LONDON, 14 Jun 2013 /PRNewswire/ --
The B Team, sebuah organisasi tanpa untung global yang diasaskan oleh Sir Richard Branson dan Jochen Zeitz, mendedahkan barisan permulaan untuk pemimpin perniagaannya hari ini. Mereka akan bekerjasama untuk mengatur kaedah baharu untuk menjalankan perniagaan yang mengutamakan orang ramai dan planet di samping keuntungan – sebuah "Pelan B" untuk perniagaan seluruh dunia.
Para ketua yang menyertai The B Team bersama pengasasnya Sir Richard Branson dan Jochen Zeitz ialah:
"Pemimpin B" awal telah dipilih oleh rangkaian penasihat sedunia. Mereka telah berkumpul sebagai sebuah kumpulan pemimpin perniagaan yang komited untuk menggunakan suara mereka bagi membantu menarik penglibatan pemimpin-pemimpin lain dan akan bertindak sebagai mangkin untuk membantu menghasilkan "Pelan B". Mereka akan bekerja bersama rakan-rakan kongsi untuk memecahkan halangan yang telah berakar umbi dan memastikan jalan yang lancar untuk maju ke hadapan.
The B Team akan menumpukan perhatian terhadap tiga Cabaran awal: "Masa Hadapan Kepimpinan", "Hasil Akhir Masa Hadapan" dan "Masa Hadapan Insentif" bagi membantu menumpukan perniagaan menjauhi keuntungan jangka masa pendek dan menyeimbangkan faedah jangka panjang untuk orang ramai dan planet kita.
Dalam sebuah lintas langsung dalam talian kepada lebih 500 pertemuan dalam lebih 115 bandar seluruh dunia, Pemimpin The B Team juga mengeluarkan Perisytiharan bersama hari ini (bteam.org/about/declaration). Perisytiharan ini mengakui masalah-masalah sedunia masa kini seperti jurang ketidaksamarataan yang semakin melebar, pengangguran dan penggunaan sumber semulajadi yang tidak mampan. Kumpulan ini komited untuk memecut pergerakan pemimpin seluruh dunia yang dipacu dengan cara yang lebih baik untuk menjalankan perniagaan.
"Hari ini kami ingin memulakan sebuah perbualan global bagi sebuah "Pelan B" untuk perniagaan," kata pengasas bersama Sir Richard Branson, "Kami bekerjasama dengan agensi kerajaan, sektor sosial dan pemimpin perniagaan untuk membantu mengatasi beberapa cabaran-cabaran dunia yang nampak sukar untuk diselesaikan. Kami ingin mendengar, belajar dan berkongsi dengan orang lain cara untuk membina perniagaan yang bertindak secara betul untuk orang ramai dan planet."
"Perniagaan adalah perlu untuk sebuah masyarakat, tetapi ia juga telah mencipta kebanyakan cabaran persekitaran negatif kurun ini," kata pengasas bersama Jochen Zeitz hari ini,
"The B Team akan membantu memangkinkan suatu perubahan daripada pemikiran jangka pendek tidak mampan yang wujud masa kini ke arah faedah jangka panjang untuk orang ramai, planet dan ekonomi yang lebih luas. Cubaan mengatasi ketiga-tiga cabaran ini adalah titik permulaan untuk pembentukan "Pelan B"".
Cabaran "Masa Hadapan Kepemimpinan" mahu memecut sejenis kepimpinan terangkum baharu yang dikukuhkan oleh kompas moral untuk menjadi adil, jujur, positif dan kreatif (bteam.org/about/compass-beliefs). Ia berasaskan kerjasama dan akan disasarkan kepada penjanaan nilai jangka panjang untuk masyarakat, ekonomi dan persekitaran.
"Evolusi kepimpinan perniagaan menjauhi fokus terhadap keuntungan jangka pendek adalah penting untuk generasi pemimpin masa hadapan,' kata Arianna Huffington. "Kita perlukan Pelan B untuk cara pengurusan perniagaan kita yang bermula dengan kepimpinan yang lebih komited untuk kebajikan, kebijaksanaan dan kejayaan perniagaan yang lebih mampan. Satu-satunya cara untuk menikmati hasil akhir jangka panjang yang bagus adalah dengan tempat kerja yang menyokong kebajikan kakitangan. Kami mahu mempercepat perubahan itu dengan mengetengahkan pemimpin perniagaan ke barisan hadapan pergerakan ini dan menghubungkan mereka antara satu sama lain."
