omniture

Peruncit Fesyen Global SHEIN Mengumumkan Siri Cabaran SHEIN X 100K Challenge Pertama Dengan Juri Jemputan: Khloé Kardashian, Law Roach, Christian Siriano, Jenna Lyons Dan Laurel Pantin

SHEIN; Walker Drawas
2021-08-18 01:54 59

Bagi meraikan kejayaan program SHEIN X, SHEIN X 100K Challenge akan memberi peluang kepada para pereka baharu yang menyertai untuk memenangi hadiah utama bernilai $100,000 serta peluang untuk tampil dalam pertunjukan fesyen Musim Luruh/Musim Sejuk 2021 SHEIN yang distrimkan secara maya

LOS ANGELES, 18 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Peruncit gaya hidup dan fesyen global SHEIN akan menganjurkan siri SHEIN X 100K Challenge yang pertama pada musim panas ini. Siri 4 episod ini akan menampilkan panel juri terkenal termasuk Khloé Kardashian, Law Roach, Christian Siriano, Jenna Lyons dan Laurel Pantin. Cabaran Be Bold, Be You ini akan dimulakan dengan 30 orang pereka baharu yang akan bersaing untuk merebut peluang sebagai 5 peserta terbaik ke pusingan akhir.


5 peserta akhir ini akan berpeluang menjelajah ke Los Angeles bagi menyertai pusingan akhir serta mendapat bimbingan sekali seumur hidup daripada para juri (secara bersemuka) semasa cabaran akhir: Be You!. Pereka yang memenangi anugerah akan diumumkan dalam episod terakhir siri ini: Ahad, 12 September dan akan membawa pulang hadiah utama bernilai $100,000.

Hasil rekaan para pereka SHEIN X ini akan dipersembahkan semasa pertunjukan fesyen maya Musim Luruh/Musim Sejuk 2021 SHEIN dan distrimkan kepada berjuta-juta penonton di seluruh dunia. Siri SHEIN X 100K Challenge ini bermula pada hari Ahad, 22 Ogos melalui aplikasi percuma SHEIN serta YouTube, Twitter, Instagram dan Facebook rasmi SHEIN.

SHEIN melancarkan program inkubator pereka SHEIN X pada bulan Januari 2021. Program yang sedang dijalankan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pereka fesyen baharu bekerjasama dengan SHEIN dan memperkenalkan jenama mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Program siri dalam talian ini merupakan salah satu inisiatif dermawan terbesar jenama ini pada tahun 2021 dan bertujuan untuk menyatukan individu dalam meraikan fesyen.

Muat turun aplikasi SHEIN pada iPhone atau Android di Apple App Store atau layari www.shein.com untuk maklumat lanjut.

Tarikh Siaran Episod
Ahad, 22 Ogos 2021 (2:00 PETANG- PST)
Ahad, 29 Ogos 2021 (2:00 PETANG- PST)
Ahad, 5 September 2021 (2:00 PETANG- PST)
Ahad, 12 September 2021 (2:00 PETANG- PST)

Tentang SHEIN X:

SHEIN X memberi peluang kepada pereka fesyen dan pengilustrasi baharu untuk bekerjasama dengan SHEIN serta memperkenalkan reka bentuk dan jenama mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Dibangunkan khas untuk mengimbangi isu kesalahan berulang dalam industri, SHEIN X menawarkan peluang kepada bakat baharu untuk meningkatkan aliran pendapatan mereka, memperoleh pendedahan dan memanfaatkan khalayak Gen Z yang luas di seluruh dunia.

Platform ini akan memperluas produk dan jenama para pereka ini ke pangkalan pengguna SHEIN yang luas di seluruh dunia sambil menyerlahkan setiap identiti jenama mereka yang unik dan bergaya. SHEIN akan bekerjasama rapat dengan para pereka ini dan membimbing mereka daripada fasa penubuhan hingga kepada persampelan, pengeluaran dan pengedaran (melalui laman web SHEIN).

Klik DI SINI untuk pendaftaran SHEIN X

Tentang SHEIN:

Ditubuhkan pada tahun 2008, SHEIN ialah e-peruncit fesyen pantas dengan rangkaian global yang merangkumi 220 buah negara dan wilayah. Di SHEIN, kami meletakkan premium bukan pada pakaian kami tetapi pada pilihan. Itulah sebabnya kami mengeluarkan 1,000 item fesyen baharu setiap hari yang menyediakan pelanggan kami dengan pelbagai pilihan pakaian wanita terkini yang amat menarik dan membolehkan mereka menggabung serta memadankan pakaian mengikut citarasa mereka. Kami melakukannya kerana kami percaya bahawa pakaian yang kita pakai mencerminkan keperibadian kita dan kami ingin memperkasakan wanita hari ini untuk meneroka dan menampilkan keperibadian mereka. Dengan pelbagai pilihan yang kami sediakan, para pelanggan kami dapat mereka penampilan tersendiri yang sempurna yang menggambarkan keperibadian unik mereka. Ringkasnya, kami membantu anda menampilkan keperibadian anda. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang SHEIN, ikuti kami di shein.com, instagram.com/sheinofficial dan youtube.com/shein.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1594027/1xvuowsvfifdfunoiedvlucnkp4_qsjcl__hcsp8rp4vzotz028dqou7rr6b9svrkuqsy6pkmqv187jb_id_31ce9747df2f.jpg?p=medium600

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1590321/Shein_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: SHEIN; Walker Drawas
Keywords: Entertainment Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail