omniture

GSMA: Setiap Kereta Baharu akan Terhubung Menjelang 2025 Sambil Teknologi Mudah Alih Terbenam Memacu Pertumbuhan Pasaran Kereta Terhubung

GSMA
2013-06-13 18:30 220

- Penggubalan Undang-undang eCall Eropah akan Memecut Pertumbuhan Perkhidmatan Kereta Terhubung dengan Memberi Mandat Teknologi Mudah Alih Terbenam

LONDON, 13 Jun 2013 /PRNewswire/ -- Hari ini GSMA mengeluarkan penyelidikan yang memperincikan impak gendala yang akan disebabkan oleh teknologi mudah alih terbenam ke atas industri automobil. Penyelidikan ini merevolusikan pengalaman permotoran dan membantu mencipta pasaran kereta terhubung yang bernilai hampir  €40 bilion seluruh dunia menjelang tahun 2018, sehingga €13 bilion pada tahun 2012[1]. Menurut firma penyelidikan SBD, hasil sebanyak €32.6 bilion – 83 peratus daripada jumlahnya – akan dipacu oleh pertumbuhan pembenaman teknologi SIM ke dalam kenderaan baharu bagi membolehkan keterhubungan mudah alih. Ini akan menggalakkan satu rangkaian perkhidmatan berdasarkan mudah alih untuk keselamatan, sekuriti, maklumat hibur, maklumat lalu lintas, pengemudian dan diagnostik kenderaan. SBD meramalkan bahawa jika bukan semua, kebanyakan kereta baharu akan mempunyai sejenis keterhubungan menjelang tahun 2025, terutamanya kerana pertumbuhan pesat teknologi mudah alih terbenam.

Pertumbuhan pasaran kereta terhubung juga akan dirangsangkan oleh pemilihan Kesatuan Eropah untuk 'mudah alih terbenam' untuk mandat perkhidmatan panggilan kecemasan dalam kenderaan, bagi menggantikan kaedah keterhubungan alternatif, seperti penyepaduan telefon pintar atau penyelesaian tertambat. Inisiatif ini memerlukan semua model kereta baharu dalam negara-negara ahli dari tahun 2015 dipasangkan dengan sistem eCall Eropah., Inisiatif ini akan menghubungkan sebuah kenderaan kepada perkhidmatan kecemasan sekiranya terjadi pelanggaran dan memberikan lokasi penting serta maklumat impak. Impak mandat ini di Eropah akan dirasai hampir serta-merta, dengan jualan eCall dalam tahun 2016 dijangka mencecah 7 juta unit.

 "Membenamkan teknologi mudah alih dalam kenderaan bukan sahaja boleh menyelamatkan nyawa, tetapi juga memacu rangkaian perkhidmatan baharu serta menyediakan peluang hasil signifikan untuk industri mudah alih dan automotif," kata Michael O'Hara, Ketua Pegawai Pemasaran GSMA. "Sebahagian pertumbuhan pesat pasaran ini akan dipacu oleh tindakan seliaan positif, terutamanya di Eropah dan di pasaran memuncul seperti Rusia dan Brazil. Kita terlibat dalam sebuah revolusi kereta terhubung dan adalah penting untuk industri mudah alih dan automotif bekerjasama bagi memberikan pengalaman terhubung yang boleh skala dan merebak serta memastikan pasaran ini mencapai potensinya."

Jualan kereta baharu dijangka akan mencecah lebih daripada 100 juta[2] seluruh dunia menjelang tahun 2018, lebih 35 juta[3] daripadanya akan dihantar dengan teknologi mudah alih terbenam, mewakili kadar penembusan sebanyak 31 peratus dan jauh mengatasi pertumbuhan kaedah keterhubungan alternatif. Sebaliknya, 21 juta kereta akan dipasang dengan penyepaduan telefon pintar (18 peratus) dan hanya 10 juta kereta dengan penyelesaian tertambat (sembilan peratus). Pertumbuhan pesat pasaran kereta terhubung ini akan memberikan hasil berkaitan sebanyak tiga kali ganda lebih banyak pada tahun 2018 berbanding tahun 2012, yang terdiri daripada:

  • €24.5 bilion daripada perkhidmatan dalam kenderaan, seperti maklumat lalu lintas, sokongan pusat panggilan dan hiburan berasaskan web (meningkat daripada €9.3 bilion dalam tahun 2012)
  • €6.9 bilion daripada hasil perkakasan, seperti unit kawalan telematik (meningkat daripada €1.2 bilion pada tahun 2012)
  • €4.5 bilion daripada penghantaran perkhidmatan telematik, seperti pengurusan perhubungan pelanggan, (meningkat daripada €1.8 bilion pada tahun 2012)
  • €4.1 bilion daripada pembekalan keterhubungan, yang melibatkan hasil daripada data mudah alih (meningkat daripada €814 juta pada tahun 2012)

