omniture

Handheld memperkenalkan SP500X ScanPrinter yang unik dan boleh dipakai untuk kecekapan logistik

Handheld Group AB
2021-08-18 14:45 40

LIDKÖPING, Sweden, 18 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Handheld Group, sebuah syarikat pengeluar komputer mudah alih tahan lasak yang terkemuka, hari ini memperkenalkan SP500X ScanPrinter, sebuah peranti boleh dipakai yang membawakan teknologi dan kecekapan revolusioner kepada operasi logistik. Dengan peranti ini, Handheld turut melancarkan segmen baharu ke dalam rangkaian komputer tahan lasaknya: peranti tahan lasak boleh dipakai.

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik: https://www.multivu.com/players/uk/8937851-handheld-unveils-unique-wearable-sp500x-scanprinter-for-logistics-efficiency/.

SP500X ScanPrinter ialah penyelesaian imbas dan cetak yang unik dan boleh dipakai yang menyepadukan pengimejan 2D, pencetakan inkjet dan komunikasi tanpa wayar dalam satu peranti. Ia direka bentuk untuk mencipta revolusi dalam operasi logistik volum tinggi yang menggunakan pengimbasan dan pelabelan secara manual untuk mengasing-asingkan pakej. Dengan Wi-Fi dan BT serta pencetak bersepadu yang dibangunkan dengan kerjasama HP, SP500X merupakan peranti mudah alih sebenar. Anda boleh terus mengimbas dan mencetak pada pakej dengan cepat di mana-mana sahaja di dalam kemudahan anda secara bebas tangan.

"Melihat proses tersebut adalah amat membantu untuk memahami SP500X ScanPrinter yang baharu ini," kata Jerker Hellstrom, Pengasas merangkap Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Handheld. "Tiada peranti seumpama ini di dunia. Anda letak pada peranti, ambil pakej dan imbas. Pengimbas menghantar data ke sistem sokongan belakang yang menghantar kembali maklumat untuk mencetak. Dan anda boleh terus mencetak alamat, kod atau maklumat lain pada pakej hampir serta-merta. Tanpa menggunakan tangan. Anda boleh bergerak ke mana-mana sahaja yang perlu untuk bekerja. Anda tidak terikat pada pencetak."

Segmen baharu: peranti boleh dipakai tahan lasak Handheld 

Dengan SP500X, Handheld akan menambahkan segmen baharu peranti boleh dipakai tahan lasak ke dalam portfolio komputer mudah alihnya yang tahan lasak. Lebih banyak peranti boleh dipakai akan ditambah tidak lama lagi.

Manfaat utama SP500X ScanPrinter untuk pengguna: 

  • Kecekapan pengendalian pakej yang diperbaiki
  • Ketepatan pengasingan dan imbasan yang diperbaiki
  • Fleksibiliti dan ketangkasan yang membuatkan pekerja bebas untuk melaksanakan tugas imbasan di mana-mana sahaja
  • Produktiviti dan keselamatan yang memberikan kebebasan kepada pekerja untuk menggunakan kedua-dua tangan tanpa gangguan
  • Kebergantungan terhadap teknologi yang dipatenkan daripada HP
  • Serba boleh untuk mencetak di atas kertas biasa, kertas kraf, pita pembungkusan, label bersalut, plastik polipropilena, poliester atau polietilena

Untuk maklumat lanjut 

Hubungi Handheld untuk demonstrasi penuh ciri dan keupayaan SP500X ScanPrinter.

Pautan berguna 

Maklumat produk SP500X ScanPrinter 
Persembahan video SP500X dan peranti boleh dipakai 
arkib media SP500X 
barisan produk Handheld

Tentang Handheld 

Handheld Group ialah pengilang dan pembekal global komputer mudah alih tahan lasak, termasuk telefon bimbit dan tablet. Handheld dan rakan kongsinya di seluruh dunia memberikan penyelesaian mudah alih yang lengkap kepada perniagaan dalam industri seperti geomatik, logistik, perhutanan, pengangkutan awam, utiliti, pembinaan, penyelenggaraan, perlombongan, ketenteraan dan keselamatan. Handheld Group beribu pejabat di Sweden dan mempunyai anak syarikat di Finland, U.K., Belanda, Itali, Jerman, Switzerland, Australia dan Amerika Syarikat. Ketahui lebih lanjut di http://www.handheldgroup.com.

Video - https://www.youtube.com/watch?v=IucyN94JT2Y
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1594231/handheld_sp500x_scanprinter.jpg?p=medium600

 

 

 

Handheld unveils unique wearable SP500X ScanPrinter for logistics efficiency
Handheld unveils unique wearable SP500X ScanPrinter for logistics efficiency

 

Source: Handheld Group AB
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Mobile Entertainment Retail Telecommunications Wireless Communications Broadcast feed announcements MultiVu Photo MultiVu Video New products/services