omniture

InferVision AI Membantu Suruhanjaya Eropah Memantau Varian COVID-19

InferVision AI
2021-08-17 23:09 75

WIESBADEN, Jerman, 17 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- InferVision AI telah dipilih untuk membantu memantau varian COVID-19 di seluruh Kesatuan Eropah. Setelah berhadapan dengan cabaran ini, Suruhanjaya Eropah memutuskan untuk meningkatkan pelaburan mereka dalam penerimagunaan alat AI daripada InferVision. Alat AI InferVision telah digunakan oleh Suruhanjaya Eropah dalam meningkatkan pengesanan COVID-19 dan memperbaiki rawatan pesakit sejak bulan April 2020; serta hospital-hospital di Belgium, Estonia, Perancis, Itali, Portugal, Romania, Sepanyol, Sweden dan Belanda telah melaporkan manfaat yang kukuh melalui penggunaan aplikasi AI ini.

Aplikasi AI InferVision telah dibangunkan untuk membantu para klinisian menganalisis tanda-tanda jangkitan pulmonari daripada imej CT pada bahagian dada yang biasa dengan cepat dan tepat. Imej-imej ini diproses untuk menunjukkan kelegapan kaca kabur dan ketumpatan tisu yang tinggi iaitu penemuan utama bagi pneumonia virus yang berpunca daripada koronavirus. Sekiranya terdapat penemuan ini, suatu amaran diberikan dengan segera kepada kakitangan yang membolehkan untuk memberi keutamaan kepada pesakit yang berpotensi menghidapi COVID-19. Sistem ini juga menyediakan perbandingan terdahulu yang membolehkan klinisian memantau perkembangan penyakit ini dari semasa ke semasa dan membantu mereka memberikan rancangan rawatan yang lebih baik.

InferRead CT Pneumonia™ compares the progress of infection and quantifies changes over time
InferRead CT Pneumonia™ compares the progress of infection and quantifies changes over time

 

European Commission’s story for InferVision: Using AI to fast and effectively diagnose COVID-19 in hospitals
European Commission’s story for InferVision: Using AI to fast and effectively diagnose COVID-19 in hospitals

Sun Yipeng, Pengarah InferVision Europe mengulas, "Ramai daripada kita telah kehilangan orang tersayang ketika pandemik ini. Dunia perubatan telah mengkhususkan sumbernya dalam usaha yang penting ini dan kami berbesar hati dapat menyediakan teknologi canggih bagi membantu mengurangkan beban kerja petugas barisan hadapan. Kami percaya bahawa penggunaan AI dalam usaha ini akan memberi manfaat kepada manusia yang lebih baik di seluruh dunia."

Proses pemilihan Suruhanjaya Eropah adalah berdasarkan pada tiga kriteria: 1) kecemerlangan teknikal dan kematangan teknologi, 2) keupayaan untuk menyediakan perkhidmatan ke hospital terpilih dengan segera dan 3) kebolehlaksanaan pelan cadangan untuk memasang sistem tersebut bagi sebilangan hospital yang disasarkan. InferVision telah memenuhi kesemua kriteria dengan standard yang tinggi.

Suruhanjaya Eropah telah memperoleh maklumat berguna tentang penggunaan analisis imej berkuasakan AI dalam konteks perkembangan penyakit COVID-19 pada paru-paru dan lanjutan kontrak ini dijangka akan memberikan bukti tambahan yang kukuh tentang manfaat penggunaan AI dalam penjagaan kesihatan.

Tentang InferVision 

InferVision ialah sebuah perusahaan teknologi tinggi global yang terkemuka dalam kecerdasan buatan perubatan; memperkasakan klinisian dengan kecekapan yang lebih tinggi serta memberi manfaat kepada pesakit dengan diagnosis, hasil rawatan yang lebih baik dan kos yang lebih rendah. InferVision menggunakan teknologi AI dan pembelajaran mendalam untuk membangunkan pelbagai platform; termasuk platform pengurusan aplikasi AI, platform penyelidikan perlombongan data AI dan beberapa aplikasi klinikal AI serta sistem A.I. perubatan untuk kawalan kualiti, pengurusan kesihatan dan penyelidikan saintifik. InferVision menyediakan perkhidmatan yang pintar dan canggih kepada para pembayar, penyedia dan pesakit yang benar-benar merealisasikan "Advancing Technology, Inspiring Healthcare" (Memajukan Teknologi, Menginspirasikan Penjagaan Kesihatan). Untuk maklumat lanjut: https://global.infervision.com atau Tuan Sun Yipeng, europe@infervision.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1595169/inferread_ct.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1595170/infervision_european_commission.jpg?p=medium600 

 

Source: InferVision AI
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals European Government