omniture

Yili Berjanji Lindungi Tempat Perlindungan Gajah Liar pada Hari Gajah Sedunia 2021

Yili Group
2021-08-16 22:47 254
  • Gajah liar China dari Yunnan kini dalam perjalanan kembali semula ke habitat asal setelah melalui perjalanan selama 17 bulan.
  • Syarikat gergasi tenusu Yili melancarkan projek pemuliharaan biodiversiti baharunya untuk membantu melindungi spesies tersebut.

HOHHOT, China, 16 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Tanggal 12 Ogos, sempena Hari Gajah Sedunia, Yili Group dan China Green Foundation mengumumkan bahawa kedua-duanya akan bekerjasama untuk memulihkan habitat gajah Asia. Kedua-dua rakan kongsi berkenaan akan menyokong pembangunan tanah lembap dan kolam lumpur air garam serta penanaman saintifik tumbuh-tumbuhan yang gemar dimakan oleh gajah, memulihkan habitat yang mencakupi kawasan seluas 50,000 meter persegi.

Yili Berjanji Lindungi Tempat Perlindungan Gajah Liar pada Hari Gajah Sedunia 2021
Yili Berjanji Lindungi Tempat Perlindungan Gajah Liar pada Hari Gajah Sedunia 2021

Bermula pada bulan Mac 2020, sekawanan gajah liar Asia mula mengembara ke arah utara dari Wilayah Autonomi Dai Xishuangbanna di wilayah Yunnan China dan serta merta menjadi tajuk utama berita antarabangsa. Tidak menimbulkan konflik antara gajah dan manusia, sebaliknya perjalanan panjang ini diterima dengan baik dan disokong oleh penduduk-penduduk sepanjang laluan dan juga oleh orang ramai. Setelah menempuh perjalanan epik selama 17 bulan, baru-baru ini gajah-gajah tersebut dibimbing perjalanannya untuk menyeberangi sungai Yuanjiang, iaitu halangan yang paling mencabar dalam perjalanan ke selatan oleh gajah-gajah tersebut dan satu laluan telah dibuat untuk gajah-gajah tersebut agar kembali dengan selamat ke tempat perlindungan semula jadinya.

Usaha baharu Yili sebahagian besarnya bertujuan untuk mengatasi masalah semasa yang paling mendesak dalam melindungi gajah Asia, spesies terancam yang disenaraikan dalam Senarai Merah IUCN dan salah satu daripada haiwan liar utama yang dilindungi di China.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, tatkala China terus mengukuhkan usaha perlindungannya ke atas gajah Asia dan habitatnya, bilangan gajah liar Asia di China meningkat secara beransur-ansur daripada kira-kira 150 menjadi 300. Walau bagaimanapun, pengurusan bilangan gajah Asia yang semakin meningkat dan lingkungan kawasan habitatnya yang semakin berkembang memerlukan penyesalaian baharu. Sebilangan gajah kini berhadapan dengan masalah kekurangan pokok renek yang rendah dan herba yang gemar dimakan olehnya. Apabila bekalan makanan berkurangan, gajah-gajah tersebut akan meninggalkan hutan dan berkeliaran dalam kampung-kampung untuk mencari makanan di luar kawasan perlindungan semula jadi. Di samping itu, masalah baharu seperti keluasan ekar yang merosot dengan cepat dan habitat yang bertaburan perlu ditangani dengan segera. Sekiranya cabaran tersebut tidak ditangani, masalah gajah-gajah yang berkeliaran akan terus berulang lagi.

Bagi melindungi gajah-gajah Asia serta hidupan liar yang lain, Yili, sebagai syarikat Cina yang pertama menandatangani Surat Komitmen Perusahaan berhubung Biodiversiti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, telah berusaha bersungguh-sungguh yang bertujuan untuk mengukuhkan usaha pemuliharaan biodiversiti. Demi melindungi hutan yang didiami oleh hidupan liar, susu Satine Yili menggunakan pakej yang diperakui oleh FSC dan memperkenalkan penutup organik yang sebahagiannya bersumberkan tebu, iaitu sumber yang boleh dikitar semula dan diperbaharui. Pada bulan Mei 2020, Yili dan Kedutaan China di Kenya, Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP) dan Kenya Wildlife Service bersama-sama melancarkan acara derma awam dalam talian bagi tujuan perlindungan hidupan liar Kenya yang membawa kepada nilai bahan-bahan sebanyak 4.56 juta shilling kenya (KES) disumbangkan kepada Taman Negara Nairobi untuk membantu melindungi hidupan liar Afrika.

Source: Yili Group
Related Stocks:
Shanghai:600887
Related Links:
Keywords: Beverages Food/Beverages Non-Alcoholic Beverages Animal Welfare Corporate Social Responsibility Environmental Issues