkan akses tanpa had untuk semua ciri-ciri set data, laporan dan platform. Ahli-ahli GSMA boleh mengakses perkhidmatan penuh ini pada kadar yang jauh lebih rendah.

Mengenai GSMA
GSMA mewakili kepentingan operator-operator mudah alih seluruh dunia. Dengan kehadiran di lebih 220 negara, GSMA menyatukan hampir 800 operator mudah alih dunia dengan lebih daripada 230 syarikat dalam ekosistem mudah alih yang lebih luas, termasuk pembuat telefon bimbit, syarikat perisian, pembekal peralatan dan syarikat Internet, dan juga organisasi dalam sektor industri seperti perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan, media, pengangkutan dan prasarana. GSMA juga menganjurkan acara-acara unggul dalam industri seperti Kongres Mudah Alih Sedunia dan Ekspo Mudah Alih Asia.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web korporat GSMA di www.gsma.com atau Mobile World Live, gerbang dalam talian untuk industri komunikasi mudah alih, di www.mobileworldlive.com

Hubungan Media
Charlie Meredith-Hardy
+44(0)7810-050-576
CMeredith-Hardy@webershandwick.com

Pejabat Akhbar GSMA
press@gsma.com

Source: GSMA
Keywords: Computer/Electronics Telecommunications Wireless Communications