omniture

Hikvision umum keputusan kewangan separuh tahun pertama 2021

Hikvision Digital Technology
2021-08-11 14:24 166

HANGZHOU, China, 11 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Hikvision, penyedia penyelesaian IoT dengan video sebagai kecekapan terasnya, mengumumkan keputusan kewangannya bagi separuh pertama tahun 2021. Di sepanjang tempoh pelaporan, Hikvision menjana pendapatan sebanyak RMB 33.90 bilion dengan pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya (YoY) sebanyak 39.68%. Keuntungan bersih yang boleh diagihkan kepada pemegang saham syarikat tersenarai ini adalah sebanyak RMB 6.48 bilion, mewakili pertumbuhan YoY sebanyak 40.17%.

Keputusan kewangan separuh tahun pertama 2021 Hikvision
Keputusan kewangan separuh tahun pertama 2021 Hikvision

 

Data perakaunan utama bagi keputusan kewangan separuh pertama tahun 2021 Hikvision 


Separuh pertama tahun 2021 

Separuh pertama tahun 2020 

Perubahan YoY (%) 

Pendapatan Operasi (RMB) 

33,902,098,368.10

24,271,159,243.76

39.68%

Keuntungan bersih yang boleh diagihkan kepada pemegang saham syarikat tersenarai (RMB)

6,481,424,653.39

4,623,972,830.87

40.17%

 

Pendapatan Hikvision dalam pasaran luar negara berjumlah RMB 9.47 bilion, dengan peningkatan YoY sebanyak 25.53%.

Dalam separuh tahun pertama 2021, Hikvision memperluaskan lagi pelaburannya dalam R&D, ke RMB 3.88 bilion, yang menyumbang sebanyak 11.44% kepada pendapatan.

Tatkala ketidaktentuan yang berterusan dalam persekitaran global, Hikvision tetap memberi tumpuan kepada inovasi teknologi dan pengoptimuman operasi untuk mengekalkan pembangunan syarikat yang mantap dan penciptaan nilai untuk pelanggannya.

Untuk laporan kewangan separuh tahun pertama 2021 yang penuh, sila klik di sini.

Latar Belakang Hikvision 

Hikvision ialah penyedia penyelesaian IoT dengan video sebagai kecekapan terasnya. Menampilkan tenaga kerja penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang luas dan berkemahiran tinggi, Hikvision mengeluarkan rangkaian lengkap produk dan penyelesaian komprehensif untuk pelbagai pasaran vertikal. Selain industri keselamatan, Hikvision memperluas jangkauannya kepada teknologi rumah pintar, automasi industri dan industri elektronik automotif untuk mencapai visi jangka panjangnya. Produk Hikvision juga menyediakan kepintaran perniagaan yang berkuasa untuk pengguna akhir, yang dapat membolehkan operasi yang lebih cekap dan kejayaan komersial yang lebih besar. Komited dengan kualiti dan keselamatan terbaik produknya, Hikvision menggalakkan rakan kongsi untuk memanfaatkan banyak sumber keselamatan siber yang ditawarkan Hikvision, termasuk Pusat Keselamatan Siber Hikvision. Untuk maklumat lebih lanjut, sila kunjungi kami di www.hikvision.com.

Source: Hikvision Digital Technology
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology Telecommunications Earnings