omniture

Wilayah-wilayah Luar Negeri Sokong Inisiatif G8 mengenai Percukaian, Perdagangan dan Ketelusan

Political Leaders of the Overseas Territories
2013-06-17 18:28 120

LONDON, 17 Jun 2013 /PRNewswire/ --

Kami, Pemimpin Politik Wilayah-wilayah Luar Negeri Anguilla, Bermuda, Kepulauan British Virgin, Gibraltar, Montserrat, dan Turks dan Caicos, mengalu-alukan dengan mesra pertemuan kami dengan Perdana Menteri hari ini bagi membincangkan Percukaian, Perdagangan dan Ketelusan, dan kami telah mencapai persetujuan jelas dan pertukaran pandangan  membina mengenai langkah-langkah praktikal yang diperlukan bagi mengatasi masalah sedunia pengelakan cukai dan bagaimana UK dan Wilayah-wilayah Luar Negeri akan terus mengguna pakai standard peraturan yang tinggi untuk menangani masalah ini.

Sebagai sebahagian daripada sumbangan kami bagi memajukan agenda global ini dan mencipta medan yang setara di seluruh dunia, Wilayah-wilayah Luar Negeri yang berbeza pada masa-masa yang berbeza, dan kini dengan sebulat suara, telah membaharui dan mengesahkan persetujuan kami untuk tiga (3) langkah-langkah penting berikut:

  • Untuk memainkan peranan penting dalam inisiatif pengenalan baharu pertukaran maklumat cukai automatik pelbagai hala yang dilancarkan oleh UK, Perancis, Jerman, Itali dan Sepanyol;
  • Untuk menyediakan pelan tindakan negara mengenai Pemunyaan Benefisial yang memenuhi standard FATF;
  • Untuk menyatakan kesanggupan menyertai Konvensyen Pelbagai Hala Bantuan Pentadbiran Bersama Mengenai Urusan Percukaian.

Kami bersepakat dalam pandangan kami bahawa dalam memberikan kebebasan kepada ekonomi dunia kita perlu memastikan keterbukaan ini memberikan faedah yang sama kepada ekonomi-ekonomi mewah serta negara-negara membangun dan mengekalkan keyakinan dalam keadilan dan keberkesanan sistem percukaian kita dan operasi pasaran global. Kami akan terus menjalankan tanggungjawab global mengatasi masalah pengelakan dan penipuan cukai dengan bersungguh-sungguh.

Kami mengalu-alukan kesudian Perdana Menteri untuk bekerjasama dengan kami dalam mencari jalan mencapai perubahan langkah dalam standard antarabangsa dan menetapkan sebuah medan sedunia yang setara melalui pegangan jawatan Presiden G8 oleh UK.

Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan kami mengatasi masalah pengelakan dan penipuan cukai, kami juga telah menyediakan Pelan Tindakan bagi menetapkan langkah-langkah konkrit, apabila diperlukan, bagi melaksanakan standard Pasukan Petugas Tindakan Kewangan sepenuhnya bagi meningkatkan lagi standard ketelusan kami yang sedia tinggi mengenai maklumat pemunyaan benefisial dan memastikan maklumat ini boleh didapati oleh pihak berkuasa undang-undang dan percukaian sejajar dengan rejim kerjasama bantuan undang-undang bersama yang kami tubuhkan.

Konvensyen Pelbagai Hala Bantuan Pentadbiran Bersama Mengenai Urusan Percukaian adalah sebuah alat global yang penting, yang terbina atas rangkaian persetujuan dwi hala dan percaturan lain yang sedia ada untuk saling bertukar maklumat antara pihak berkuasa percukaian. Konvensyen ini menawarkan jalan yang boleh diambil bagi meningkatkan jumlah bidang kuasa yang akan mendapat faedah daripada pertukaran maklumat. Inilah sebabnya kami komited menyertai Konvensyen dan memohon pelanjutannya ke dalam bidang kuasa kami secepat mungkin, tertakluk kepada prosedur negara kami dan keperluan untuk memastikan pencapaian medan global yang setara.

Kami komited untuk terus memainkan peranan utama dalam memberikan persekitaran perniagaan global yang adil, bertanggungjawab dan dikawalselia secara berkesan.

Kami berharapan Perdana Menteri UK akan berjaya di Lough Erne dalam mendapatkan sebuah standard global baharu dan semua Pemimpin akan komited berganding bahu dalam satu agenda yang direka bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi.

Sumber: Pemimpin Politik Wilayah-wilayah Luar Negeri Anguilla, Bermuda, Kepulauan British Virgin, Gibraltar, Montserrat dan Kepulauan Turks dan Caicos

Sumber: Pemimpin Politik Wilayah-wilayah Luar Negeri

Source: Political Leaders of the Overseas Territories
Keywords: Banking/Financial Service European Government