omniture

Randstad RiseSmart mendorong pertumbuhan berterusan di Jepun dengan melantik pakar industri peralihan kerjaya dalam pasukan kepimpinan

Randstad RiseSmart
2021-08-06 21:29 441

SYDNEY, 6 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Randstad RiseSmart, penyedia penempatan keluar dan mobiliti kerjaya global yang terkemuka, hari ini mengumumkan pelantikan Kazunori Yamamoto sebagai pengarah negara dan Paula Sugawara sebagai pengarah amalan di Jepun.

Kazunori Yamamoto
Kazunori Yamamoto

"Sebagai salah satu daripada lima pasaran terbaik bagi pengurusan kerjaya di dunia, kami melihat permintaan yang tinggi terhadap penyelesaian pembangunan kerjaya, penugasan semula dan penempatan keluar di Jepun," kata Dan Davenport, Ketua Pegawai Eksekutif Randstad RiseSmart. "Penyertaan baharu dalam pasukan kepimpinan baharu kami bukan sahaja mencerminkan komitmen kami terhadap pasaran yang penting ini, malah kepada pelanggan kami yang sudah pasti akan mendapat manfaat daripada pengetahuan dan pengalaman tempatan mereka yang mendalam."

RiseSmart telah menyampaikan program bimbingan untuk penempatan keluar, penugasan semula dan pembangunan kerjaya di Jepun selama beberapa tahun, yang dipermudah oleh pembimbing kerjaya tempatan dan penulis resume yang berpengalaman. Pelantikan Yamamoto sebagai pengarah negara merupakan satu pencapaian penting bagi pengembangan RiseSmart di Asia Pasifik (APAC) kerana pelantikan tersebut menyediakan kepimpinan tempatan daripada pakar industri. Pelantikan Sugawara sebagai pengarah amalan membolehkan para pelanggan RiseSmart dan pekerja mereka memperoleh manfaat daripada pengalaman peralihan kerjaya dan bimbingan beliau yang signifikan di Jepun.

Yamamoto mempunyai pengalaman antarabangsa dalam mobiliti kerjaya, perjawatan dan pengambilan kakitangan, dan telah memegang jawatan kepemimpinan di Amerika Syarikat, Shanghai dan Tokyo, termasuk sebagai pengarah urusan untuk Right Management di Jepun. Beliau akan memberikan tumpuan pada pembinaan hubungan dengan organisasi tempatan dan membangunkan pengalaman jenama RiseSmart di Jepun. Beliau menerajui sebuah pasukan pembimbing dan penulis resume yang berpengalaman dengan kepakaran dalam pembangunan kerjaya, peralihan, bimbingan eksekutif dan wanita dalam kepimpinan.

Sugawara mempunyai pengetahuan yang luas dalam pasaran mobiliti bakat di rantau ini kerana beliau telah menetap di Jepun selama lebih 30 tahun, berkhidmat sebagai ketua negara untuk Lee Hecht Harrison, menubuhkan perniagaan perundingan beliau sendiri iaitu Tokyo Consulting Services dan pernah bekerja sebagai penganalisis pelaburan. Paula mempunyai pengalaman secara langsung dalam mengatasi pelbagai cabaran sebagai ketua pegawai korporat sewaktu menyandang jawatan dalam pengurusan kanan selama lapan tahun. Beliau ialah seorang pembimbing eksekutif yang berkelayakan yang berkhidmat dengan Institut Latihan Jurulatih di Tokyo dan Akademi Jurulatih Antarabangsa. Paula seorang penutur dwibahasa dan pengarang buku 'The 5Cs of Successful Women' yang diterbitkan pada Oktober 2020.

"Kazunori dan Paula mempunyai pemahaman yang unik berkenaan pasaran mobiliti kerjaya Jepun dan pernah bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan terkemuka yang lain sebelum ini," kata Alison Hernandez, Pengarah Urusan Randstad RiseSmart APAC. "Menerusi platform bersepadu RiseSmart, teknologi proprietari dan jurulatih yang sangat berpengalaman, kami tahu kami dapat menyokong para pekerja Jepun dan membolehkan mereka mencari peranan seterusnya dengan lebih cepat daripada sesiapa sahaja serta menyokong pertumbuhan dan pembangunan mereka melalui peningkatan kemahiran dengan majikan semasa mereka. Sehubungan dengan peranan Tokyo sebagai bandar raya tuan rumah untuk Sukan Olimpik 2020, kami mendapat ilham daripada moto Olimpik iaitu 'bersama-sama lebih pantas, lebih tinggi, lebih kuat' kerana cogan kata ini juga mencerminkan pendekatan unik Randstad RiseSmart terhadap mobiliti bakat."

Pengambilan Yamamoto dan Sugawara memperkukuh komitmen RiseSmart untuk menyokong para pelanggan dan pekerja mereka di seluruh APAC berikutan pelantikan kepemimpinan strategik yang lain di rantau tersebut baru-baru ini, termasuk Sandy Wong sebagai pengarah bagi China Raya (meliputi Tanah Besar China, Hong Kong, Macau dan Taiwan) dan Tim Neuhaus sebagai pengarah untuk Asia Tenggara. Wong bertanggungjawab bagi pertumbuhan berterusan di China, wilayah pentadbiran khas Hong Kong dan Taiwan serta menyelia pasukan pembimbing dan penyampaian perkhidmatan di rantau itu. Neuhaus yang berpangkalan di Singapura berperanan memantau perkhidmatan tempatan di Malaysia, Filipina, Indonesia, Vietnam, Korea Selatan dan Jepun.

Tentang Randstad RiseSmart

Randstad RiseSmart ialah penyedia penempatan keluar dan mobiliti kerjaya yang paling pesat berkembang serta sebuah syarikat operasi Randstad N.V., iaitu penyedia global bagi perkhidmatan kerja fleksibel dan sumber manusia yang membantu hampir dua juta calon mencari pekerjaan yang bermakna setiap tahun. Penempatan keluar, pembangunan kerjaya, penempatan semula dan penyelesaian teknologi serta sentuhan kontemporari kami mengukuhkan jenama majikan, meningkatkan pengekalan dan pengambilan semula bakat. Para majikan melantik kami kerana kami memberikan hasil yang unggul melalui bimbingan pakar, penjenamaan profesional, sumber kontemporari dan analisis atas permintaan. Hari ini, kami merupakan rakan kongsi yang dipercayai oleh syarikat-syarikat yang berjaya dalam lebih 40 industri dan menyampaikan perkhidmatan di lebih 100 buah negara dan merangkumi 40 bahasa. Kesungguhan dan dedikasi kami terhadap inovasi, kepekaan dan hasil telah membolehkan kami memperoleh pengiktirafan dan anugerah yang banyak daripada organisasi seperti Bersin by Deloitte, Gartner Inc., Brandon Hall Group dan majalah Fortune.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.randstadrisesmart.com

Jepun – https://www.risesmart.randstad.co.jp

Paula Sugawara
Paula Sugawara

 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1589583/randstad_risesmart.jpg?p=medium600

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1589584/randstad_risesmart_paula_sugawara.jpg?p=medium600

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1022386/Randstad_RiseSmart_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Randstad RiseSmart
Keywords: Workforce Management/Human Resources Corporate Expansion Personnel announcements