Cabaran "Hasil Akhir Masa Hadapan" mahu memecut pergerakan menjauhi pemikiran tunggal kewangan jangka pendek, menuju fokus jangka panjang. Cabaran ini juga akan menyasarkan untuk memperluas kebertanggungjawaban korporat melangkaui keuntungan kewangan bagi memasukkan sumbangan negatif dan positif kepada ekonomi, persekitaran dan masyarakat.
Bagi memacu Cabaran "Masa Hadapan Insentif", The B Team akan bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi untuk membangunkan struktur insentif korporat dan kakitangan baharu serta mengenalpasti dan memetakan kedua-dua subsidi positif dan memudaratkan. Ini akan membantu mengalihkan kelakuan pasaran dan perniagaan menuju insentif yang memaksimumkan faedah sosial, persekitaran dan ekonomi.
"Insentif pasaran positif yang beroperasi untuk kebaikan awam adalah sangat sedikit dan jarang ada serta terpaksa menentang penularan berleluasa insentif songsang dan amalan melobi," kata Mo Ibrahim, "Ada model-model yang boleh membantu mengubah keadaan ini dan kami akan bekerjasama untuk mencipta insentif-insentif baharu dalam dialog bersama perniagaan, sektor sosial dan kerajaan."
The B Team akan mengadakan satu siri acara komuniti dalam bulan-bulan mendatang. Input daripada pemegang saham yang menyertai pertemuan digital global hari ini akan menyumbang kepada pelan The B Team untuk tiga Cabaran pertama ini dan pembentukan sebuah "Pelan B" yang menyeluruh untuk perniagaan. The B Team juga menggalakkan orang ramai memberi pandangan mereka untuk piagam baharu bagi perniagaan lebih baik di www.bteam.org
Untuk mendaftar bagi lintas langsung dalam talian yang dijadualkan pada 9:30 AM BST, 13 Jun 2013 sila layari: media.bte.am
Mengenai The B Team
The B Team adalah sebuah inisiatif bukan untung yang telah dibentuk oleh sekumpulan pemimpin perniagaan global bagi mencipta sebuah masa hadapan dengan tujuan perniagaan untuk menjadi kuasa penggerak bagi faedah sosial, persekitaran dan ekonomi. Pemimpin B awal termasuklah: Shari Arison, Sir Richard Branson, Kathy Calvin, Arianna Huffington, Mo Ibrahim, Guilherme Leal, Strive Masiyiwa, Dr. Ngozi Okonjo-Iweala, François-Henri Pinault, Paul Polman, Ratan Tata, Zhang Yue, Professor Muhammad Yunus dan Jochen Zeitz. Turut menyertai The B Team sebagai Pemimpin B Terhormat ialah Mary Robinson sebagai wakil Orang Ramai dan Dr. Gro Harlem Brundtland sebagai wakil Planet.
The B Team ingin membangunkan dan melaksanakan sebuah Pelan B untuk perniagaan yang turut mementingkan orang ramai dan planet di samping keuntungan melalui kerjasama dengan komuniti penasihat dan rakan kongsi global. Pemimpin B akan menumpukan kepada pelaksanaan dan tindakan, memangkinkan dan menguatkan usaha pihak lain dengan mengusahakan Cabaran-cabaran global spesifik di mana suara terkumpul mereka boleh mencetus perubahan.
Pengasas dan Pengerusi Bersama The B Team ialah Sir Richard Branson dan Jochen Zeitz. Mereka disertai oleh para penyokong yang membentuk Lingkungan Pengasas termasuk Derek Handley (Ketua Pengawai Eksekutif Pengasas), Havas Media, Strive Masiyiwa, Joann McPike, Blake Mycoskie, Kering/PUMAVision, Yayasan Rockefeller, Yayasan Tiffany & Co. dan Virgin Unite (inkubator permulaan untuk The B Team). Untuk maklumat lanjut, sila lawati: www.bteam.org atau ikuti kami melalui @thebteamhq
Hubungan Media
Peter Browning
Browning & Associates Ltd.
T. +44-1865-339-678/ E. peter@browningpr.com
Sumber: The B Team