omniture

Tolly Sahkan Penyelesaian CloudCampus Huawei Terajui Industri dalam Lima Keupayaan Rangkaian Kampus Kritikal

Huawei
2021-08-09 08:23 59

NANJING, China, 9 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Tolly Group, makmal ujian bebas yang terkenal di dunia, baru-baru ini mengeluarkan keputusan ujian perbandingan bagi penyelesaian rangkaian kampus daripada vendor-vendor terkemuka. Dapatan menunjukkan bahawa Penyelesaian CloudCampus Huawei menerajui industri dalam lima keupayaan rangkaian kampus yang kritikal: seni bina penyelesaian, pengurusan rangkaian automatik, Operasi dan Penyelenggaraan (O&M) pintar dan jaminan pengalaman, keselamatan rangkaian serta keterbukaan.

Menghubungkan semua benda dengan pintar dan memindahkan perkhidmatan ke infrastruktur awan merupakan dua trend mega yang dialami oleh rangkaian kampus di tengah-tengah transformasi digital perusahaan yang sedang berjalan ini. Ketua-ketua Pegawai Maklumat (CIO) perusahaan dan pengurus-pengurus rangkaian masa kini bekerja keras untuk memastikan pengalaman pengguna dan aplikasi dalam menghadapi perkhidmatan yang sentiasa berubah-ubah.

Berlatarbelakangkan hal ini. Tolly mereka bentuk 61 keadaan ujian, 27 daripada merupakan keadaan ujian baharu, dengan mengikuti prinsip pembinaan rangkaian kampus berpusatkan pengalaman dan berkisarkan kitaran hayat O&M rangkaian penuh, bermula daripada perancangan dan pembinaan hinggalah penyelenggaraan dan pengoptimuman. Di bawah persekitaran ujian yang sama, jurutera Tolly menguji dengan ketat dan komprehensif Penyelesaian CloudCampus Huawei dan satu penyelesaian yang setanding daripada satu lagi vendor yang utama dalam industri.

Keputusan ujian mengesahkan bahawa Penyelesaian CloudCampus Huawei dapat mengatasi rakan setara dengan menawarkan seni bina yang lebih ringkas, tahap automasi yang lebih tinggi, O&M lebih pintar, penumpuan rangkaian-keselamatan yang lebih mantap dan keterbukaan yang lebih baik untuk kesalingbolehkendalian yang mudah dengan penawaran vendor pihak ketiga. Dengan kelebihan dalam lima keupayaan kritikal ini, Penyelesaian CloudCampus Huawei dapat membantu perusahaan mengurangkan masa dan pelaburan O&M IT. Ia juga dapat membantu perusahaan-perusahaan untuk membina rangkaian bertumpukan pengguna demi pengurangan aduan pengguna, peningkatan kestabilan dan keandalan rangkaian, penurunan kos O&M dan peningkatan kecekapan operasi.

Kevin Tolly, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Tolly Group, berkata: "Menurut ujian kami yang komprehensif, kami kagum dengan ciri-ciri menarik Penyelesaian CloudCampus Huawei seperti seni bina pengurusan sehenti, pengurusan automatik kitaran hayat penuh dan O&M pintar. Kami percaya bahawa penyelesaian Huawei akan memperkasa perusahaan untuk merebut peluang baharu yang timbul daripada transformasi digital dalam era awan."

"Kami gembira kerana Tolly telah menjalankan ujian yang bebas dan ketat ke atas Penyelesaian CloudCampus Huawei. Laporan ujian Tolly sangat banyak membantu pelanggan daripada semua jenis dan saiz untuk memahami Penyelesaian CloudCampus Huawei dengan lebih baik," kata Li Xing, Presiden Domain Rangkaian Kampus, Barisan Produk Komunikasi Data Huawei. "Menuju ke hadapan, kami akan terus mengikuti falsafah 'rangkaian tanpa wayar sepenuhnya, satu rangkaian global, pengurusan awan dan O&M pintar' kami serta menyediakan produk dan penyelesaian rangkaian kampus yang paling maju kepada pelanggan dan rakan kongsi."

Untuk maklumat lanjut, sila muat turun laporan penuh Tolly di https://e.huawei.com/en/material/networking/campus-network/eca05e2f7a754b75b568fedbe5b64143.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Penyelesaian CloudCampus Huawei, kunjungi: https://e.huawei.com/en/solutions/business-needs/enterprise-network/campus-network.

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Survey, Polls & Research