Oleh kerana mandat kawal selia seperti eCall, keselamatan dan sekuriti akan menjadi perkhidmatan yang paling biasa disokong oleh kereta terhubung, dengan membawa masuk 41.7 juta kenderaan seluruh dunia menjelang tahun 2018, meningkat daripada 7 juta kereta pada tahun 2012. Perkhidmatan maklumat hibur dalam kenderaan seperti berita, cuaca, rangkaian sosial dan aliran muzik dijangka akan disokong oleh 32.1 juta kereta (meningkat daripada 4.3 juta pada tahun 2012), dengan perkhidmatan pengemudian bersedia untuk membawa masuk 28.5 juta kereta pada tahun 2018, berbanding 5.12 juta pada tahun 2012. Aplikasi pengurusan kenderaanseperti diagnostik dan penyelenggaraan jarak jauh akan disokong oleh 14.8 juta kereta, berbanding dengan 5.5 juta pada tahun 2012.

Dengan permintaan yang lebih tinggi untuk kereta baharu dalam negara-negara memuncul, tindakan penggubalan undang-undang dalam negara-negara BRIC (Brazil, Rusia, India dan China) akan menjadi pemacu utama untuk pasaran kereta terhubung. Pengawal selia di Rusia bersedia untuk melaksanakan penggubalan undang-undang untuk kereta dan trak baharu dihantar dengan sistem mudah alih terbenam yang akan memaklumkan perkhidmatan kecemasan sekiranya berlaku kemalangan. Jualan kereta dengan keterhubungan terbenam juga patut dirangsang dengan peraturan di Brazil yang menetapkan bahawa semua kenderaan baharu mesti dipasang dengan sistem pengesanan kenderaan curi.

"Pertumbuhan pasaran kereta terhubung juga dibantu oleh inisiatif penting seperti Forum Kereta Terhubung GSMA, di mana operator mudah alih dan pembuat kenderaan utama berkumpul bagi mengatasi halangan untuk pertumbuhan dan mempertingkat kelajuan dan pengambilan perkhidmatan telematik dan maklumat hibur," kata O'Hara. "Hasilnya, bukan sahaja operator mudah alih memainkan peranan penting dalam menghubungkan semua kereta baharu menjelang tahun 2025, malah mereka juga berada dalam kedudukan yang bagus bagi menaiki rantaian nilai dan menyediakan perkhidmatan nilai tambah inovatif kepada para pelanggan mereka."

Untuk maklumat lanjut berkenaan ramalan SBD, sila lihat www.gsma.com/connectedliving/connected-car-forecast-next-five-years.

Untuk maklumat lanjut berkenaan program mAutomotive GSMA, sila layari http://www.gsma.com/connectedliving/mautomotive.

 Nota untuk Editor

[1] Angka-angka yang berdasarkan analisis perkhidmatan demi perkhidmatan menyeluruh ini mewakili sebuah semakan untuk ramalan atas ke bawah dalam kertas putih Mac 2012, 2025 Setiap Kereta Terhubung: Meramal Pertumbuhan dan Peluang, yang diterbitkan bersama oleh GSMA dan SBD.

[2] Ramalan LMC

[3] Pecahan mengikut rantau untuk kereta yang dihantar dengan teknologi mudah alih terbenam 2012-2018


2012

2018

Penghantaran sedunia untuk kereta baharu
dengan teknologi mudah alih terbenam 

5.44m

35.94m

% pecahan mengikut rantau



Asia

9%

14%

Eropah

18%

49%

Amerika Utara

73%

19%

Amerika Selatan

0%

18%

Mengenai GSMA
GSMA mewakili kepentingan operator-operator mudah alih seluruh dunia. Dengan kehadiran di lebih 220 negara, GSMA menyatukan hampir 800 operator mudah alih dunia dengan lebih daripada 230 syarikat dalam ekosistem mudah alih lebih luas, termasuk pembuat telefon bimbit, syarikat perisian, pembekal peralatan dan syarikat Internet, serta organisasi dalam sektor industri seperti perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan, media, pengangkutan dan prasarana. GSMA juga menganjurkan cara-acara unggul dalam industri seperti Kongres Mudah Alih Sedunia dan Ekspo Mudah Alih Asia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web korporat GSMA di www.gsma.com atau Mobile World Live, gerbang dalam talian untuk industri komunikasi mudah alih, di www.mobileworldlive.com

Source: GSMA
Related Links:
Keywords: Auto Consumer Electronics Mobile Entertainment Transportation Survey, Polls & Research