omniture

Nikmati 'Sajian' Kepantasan dan Keghairahan

City Channel of CRI Online
2013-06-18 16:31 122

NALATI, Wilayah Xinjiang, China, 18 Jun 2013 /PRNewswire/ -- Festival Budaya & Pelancongan Padang Rumput Narat China pertama dan Kejohanan Terbuka Perlumbaan Kuda Pacuan Narat China 2013 yang diadakan di Daerah Kuenes, Wilayah Berautonomi Kazak Ili, Xinjiang ialah sebuah acara besar-besaran untuk masyarakat daripada semua kumpulan etnik di Daerah Kuenes. Sebuah upacara perasmian besar-besaran akan diadakan untuk acara ini pada 14 dan 15 Jun di Rantau Pemandangan Indah Narat. Berikut ialah laporan asal oleh City Channel of CRI Online.

(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130617/CN32947 )

Kejohanan Terbuka Perlumbaan Kuda Pacuan akan menjadi acara lumba kuda dengan piawaian tertinggi di Xinjiang. Litar yang digunakan memenuhi piawaian antarabangsa. Penunggang kuda daripada semua kumpulan etnik daripada kelab-kelab lumba kuda terbaik dalam negara itu serta kuda-kuda unik mereka akan bertanding sesama sendiri di padang rumput hijau bawah langit biru. Ia menarik kedatangan ramai pencinta aktiviti luar dan peminat lumba kuda untuk berkhemah di Padang Rumput Narat dan menunggu upacara pembukaan acara itu.

Jadual Aktiviti Kejohanan Terbuka Perlumbaan Kuda Pacuan Narat

Kejohanan Terbuka Perlumbaan Kuda Pacuan Narat China akan bermula pada 15 dan 16 Jun di Padang Rumput Narat, Daerah Kuenes. Perlumbaan ini akan berlangsung selama empat hari mulai 14 Jun, termasuk empat aktiviti pertandingan atletik, prestasi, pertunjukan ciri-ciri dan penyertaan & pengalaman.

Untuk Ke Sana

Ambil penerbangan daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Ibu Negara Beijing ke Urumqi, kemudian sambung dengan penerbangan terus dari Urumqi ke Lapangan Terbang Pelancongan Narat.

Source: City Channel of CRI Online
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Leisure/Travel/Hotels Sporting Events Sports Travel Animals/Pets