omniture

Pelaburan Modal dalam Pertanian di Ukraine Meningkat Sebanyak 10%

ABC: Ukraine & Partners
2013-06-14 05:47 132

KIEV, Ukraine, 14 Jun 2013 /PRNewswire/ --

Pelabur asing semakin banyak melabur dalam sektor pertanian Ukraine. Dari Januari ke Mac, pelaburan modal dalam pertanian adalah sebanyak UAH 2.5 bilion, 10% lebih berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Secara tradisional, sektor yang paling menarik pada para pelabur adalah industri makanan, biotenaga dan penghasilan tanaman, dengan pelabur besar bidang pertanian datang dari seluruh Eropah. Timbalan Perdana Menteri Pertama Serghiy Arbuzov menyatakan fakta ini sebelum persidangan antarabangsa tahunan pertama "ABC: Ukraine & Rakan Kongsi" yang dimulakan oleh Kerajaan Ukraine.

 "Antara tahun 2000 – bila tahap pelaburan dalam sektor pertanian adalah yang terendah – dan tahun 2012, kami telah lihat kadar pertumbuhan tahunan yang tinggi. Kerajaan berusaha keras untuk memastikan bahawa kadar ini sentiasa meningkat, dengan mencipta persekitaran telus untuk pelabur dan membanyakkan lagi pelaburan dalam kerjasama awam dan swasta," kata Arbuzov.

Timbalan Perdana Menteri Pertama itu juga menekankan bahawa industri makanan; biotenaga dan penghasilan tanaman secara tradisionalnya menunjukkan pemeringkatan tinggi dalam tarikan pelaburan: "Pelabur mencari sektor pertanian apabila ada takat yang tinggi untuk keberuntungan, peluang eksport, kadar tinggi untuk skala dan syarat pencairan pelaburan yang lebih baik," sambung beliau lagi.

Serghiy Arbuzov juga menegaskan bahawa pelabur terbanyak dalam sektor pertanian Ukraine ialah negara-negara Eropah.

Imbas kembali, Persidangan Perniagaan Antarabangsa Tahunan Pertama«ABC: Ukraine & Rakan Kongsi» akan diadakan pada 13 dan 14 Jun 2013 di NSC "Olympiysky", ibu negara. Salah satu daripada topik mesyuarat perniagaan dan kerajaan ialah perbincangan panel "Pelaburan dalam sektor pertanian di Ukraine. Bersama kita memberi makan kepada dunia." Timbalan Perdana Menteri Pertama Ukraine Serhiy Arbuzov akan turut serta dalam perbincangan itu.

Sumber: ABC: Ukraine & Rakan Kongsi

Source: ABC: Ukraine & Partners
Keywords: Agriculture Banking/Financial Service